Joran dan Novel

fishing+novel

Ada ketikanya kita ingin berlari jauh dari kesibukan kota. Ya, akupun mempunyai keinginan yang sama terutama ketika offday. Bukannya aku tidak suka untuk menghabiskan masa dengan aktiviti di sekitar Kota Kinabalu ini tapi sejak akhir-akhir ini aku lebih suka menghabiskan masa dengan memancing dan membaca.

Pagi tadi, selepas menunaikan tanggungjawab yang sangat penting sebagai seorang rakyat, aku bergerak ke kawasan Tuaran untuk mencari lokasi untuk memancing. Aku kurang pasti akan nama kuala tersebut tapi kedudukannya berhadapan dengan Pulau Gandang.

Novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang bertajuk MIKHAIL yang aku beru beli di 1Borneo Hypermall tidak dapat dihabiskan kerana pembacaanku terhenti ketika menukar umpan, timah dan juga menarik ikan dari dasar air. Nasib kurang menyebelahi aku hari ini kerana cuma seekor ikan putih sahaja yang menyangkut di mata kail. Aku tidak kecewa kerana dari awal pagi kelihatan laut bergelora dan ikan-ikan mungkin tiada mood untuk menyantap umpan udangku. Lagi pula, aku cuma ingin mendengar suara ombak dan merasa tiupan angin dari samudera. Dalam masa yang sama, gambar-gambar yang sempat dirakamkan bolehlah diberikan kepada rakan wartawan Utusan Borneo, Sahar Burera, untuk kolum PANCING edisi ahad ini.

Walau bagaimanapun, hari aku sangat bermakna pada hari ini kerana dapat bercanda dengan angin-angin di muara sungai Tuaran yang bersambung terus dengan lautan. Rakan-rakan yang tahu destinasi memancing yang best, sila kongsi-kongsi la ya…

2 Responses to Joran dan Novel

  1. lain kali bawa kami bah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: