MC 7 hari: Kuarantin H1N1

quarantineAhad lepas aku sepatutnya cover function kat Tanjung Aru Plaza pukul 10.30am. Oleh kerana sejak dari malamnya aku demam, selesema, sakit sendi, cirit-birit dan sesak nafas, aku ambil keputusan untuk keluar awal dan singgah kat Queen Elizabeth Hospital untuk dapatkan rawatan. Rumah dan QEH dekat sahaja jaraknya…

Sampai sahaja di hospital, Medical Assistant arahkan aku menjalankan saringan virus H1N1 kerana melalui testimonial yang aku berikan, aku memang mempunyai direct contact dengan tourists dari luar memandangkan pada malam Sabtu ketika Unduk Ngadau DBKK aku telah menemuramah sekumpulan pelancong dari Australia. Walaupun Aussie bukan negara yang membawa virus tersebut, tapi aku telah diberikan MC 7 hari untuk mengelak sebarang kemungkinan.

Doktor kata aku tidak terkena jangkitan virus tersebut kerana suhu badan aku adalah dibawah 38 darjah dan sekiranya (palis-palis) berhadapan dengan virus tersebut maka terdapat kesan secara terus-menerus. So, aku kena berkurung selama 7 hari dan dilarang untuk ber’direct concat’ dengan orang awam.

Kepada kawan-kawan wartawan di luar sana yang berhadapan dengan risiko terutama ketika sesi temuramah, eloklah memakai mask untuk langkah berjaga-jaga.

Hari ini adalah hari ketiga dan aku merasakan adak sihat sedikit kerana tiada lagi demam panas yang melampau. Cuma batuk-batuk yang agak menyakitkan tekak. Memang bosan untuk duduk diam di rumah tapi ternyata ubat yang doktor berikan tidak dapat memberikan peluang kepadaku untukl berbuat apa-apa. Sentiasa mengantuk dan lemas-lemas badan.

Terima kasih kepada SMSes dan calls dari rakan-rakan. Do not worry, i am not dying yet😛

P/S: Kepada budak-budak nakal dalam office, tolong jangan tukar gambar desktop PC aku kepada gambar Rosmah. AWAS Korang! Hahaha.

2 Responses to MC 7 hari: Kuarantin H1N1

  1. dekerinchi says:

    salam ladymariah,

    Wah gawat, kalau demam musim ni…macam-macam persepsi boleh muncul…

    Nasib baik awak tak kena demam berbahaya…apa pun saya harap awak cepat sembuh…makan ubat tu….good luck…

    Pesanan Yang last tu agak menarik….baru saya tahu awak peminat rosmah…awak nak saya kirimkan gambar Rosmah tak…? heheheheh

  2. ladymariah says:

    salam dekerinchi…
    terima kasih atas perhatian.
    pasal peasanan last, jgn masuk campur. hahahaha. kalau awak ada email gmbr rosmah, AWAS. hahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: