Suatu masa dulu…

Darjah 6 (1995)

Darjah 6 (1995)

Selama tujuh hari dikuarantin, aku agak rimas berada di rumah, nasiblah broadband aku tak meragam sangat. Kadang-kadang tu memang la slow tapi ok la juga… yang penting dapat surf internet. Hehehe facebook adalah site yang paling popular bagi aku dan aku nampaknya menjadi tukang komen yang agak agresif sejak akhir-akhir ni. Sorry kawan-kawan…😉

Oleh kerana aku punya masa yang agak panjang di dalam rumah, aku selongkar gambar-gambar lama. Aduh, rindu kat kawan-kawan lama. Aku tersenyum sendiri melihat gelagat dalam gambar lama bersama kawan-kawan yang mana ketika tu belum ada camera digital seperti sekarang. So, kena posing sebaik mungkin sebelum hantar ke kedai untuk develop.

Salah satu gambar yang mencuri pandangan aku, gambar ketika perpisahan kelas Darjah 6 Mawar SK Pekan Pitas pada tahun 1995. Sehingga kini, aku masih berhubung dengan kebanyakan kawan-kawan dari sekolah rendah.

Aku masih ingat lagi, gara-gara bermain lompat tali getah, aku sanggup meminjam tudung dan skirt kawan dan join mereka ke sekolah agama di sebelah petang semata-mata kerana nak sambung game di sana. Jangan terkejut kalau sampai sekarang aku masih lancar membaca Al-Fatihan, mengucap dua kalimah syahadah, doa makan, doa belajar dan beberapa doa dalam Agama Islam. Sayangnya, ketika meningkat ke Tingkatan 1 aku tidak dapat meneruskan pembelajaran tulisan jawi kerana jadual pembelajaran yang gak ketat padahal pada ketika itu aku sudah pandai membaca jawi. Sampai sekarang, aku cuma pandai tulis nama aku: lam alif dal ya’ (Lady), mim alif ro’ ya’ ha’ (Mariah). Hehehe. Such a sweet memories!

Dalam gambar di atas, ada juga beberapa rakan yang lost contact dan sekiranya anda membaca blog ini, tolong hantarkan email dan drop some comments ya! Ok, kawan-kawan, bagi yang berwarna merah tu maknanya aku dah lost contact, warna purple aku ada jumpa tapi tak berhubung dan yang berwarna hijau ni adalah kawan-kawan yang dah macam family. Tiap kali hari raya, akan berusaha untuk berkumpul bersama🙂

Barisan Belakang: Norakmal Matnor, Arwah Martini Tahir (meninggal dunia pada tahun lepas 2008), Mariah A. Doksil (Lady Mariah), Mohd Azhar Malik, Abd Aziz Jamadi, Mohd Izam Matzin, Siti Norhanah Pali, Rafidah Amirul, Junaida Jamlin, Rusminah Osnain, Ruby Ronarita Abd Rajak.

Barisan Tengah: Junainah Mamat, Mastik Abd Laman, Adibah Ghaffar, Norlinah, Siti Aminah Suari, Yuslia Yusuf, Cikgu Maimun Undan, Aznah Aziz, Roziwana Dusi, Zarinah Zainuddin, Sylvia A. Maratim.

Barisan Hadapan: Mohd Nazri, Eddy Johari Saidin.

P/S: Kami pernah didenda lari pusing padang (semua 1 kelas) kerana tak siapkan kerja sekolah. Hahahaha.

6 Responses to Suatu masa dulu…

  1. mohd azhar says:

    yeah… i remember that… sweet memoriess

  2. roziwana says:

    emmm still remember.we all so cute

  3. roziwana says:

    aku nak tanya sikit kat ko,bagaimana allahyarham martini tahir meninggal? aku dah lama tak pi pitas.aku kat kk.

  4. rost says:

    kawan2 yang sukar dicari…
    smoga prsahabatan ini kekal abadi..
    amin..

  5. lela says:

    oit maria..minta gambar ni..baru ku nampak website mu a..tahniah..add c face book..kawan2..rindu kamu semua

  6. ruby says:

    lucu ba tgk gambar2 ni….klu dpt kumpul mcm dulu2 kan best…roziwana, kau masih marah ka? kan ruby jahat sama kau dulu..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: