Festival Filem Malaysia ke 22 di Sabah

Tropi untuk Festival Filem Malaysia ke 22Tropi yang aku pegang ni (Tidak, aku tidak memenangi apa-apa anugerah setakat ini. Hahaha.) adalah tropi akan akan dianugerahkan kepada anak seni tempatan pada Festival Filem Malaysia ke 22 yang akan diadakan di Negeri di Bawah Bayu pada bulan Ogos hadapan. Ciri-ciri tropi, Tinggi: 13 inci, Tinggi tapak: 4 inci dan Lebar: 4 inci. Bahan buatan: Tapak- Acrylic Hitam, Tiang- Pewter bersadur emas dan bulatan puncak (globe) dari Arcylic putih.

Rekabentuk: Penggabungan empat tiang utama yang terbuka yang tercantum di puncak yang dipasakkan oleh bulatan globe. Bahagian tapak adalah lebel pemenang kategori dalam bentuk goresan. Siap ada imej Gunung Kinabalu sebagai tanda penganugerahan kali ini diadakan di Negeri Sabah😉

Senarai filem cerekera untuk tahun ini: Los and Faun, Jin Hutan, Talentime, Geng: Pengembaraan Bermula, Jalang, Cicakman 2: Planet Hitam, Momok The Movie, Budak Kelantan, Kami The Movie, Sifu & Tongga, Antoo Fighter, Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam, Skrip 7.7.07, Rasukan Ablasa, Jangan Tegur, Brainscan: Aku dan Topi Ajaib, Selamat Pagi Cinta, Syurga dan Cinta, Senario The Movie: Episod 1, Tipu Kanan Tipu Kiri, Maut, Histeria, Setem, Papadom, Jomlah C.I.U.M dan Sayang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana FFM 22 merangkap Ketua Pengarah FINAS En. Mahyidin Mustakim berkata sehingga hari ini, sebanyak 26 filem cereka, 74 filem dokumentari, 67 filem pendek, 28 filem animasi dan 6 filem digital telah menghantar penyertaan mereka.

So, para pembaca blog KOPIVOSIAN yang berminat untuk menghadirkan diri untuk memeriahkan Anugerah Karpet Merah ini pada 8hb Ogos di Dewan Canselor UMS, anda boleh dapatkan tiket percuma dari pejabat DBKK (Tingkat 3- Office Hour). Terdapat banyak acara lain yang boleh kita enjoy di sekitar KK sempena festival yang julung-julung kali diadakan di bandaraya kita ini. Check it out!

5 Ogos – Sesi Ujibakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm)

6 Ogos- Simposium di Galeri Perdana UMS (8.00am-5.00pm), Sesi Uji bakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm), Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm)

7 Ogos- Sesi Ujibakat di Laman Siswa UMS (8.00am-5.00pm), Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm)

8 Ogos- Tayangan Filem Percuma di GSC 1 Borneo, GSC Kilan KK (8.00-5.00pm), Malam Anugerah Festival Malaysia di Dewan Canselor UMS (7.00pm) dan terdapat skrin besar di luar dewan untuk memastikan orang ramai yang tidak mendapat tiket akan sama-sama merasai kehangatan anugerah tersebut.

ticketsLM: Ketika menghadiri sidang akhbar pagi tadi, Datuk Bandar cakap seramai 600 delegasi akan datang dari KL (termasuk artis) akan turun Sabah untuk memeriahkan acara. Tadi mau pengsan aku jumpa Hans Isaac. Hahaha. Mulau. Tapi yang paling penting aku dah dapat tiket. Yeah!

17 Responses to Festival Filem Malaysia ke 22 di Sabah

  1. Virgonz says:

    erm.. mau tanya bah… tu free ka? bila tu tiket bulih kana amik…? sma tu tiket utk tgk acara kapet merah jak? utk tgk acara FFM di dlam dewan xda ka?? hehehe byk pula soalan…

    sbb klu xda masalah kira mau pg juga ni…

  2. ladymariah says:

    acara karpet merah tu la tu yg anugerah FFM tu. isnin buli dah tu dapat di dbkk. ofis hour. tu yg mayor ckp tadi… nda pa bah, tanya jak. sia jwp yg sia tau saja la… kalau tidak tau nanti sia kasi update lepas minta confirmation.

  3. Virgonz says:

    oo.. hari isnin? hehehe sy mau pg amik la ni… free seat la tu kan? ko tau ka sepa yg perform tu malam nanti??

  4. Virgonz says:

    oowwhhh bahagian mana mau amik tu tiket??? amik sma ko? hyehehe

  5. ladymariah says:

    yang perform tu belum tau. erkk.. sia bukan keja di dbkk boss. ko tnya jak sana kaunter diorang tau tu. baru siap sidang akhbar bah tadi so, mungkin teda kaunter khas tu. nanti la kalau sia sudah tau mana kaunter diorang, sia kasi update. tp yg pasti memang dapatkan dari ofis dbkk la…

  6. Virgonz says:

    konsikou kama… hehehe…

  7. Virgonz says:

    ooo ya… klu mau redeem tiket bh… satu org bleh redeem berapa?

  8. ladymariah says:

    saturang buli ambil satu jak… hehehe.

  9. ljundong says:

    saya pun peserta FFM bah. jadi ambillah tiket kalau mo tengok saya.

  10. ljundong says:

    kalau nk tengok trailer filem saya cek di URL ini

  11. rozie says:

    aku ikut ko ok ka? ko ada tiket kan ….heee

  12. ljundong says:

    bulih bah kalau kau

  13. ljundong says:

    support the sabahan filmaker

  14. ladymariah says:

    semua tiket sila dapatkan di pejabat dbkk.

  15. Nurul says:

    Hye.. mana boleh dapat tiket free 2??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: