Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

Lokasi: Terminal Bas Wawasan Plaza, Kota Kinabalu

Tarikh: 28 Julai 2008 (Selasa yang indah)

Walaupun cuma ada sekitar sejam sahaja masa aku di sini untuk menggumpul tandatangan daripada penumpang dan pemandu bas, aku mendapat tandatangan daripada sekitar 70 orang. Aku akan menghantar banner yang aku tulis JANGAN NAIKKAN HARGA TAMBANG di atas kain putih sepanjang 1.5 meter kepada Kementerian Pengangkutan, semoga mereka dapat mempertimbangkan kenaikkan tambang di negeri ini.

Seperti yang diketahui umum, ramai pengusaha-pengusah bas yang telahpun menaikkan tambang sesuka hati kejak kebelakangan ini walaupun belum ada pengumuman daripada LPKP.

Kini, pengumuman kenaikan harga tambang akan dijadikan kelebihan untuk menaikkan kadar harga sekali lagi. Aku tahu, pemandu-pemandu bas pun mahu cari makan, tapi lihatlah bukti dalam gambar ini dimana pemandu bas juga menandatangani berkenaan kerana mereka tidak setuju tambang dinaikkan. Mereka tidak pernah dinaikkan gaji dan diberikan cuti yang seperti yang dijanjikan majikan walaupun harga tambang sudah naik sebelum ni.

Respon yang paling mengejutkan aku apabila pemandu-pemandu bas kata mereka semakin kekurangan penumpang kerana perkhidmatan kereta sapu semakin berleluasa di bandaraya. Mereka mengenakan caj tambang yang lebih murah dan penumpang-penumpang yang tidak mempunyai pilihan (ingin berjimat demi untuk membeli susu untuk anak-anak dan makanan di rumah) akan merisikokan diri mereka dengan menaiki kenderaan yang tidak mempunyai permit dan insurans.

Kepada rakan-rakan yang berada di luar negeri Sabah dan tidak pernah merasai khidmat teksi di negeri ini, mungkin agak sukar bagi kami untuk menerima kenaikkan tambang ini kerana pemandu teksi di negeri ini tidak pernah menggunakan meter. Mereka caj penumpang mengikut suka hati dan pasti ada segelintir daripada mereka yang akan menjadikan alasan ‘pengumuman dari kerajaan’ untuk menambah beban penumpang.

Walau bagaimanapun, saya TABIK SPRING kepada pemandu bas dan teksi yang memikirkan kesusahan penumpang-penumpang mereka. Saya amat kagum dengan keprihatinan mereka, kerana kita tahu, pemandu dan penumpang sama-sama cari makan sedangkan pengusahalah yang bertepuk tangan, mengaut untung besar.

Khabarnya, Menteri dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri dan Timbalan Menteri Datuk V.K Liew akan melawat Terminal Wawasan Plaza pada 31 Julai. Tidak pasti pula sama ada membawa khabar sukacita kepada pengusaha bas ataupun menyampaikan khabar duka kepada penumpang-penumpang? Atau sebaliknya?

5 Responses to Protes: Jangan Naikkan Harga Tambang

  1. richer says:

    Syabas lady…semoga perjuangan membela nasib rakyat dapat diteruskan

  2. r-WaN says:

    bole tolong saya xne nak cari maklumat pasal bas mini d sabah. ak ngah buat proposal projek sem akhir ak pasal pgangkutan bas mini d sabah ba..xbyk maklumat ak dpt ne.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: