Keputusan di bawah pokok menjadi komedi?

perak-state-assembly-under-the-tree

Lihatlah gambar ini. Himpunan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. What a beautiful photo.

Gempar bila perhimpunan dibuat di bawah pokok? Hmmm… ibarat sebuah komedi pula bila siaran TV3 malam tadi ada seseorang tu cakap (siapa dia tu? hehehe. like i care!) ”perhimpunan bawah pokok akan tetap jadi perhimpunan bawah pokok”. Maksudnya apa ya? Kalau perkiraan saya, ia menunjukkan beliau telah mentertawakan perhimpunan bawah pokok di negeri Perak.

Saya tergerak untuk menulis posting ini setelah melihat shoutout Kartunis Zunar di dalam Facebooknya yang tertulis begini: Pada zaman Nabi, banyak keputusan penting telah dibuat di bawah pokok kurma.

Adakah anda masih ketawa perihal ‘assembly under the tree’ walaupun ia bukannya pokok kurma?

14 Responses to Keputusan di bawah pokok menjadi komedi?

  1. jaytuah says:

    It is indeed, I might say, the most embarrassing moment for Malaysia as a truly democratic country (**as some of our leaders claimed). It is by hundreds miles the worst democratic practice compare to the many other practices or events (such as The downfall of PBS in Sabah, The Terengganu ‘Binatang’ issue, to named a few..)

    Read more at http://jeremytuah.blogspot.com/

  2. sabahwatch says:

    Hi, bawah pokok bawah pokoklah yang penting gembira…jemput datang – http://wwwsabahwatch.blogspot.com/

  3. Watan says:

    Salam,

    Ketawa dalam tangisan adalaa….ketawa tapi dlm ni tuhan saja tau…bengkak!

  4. sabahkomen says:

    bawah pokok ka, atas pokok ka, persidangan yang kana buat ni sah dari segi undang-undang, sbb persidangan yang lalu belum ditamatkan lagi cuma kana kasih tangguh saja. Makamah pening kapala sbb dia contradict dengan perlembagaan sedia ada. tapi walaupun sah, drama di Perak makin menjadi jadi…susa mau cakap.

  5. kassim says:

    bagitau zunar tu…zaman Nabi xda kes macam ni sampai buat keputusan macam ni…heheheh
    zaman Nabi tu mushawarah n ceramah,nasihat bukan kerana xdapat masuk DUN tuk buat keputusan….
    eheheheh….
    jan dok nak samakan zaman Nabi, memang xsama…
    Islam is a great……adios..

  6. Kampung Boy says:

    aiyeeeee….kalau rujuk sejarah kan..even British pun pernah bersidang bawah pokok kayu baa.. waktu Parameswara namakan Melaka pun time dia di bawa pokok “Melaka” juga.. hehehe ada iskul tapi utak pakai lutut ba politician ni😛

  7. Gost says:

    apa salahnya bersidang bawah pokok..ada juga sidang kana kasi nama “meja bulat”😛

    p/s
    ada beer atas meja.

  8. bumilangit says:

    peristiwa ini me’reboot’ pemikiran kita untuk membezakan antara adat dan syarat.

    secara adatnya, sidang DUN dalam dewan, tapi ianya bukanlah syarat.

    secara adatnya, najib akan ganti paklah, tapi tak semestinya ianya betul! hahahah

  9. kassim says:

    hahahah..kc contoh la parameswara kek,british kek…heheheh..buatla psidangan bawah atap ler..heheh…bawah poko knaper…hahah
    trima ler kenyataan tu bah..
    hehehe

  10. Cheng says:

    Tidak kisahlah persidangan tu dimana2.. yg penting DUN belum bubur dan tiada undi tidak percaya dilakukan terhadap Nizar… Si C4 tiba2 mengumumkan MB baru DARI bn plak di Perak.. aiyaa… Malaysia Boleh Perak Boleh BN bOLEH… semua boleh kalau BN punya pasal.. prinsip yg sama C4 ckp dlm undang2 tubuh Negeri Perak.. pelik tapi realiti ….

  11. faizal says:

    saye orang perak,
    rasa bertuah milik 2 menteri besar dalam satu masa…
    hehehe

    skrgni la masa terbaik untuk rakyat perak untuk mintak peruntukan berjuta2 dari kerajaan PUSAT …hahaha
    sebelum ini Negeri Perak selalu dianaktirikan dalam pembangunan dan peruntukan… asyik2 dapat kat terengganu, selangor… tak pun kelantan …

    Selangor dh ada universiti industri selangor..
    Kelantan dh ada universiti malaysia kelantan
    Terengganu dh ada universiti daruliman malaysia

    perak…. on the way….

    TAK LAMA LAGI KITA TUNGGU… Universiti Malaysia Perak …

    cume risau, universiti ini dijadikan tempat menternak dan melatih katak2…utk mengisi pasaran katak2 yang sangat kurang di negeri perak… hehehe… cume ada 3 ekor je katak kat perak…hehe

  12. Cheng says:

    Saudara Rizal.. Katak2 ni baik utk negara.. ternak jangan tak ternak ye

  13. Cheng says:

    Pembetulan: Saudara Faizal..hehehe

  14. BunGkaSTeam says:

    Kini sabah sudah ada teman..
    Negeri di Bawah Bayu dan Negeri di Bawah Pokok.

    Saya suka komen “bumilangit” .. SYARAT dan ADAT. That is the reality.. ADAT belum tentu betul dan SYARAT belum tentu salah.. hehehhehe!!!

    tapi kan… urang melayu cakap.. “Diluah mati emak ditelan mati bapa” … itu pepatah melayu la…

    p/s:
    *bila aku isi borang rasmi.. bahagian bangsa tu aku isi lain2.. pasal aku ni bajau.. tiada dalam list.. wahahhahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: