Miss Eli, be strong!

Elizabeth Wong, ADUN BUKIT LANJAN

Elizabeth Wong

Aku langsung tidak berminat nak tengok gambar Eli yang telah disebar tapi apa yang aku tahu, Khir Toyo telah membuat kenyataan yang langsung tidak boleh diterima akal apabila mendesak Eli meletak jawatan. Hmmm… bagaimana kalau gambar Khir naked dalam bilik sendiri tersebar di internet? Adakah dia akan meletakkan jawatan kerana berkelakuan tidak bermoral? Ataupun sekiranya ada gambar-gambar lucah pemimpin BN lain disebar? Adakah mereka akan letak jawatan? Im not talking bout kes video dulu tu, ok. Eli telah dimalukan dengan penyebaran barang peribadi beliau. Apa salahnya tidak memakai baju di dalam bilik sendiri? Dia bukannya sebarkan gambar tersebut tapi orang telah menyebarkannya dengan tidak bertanggungjawab. Kalau dia yang  rasa pengundi Eli akan berpaling tadah kerana penyebaran gambar tersebut, u r totally wrong, bro! Salah pai bah diorang ni. Desperado!

Eli, kuatkan semangat, sis!

Kepada toyol-toyol yang sebar gambar tu, ingat je kalau korang ada anak or adik perempuan… Jangan sampai ketulahan. What goes around comes around!

PEACE!

KENYATAAN MEDIA

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

ELIZABETH WONG KEAT PING
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

34 Responses to Miss Eli, be strong!

  1. huguon says:

    Semuanya political motivated. Ini semua trick lama menjatuhkan.

  2. ajd says:

    i don’t know whether i should be impressed with khir toyo or should i be laughing for how low he could to bring down some people.. first, with teresa, now this one..

    so, guys and girls.. from todays onward, you are not allowed to get naked in your own bedroom, take bath naked etc in your own house..because khir says its immoral, if you’ve done that and you’re working with the goverment, you should resign as that kind of attitude is unacceptable as a goverment servant.. if you’re high-rank executive with any organization too, you’re should resign as well…

    but if you’re unemployed or has just been retrenched, ok la..nobody care..khir toyo wouldn’t mind too..

    what is he implying is that you must be properly dressed when sleeping, bathing or even while having sex in your own house… why??? its immoral if you’re not doing that..ask khir toyo..

  3. zainal says:

    SAYA MEYOKONG PENUH DENGAN TINDAKAN YB YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS.BIAR POLIS JALANKAN SIASATAN DAN KITA SEMUA BOLEH TAHU SIAPA DALANG DALAM KES INI.SAYA NI TIDAK SUKA PADA BUDAYA YANG SUKA MENJATUHKAN ORANG LAIN DENGAN CARA TIDAK BERMORAL.KALAU NAK JATUHKAN ORANG DENGAN CARA MENYEBARKAN GAMBAR BOGEL ATAU SEPARUH BOGEL ORANG DALAM BILIK ATAU PUN DALAM BILIK MANDI ADALAH SATU PERBUATAN YANG TERKUTUK. KITA SEMUA TAHU BAHAWA SEMUA ORANG AKAN BERBOGEL DALAM BILIK SENDIRI ATAUPUN DALAM BILIK MANDI.TAK TAHULAH KALAU ORANG YANG MENYEBARKAN GAMBAR YB ITU TIDAK PERNAH BERBOGEL DALAM BILIK SAYA KIRA TENTULAH ORANG TIDAK NOMAL. SELAMAT BERJUANG UNTUK KEBENARAN

  4. supporter Eli says:

    Saya menyokong Penuh YB Eli. B strong OK!! im with all my opismate are alweys bhind U. Kami semua di opis ni tdo xpakai baju juga. Malaysia panas maa.. no political influence intention ok. just my sincere opinion. My two cent🙂 btw, blog owner ni xcun pon. make up la ckit uhuhuhu

  5. Hisham says:

    Sungguh tak bermoral org yg menyebarkan gmbr tu.
    Mmg resamnya politik mcm ni. Sejak zaman Saidina Ali lagi telah wujud politik kotor. Pasal tu lah aku tak nak terlalu taksub/fanatik pada politik.
    Cuma yg agak menghairankan aku, utk apa shoot n simpan gmbr bogel diri sndri? Hhhmmm… dunia semakin pelik.

  6. Kampung Boy says:

    ayieeeee…ni personal life ja ba nii..sia pun bogel juga di bilik indada org peduli.. who cares! nilah dikatakan “pulitik sabun” hehehe

  7. hazrie says:

    afaik, previous case Chua Soi Lek, all the opposition leaders asked him to step down….wonder why it should be different for this case? just because she is from PKR? give me a break…….if u still remember DSAI wanted to hijack the govt by asking the BN people to jump party….is that a good move? i dont think so…it backfired back to him….cheers to that!.. for me both parties BN and also Pakatan Rakyat cant be trusted….

  8. […] read more here […]

  9. ustazsaid says:

    iya la aku pun sokong la si Eli ni, dia bogel dlm bilik ok apa, bukan d tengah padang!
    Report polis ? boleh pcaya ka polis Msia ni ?

  10. jaytuah says:

    This is one of the many evidence of how immature (max immature) our politicians and the systems are… pity and pathetic..
    Each and everyone of us has our on nude moment (hahaha… betulkah?) but its not for general viewing.. Eli ni pun salah jua.. buat pa nak gambar bogel time muda dlu with bf.. (pengajaran for us oso lar.. manatau next time kita jadi famous or politician, so fikir masak2 kalu ko pernah buat video/tangkap gambar during your ‘private moment’ with ur special one..heheh)

  11. KaRuK says:

    hallo….saya rasa ini adalah satu konspirasi oleh si tuyul coz dia ada try tengok tu gambar di internet apa yang nude dia plak gambar org tido ja pun gambar pun blur nda tau dia ka tidak tu

  12. FunTooSurf says:

    mesti ada muslihat ni tapi siapa yang ambil gambar tu..? Visit comment http://radioatok.blogspot.com thanks

  13. zorro says:

    betul tu karuk..sa amat setuju sama ko ni…well check kata2 semangat saya sama si EW. ada foto yg ko maksudkan juga tu..

    http://sabahpower.blogspot.com/2009/02/sleeping-beauty-photo-elizabeth.html

    Thanks lady M.🙂

  14. denoy says:

    hi..
    just want to comment a little bit..
    memang tak salah untuk berbogel..tapi kena lihat keadaan mana dia berbogel..adakah berseorangan ataupun berpasangan ?
    dalam kes ini,dia mendakwa gambar itu mungkin dilakukan bekas teman lelakinya..(teman lelaki ??)
    apa yang dapat difahami di sini.
    1.dia membenarkan bfnya masuk ke rumahnya.
    2.dia membenarkan bf nya untuk melihat tubuhnya.
    3.kebarangkalian untuk melakukan hubungan seks itu ada.

    kita maklum YB berketurunan Cina,tetapi kalau kita saksikan drama2 Cina,mereka amat menekankan ketinggian moral.tidak ada satupun kaum/agama yang membenarkan perlakuan seperti ini melainkan orang2 yang mengaku dirinya maju/terbuka melulu sahaja yang sering melalaikan tuntutan agama.

    bertanggungjawablah..kalau dah tahu diri itu penuh skandal,jauhkan diri dari menjadi pemimpin.pemimpin adalah seorang yang lebih baik dari orang yang dipimpin.Jika pemimpin begini,bayangkan bagaimana keadaan orang yang dipimpin ??

    sekadar pendapat.

    TQ

  15. KiLau PoDoS says:

    kimak betul juga bah nie UMNO – BN (Barisan Najis) mcm di orang tu malaikat tiada kes ZINA semoga tuhan melaknat buat kerja yang tidak bermoral ini, hidup Pakatan Rakyat!

  16. Pro says:

    Kau orang ni tak ada akai ke …yang masalahnya bukan pasal gambar dia telanjang dalam bilik,kalau pasal talanjang dalam bilik dikata tak bermoral susah lah aku nak buang air besar kena buat dua lubang kat kain pelikat kan..ni pasal siapa yang ambik gambar tu kalau pompuan ok lah jugak takyah letak jawatan..tapi yang ambik gambar tu mamat tak kan tengok je kot kurang 2 pun nak juga pegang pegang …kalau aku lah panjang ceritanya.

  17. king says:

    aku dah tgk gambar ELI nieee..tu pun org kerja kerajaan yg kasi..mane dia dapat for sure lahhhh kuncu2 BN lah yg sebarkannnnnn..tapi gambar kat dalam tu pompuan tu nampak muda ajeeee…and than pompuan dalam gambar tu semacam kena bagi something like pil(pil khayal ke,pil tidur ke)
    anyway..tosah laaa BN nak berangan nak balik selangor..tambah seekor beruk jawa tuuu..toyol betul..
    aku sebagai anak selangor..nak cakap ngan toyol & BN2 nie..kalau berani cubalahhhh

  18. Kampung Boy says:

    pemimpin UMNO lagi banyak kez Zina lorrr..cuma kana kasi diam2 ja..diorg pakai duit & kuasa ja pigi tutup tu cerita.

  19. Pro says:

    Peminpin UMNO dan BN lagi telus ..tak kira berapa besar pangkat dan kebel yang dia ada ..dia kalau tak betul Umno akan dipecat dan dipenjarakan salah tetap salah…contoh pemimpin Umno yang kena ambil tindakan begitu ialah ANWAR tak kan tak kenal kot

  20. jaytuah says:

    Thoughts… If you want to be a Politician (particularly in M’sia), make sure you haven’t naked before.. who knows sum1 taken your picture.. hehehe..

    p/s i hope u don’t mind i put a link to ur site at my blog…. avasi kopio blog nu tii..

  21. ladymariah says:

    Pro, u slap ur own face😉

  22. Pro says:

    Lady Mariah …im glad that you can see that…
    .. not me but we(UMNO And BN) slap our own face ..that is one of the good things about Umno and Bn they can terminate any body among their party members if they broke the law..actully not anwar alone that been terminated but a few ministers….but they all gone with honours

  23. Rambo Perak says:

    Banyak banyak komen Gua cukup setuju ngan Denoy & Pro…Come on la ikut fakta maaaa..isu dia bukan pasai Bogel tu..gua pun hari hari bogel..tapi takan nak tangkap gambar sendiri kot, then sebarkan.. itu namanya pendek akal.. isunya Mamat or Mamu mana lak yang teror masuk umah V.I.P tangkap gambar tanpa di sedari..tinggi ilmu tu…rasanya orang minyak pun fikir 8 kali kalu nak wat kojer tu, kena tangkap sakit muleh malu pun muleh.
    apa apa pun kita lihat polis kesan orang minyak ni..pompuan ka laki ka..Polis Malaysia Teror baa..kompom dapatnyer..

  24. Elili says:

    World come to end. Dunia dah sampai akhir zaman. Apabila orang yang rendah moralnya di kagumi. Diangkat dan diagung-agungkan. Tidakkah dari dahulu lagi kita semua di ingatkan bahawa bila akhir zaman (kiamat hampir) maksiat berlaku sana sini? Orang2 rendah moralnya diagung-agungkan? Dunia dah gila? Jawapanya YA!

    Moraliti? Apa itu moraliti? What the hell!

  25. harrissh says:

    saya blm tengok gambarnya. lepas tengok baru boleh buat komen atau keputusan… ini bkn untk disebar tapi nak buat andaian…

  26. Cheng says:

    Salah satu teknik atau kaedah yg paling mujarab utk menjatuhkan seseorang ahli politik di Malaysia ialah dengan CERITA SEKS nya Saja…..MALAYSIA BOLEH

  27. RadioAtok says:

    Gambar tak le teruk sangat tapi cukup nak menjatuhkan seseorang…sungguh kurang sopan radio Atok turut simpati pada sidia…

  28. Pro says:

    Semalam Kahalid kata dia nak simpan pompuan tu (eli wong)sebab dia tak sebar gambar tu ..dia tak salah yang salah lelaki tu sebab ambil gambar eli…mengikut PKR bahawa sekira nya orang lelaki pkr yang belum kawin dibolehkan membawa pompuan masuk bilik tidur tak salah sebab dia bukanya berlaku di khalayak ramai…dan kalau pompuan yang belum kawin juga boleh bawa lelaki masuk bilik tidur sebab bukan dia buat projek di khalayak ramai …ini adalah perlembagaan PKR yang saya cadangkan ….sekira diluluskan dijamin ahli Pkr akan bertambah dengan mendadaknya..silap silap pemimpin PAS pun masuk PKR dan Pas di bubarkan dengan serta merta.sampai tak sempat nak lilit sarban.
    Ini lah contoh pemimpin yang tak berpendirian….isnin cakap lain, selasa cakap lain, rabu cakap lain dan begitu lah seterus nya…macam Mr Bean tukar seluar dalam..monday lain, tuesday lain, wed. lain….
    Tetapi tak pa lah untuk adil bagi semua kita tunggu sehingga tertangkap nya mamat tu ..dan apabila perbicaraan selesai kita tengok salah atau tak salah kalau salah dia patut di pecat..tapi bukan salah menyebarkan gambar bogel tetapi kompom yang ambil gambar tu adalah LELAKI..bermakna Eli membawa lelaki masuk bilik dia sedangkan dia belum berkahwin.bermakna dia tak bermoral.tak layak jadi pemimpin.
    Bagi saya eli dah bersalah dah sebab dia yang cakap orang yang ambil gambar tu lelaki dan orang tu bukan nya suami dia.
    dan pada pandangan saya sesiapa yg mempertahankan elli adalah tak bermoral juga.dan bagi yang berugama islam hukum nya berdosa karana subahat dengan maksiat.tak kira berapa besar dia punya sarban.
    Takat ni pemimpin PKR pada pandangan saya memang dah tak mempunyai MORAL lagi.

  29. Pro says:

    Baru baru ni nik aziz pula mempertahankan Eli wong ..cuba kita renung sekejap…. seorang yang selama ini membuat fatwa berseorangan bertentengan dengan fatwa yg di buat oleh semua ulama ulama melaysia.Sekarang ini menyokong seorang perempuan yang mambawa lelaki masuk bilik tidur.Saya percaya nik aziz sekarang ini sedang mencari hadis yang boleh digunakan untuk menyokong dia..saya agak lah mungkin dia akan kata “…Miss Eli wong DIBOLEHKAN bawa lelaki masuk bilik tidur sebab dia bukan berugama islam..yg tak boleh orang islam sahaja..DAN SAYA TAK BERSUBAHAT SEBAB KALAU YG DIKATA BERSUBAHAT TU BERMAKNA SAYA DAN LELAKI TU ADA BERSAMA SAMA PERGI LANDING KAT BILIK ELI ”
    Begitu lah anggaran sya fatwa yg mungkin nik aziz gunakan..
    Hai orang 2 melayu buka lah sedikit mata hati tu…jangan lah kita taksub sangat2 dangan pemimpin yang nyata manjual ugamanya dan bangsanya sandiri untuk kepentingan sendiri.
    Dalam malaysia ni MElayu tak boleh memerentah sendirian tanpa sokongan kaum lain iaitu Melayu Cina ,India dan kaum lain di Sabah Dan Serawak ..itu sebab BN di tubuh kan gabungan 14 buah parti .
    Namun untuk manidakan gabungan itu maka PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan “Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram”.
    Cuba saudara2 lihat sekarang kenapa hadi boleh peluk lim kit siang sekarang…kenapa anuar tak join pas selepas dipecat,kerana dia tahu parti satu kaum takkan boleh menjadikan dia perdana menteri..kanapa pas boleh bagi geran tanah 999 tahun kepada kaum cina di perak sebab nak kan sokongan..itu sebab yang paling banyak menyokong nizar menang pilihan raya kecil lepas.
    Saya bukan tak sokong geran 999 tahun tu tapi kalau nak bagi bagi semua kaum sama rata di kedah, kalantan,selangor dan pp.
    Takkan saudara2 tak nampak perkara2 yang tarang dan nyata ni, semuanya putar belit politik untuk mandapat kuasa.
    Saya tak kata yang BN tu 100% baik.. tapi cuba lihat sejarah ada ke ahli2 parti bn manyokong kalau dikalangan mereka didapati bersalah…takada maraka samada di pecat atau sendiri undur diri..mereka tak kan mendapat simpati walaupun belum dibicarakan..kita takan keluar duit nak buat sepanduk besar2 …sokongan saudara mara tu biasalah..ataupun sokongan “langau langau” yg ada sekeliling mareka.Tatapi untuk mandapat sokongan kerajaan jangan harap.
    Sekian …Kau pikir lah sondiri…”

  30. ladymariah says:

    Pro, terima kasih atas respon.
    Saya cuma cakap bahawa kita tidak sependapat. saya tetap berdiri di belakang Eli dan mengutuk tindakan orang yg menyebarkan hak peribadi Eli yang berlaku sebelum dia bergelar YB.

    Namun (saya tegaskan di sini) kalaulah hal tersebut berlaku selepas dia menjadi YB maka pendirian saya mungkin berlainan. Thanks.

    Salam…

  31. Pro says:

    Lady Mariah, sebagai pemimpin seseorang tu mesti lah yang terbaik dikalangan kita,kalao ada yb yang lebih baik sebelum dan selepas dia menjadi yb, kan lebih elok dari terus membiar kan Ew mwnjadi yb.Macam mana seorang pemimpin tu nak bagi nasihat kepada orang yg dipimpin sedamgkan dia sendiri dahulupun tak betul.
    EW hanya layak dijadikan contoh kepada anak dara sekarang supaya tak mudah menyarah kan jiwa dan raga kepada lelaki sebelum manjadi suami isteri,maksud nya EW dijadikan bahan kempen kesederan.tapi kalau dia jadi kan diri dia sebagai contoh tak kan memberi faedah sebab nya, katalah Ew bagi nasihat kepada wanita pakatan..” anak anak gadis dan puan2 sekelian jangan lah kamu mudah percaya kepada BF kamu dan menyerah kan segala yg kamu ada..kelak nanti merosakan masa depan kamu ..seperti apa yg berlaku keatas diri saya sekarang.” lepas tu ada yang menjawab ..” apa masalah nya YB,walaupun gambar bogel yb tersebar dan yb sendiri kata br yb yg ambil gambar tu, tetapi yb masih manjadi yb dan exco lagi malah dapat cuti panjang lagi, jadi kami tak nampak masalah yang rumit di sini” nampak tak orang ada kes moral tak layak menjadi pemimpin…jadi pengurus kilang ke pengurus ladang ke boleh lah.
    Kalau kes bankrup tu ok lah jugak,lepas u bayar semua selesai, ini kes moral sampai bila2 pun tak kan habis.Orang yg masa dia muda pernah terlibat kes rogal takan ada sesiapa pun nak ambil dia jadi tukang kebun rumah,apatah lagi menjadi body guard anak isteri kita betul tak..walaupun kes tu 20 tahun dulu.takada orang ambil bekas pencuri jadi jaga kilang..batul tak.tak ada orang ambil pemandu yg ada kes saman had laju jadi pemandu..kalau ambil juga tu yg bas banyak terbalik sekarang ni.
    I tahu u pro pembangkang u terlampau anti kerajaan sampai tertutup mata hati u ..mengangap semua kesalahan orang u adalah konspirasi kerajaan .Kes di PP tu tentang TKM yg dituduh terima rasuah tu ..nasib baik orang u sendiri yg buat report kalau tidak u kata konspirasi BN juga,kes 2 Adun pkr di perak yang di tuduh rasuah..u ingat tak nizar kata apa…meraka tak salah ini adalah konspirasi BN ,kerajaan perak akan menyadiakan peguam terbaik untuk bela meraka.
    Sekarang mereka jadi bebas dan manyokong BN ..u tau apa pakatan kata nanti kalau dua orang tu menang kes …kerajaan campur tangan dan melepaskan mereka.tapi asal nya nizar kata tak bersalah..tapi bila lepas marah pula.
    Tapi percayalah dlm BN yg salah tetap salah..mereka tak kan dibela..peguam, dia orang kena cari sendiri.
    sekian

  32. one says:

    Hmmm… bagaimana kalau gambar Khir naked dalam bilik sendiri tersebar di internet? Adakah dia akan meletakkan jawatan kerana berkelakuan tidak bermoral?

    hello nyonya sesiapa pun yg berada dibarisan pemimpin kalau ade isu moral mestila letak jawatan dgn sendirinya. bukan atas desakan sesiapa. kan banyak lagi amoi lain yg cun2 dan baik2 kat malaysia ni.

    dalam kes eli nie, walaupun naked dlm bilik sendiri bemoralkah dia diambil gambar camtu. walaupun ini hal peribadi dia, namun public dah tahu kehidupan peribadi dia tidak bermoral dari kaca mata org Malaysia. (sebab dah kantol kan) Ni bukan negara barat oi. Kalau ko tak kesah pemimpin yg memimpin negara ni orang yg dah sah2 tak bermoral + kantol tu ko punya pasal la.
    sebab ko bukannya betul pun. kalau ikut kepala org2 macam kau la so lek dan eli ni masih keluar tv buat tak tau je. Tak de maruah tul!

    Pemimpin jepun lagi wa tabik la. Bila kantol diorang bunuh diri beb. nie soal maruah.. bukan soal makamah. ikut makamah perogol pun boleh lepas kalau tak de bukti.

    Lady Mariah ko nie bodo la. Politik nie bukan sokong macam main bola. hidup mati pkr. hidup mati umno. hidup mati pas. politik ni kena sokong siapa yg jadi pemimpin. bukan sokong parti macam sokong bola.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: