Novel: DEWA CINTAKU

Aku baru sedar terdapat empat buah buku yang belum aku baca. Terdapat dua buah novel iaitu Garis-garis Deja Vu karya John Norafizan, pemberian seorang rakan pada pertengahan tahun lepas dan Dewa Cintaku karya Dilla Hussein hadiah khas daripada penerbit novel itu sendiri, Suhan Movies ketika kunjungan mereka ke Sabah untuk audition program realiti TV ‘Pilih Kasih’ bersama Rosyam Nor, iaitu watak dalam novel ini sebagai Iqbal. Aku cover audition mereka.

Tandatangan Rosyam Nor ada di dalam buku ini dan itu bukanlah perkara yang menyebabkan aku ingin mempromosi buku ini tetapi keistimewaan novel ini adalah kerana ia adalah novel cinta muzikal pertama Malaysia memyebabkan aku akan mulakan langkah untuk membacanya. Nanti aku kongsikan apa yang istimewa.

Sepanjang bulan Kaamatan ini, aku nekad menghabiskan masa lapangku ketika menunggu ‘Press Conference Menteri-Menteri’ dan ketika berada dalam bas dengan membaca Dewa Cintaku dan Garis-garis Deja Vu sampai habis. Lepas tu, baru sambung dua lagi buku yang bertajuk Dari Jakarta Menuju ke Gedung Putih dan yang satu lagi aku lupa apa tajuknya…

Dewa Cintaku

Dewa Cintaku

Sinopsis novel DEWA CINTAKU: Walau cinta tak pernah aku cuba, tak pernah aku rasa, aku mampu berikan segalanya. Cuma hanya… jika kau bawa aku terbang bersama, meneroka alam cintamu yang beku… izinkan aku mencairkannya, izinkan akutemanimu, hingga ke akhir masa… DEWA CINTAKU.

Iqbal & June, miliki sejarah hidup yang sama, menjadi mangsa perpecahan keluarga sehingga menjadikan mereka manusia-manusia yang tidak perlukan cinta. Namun apabila cinta itu tidak berdosa… mereka tersungkur jua di kakinya….

Aku tahu, kesibukan kerja bukanlah alasan untuk aku melupakan pembacaan. Begitu juga rakan-rakan yang sedang membaca blog ini. Luangkan masa kita untuk membaca dan  rajinlah mencari novel-novel dan tulisan-tulisan tempatan. Walaupun kita tidak punya Kinokuniya, tapi banyak kedai buku di sekitar Kota Kinabalu yang menyediakan sumber bacaan yang pelbagai.deja vu

p/s: sedang menanti novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Dia merupakan salah seorang penulis thriller Malaysia yang aku minati. Kelahiran dari Papar…

One Response to Novel: DEWA CINTAKU

  1. antifeudal says:

    baguslah… membaca jambastan ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: