Hapuskan ISA!

Malaysia Opposition Protest

Lebih 20 ribu penunjuk perasaan berhimpun di pelbagai lokasi di ibu negara hari ini bagi membantah ISA. Lagi foto didalam. Foto: AP

Ketika puluhan ribu rakyat memperjuangkan hak kebebasan dengan mengadakan perhimpunan MANSUHKAN ISA, terdapat pula kumpulan ni (tak perlu sebut. aku tak nak iklan percuma) yang berapi-api nak adakan perhimpunan untuk menyokong ISA.

Malangnya penyokong ISA, diberitakan mereka terpaksa membatalkan himpunan kerana tidak mendapat sambutan.

Satu hal lain yang agak melucukan bagi saya, apabila seorang pakcik ni dengan confident memakai baju putih yang bertulis “KEKALKAN ISA” – MEMPERTAHANKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.

Apa kaitannya ISA dan mempertahankan hak orang melayu sedangkan orang Melayu pun berada dalam tahanan ISA? Adakah dia ni memang faham akan perjuangan sebuah kemerdekaan dan kebebasan atau saja-saja nak melepak dan ‘pok femes’?

penyokong ISA

Biarlah pakcik ni cari haluannya sendiri. Pengerusi AIC, Shukri yang masih berada di tengah bandar KL menuntut kebebasan tahanan ISA, mengatakan dalam blognya bahawa FRU dan polis bagaikan menggila memukul dan menangkap orang ramai. Doa ikhlas saya bersama pejuang keadilan sekalian. Semoga selamat dan tidak cedera. Diberitakan juga, polis tengah mencari jalan untuk merempuh bangunan PAS untuk menangkap pimpinan Pakatan Rakyat di sana. Apakah negara kita sudah menjadi negara polis?

23 Responses to Hapuskan ISA!

  1. sumbiling says:

    nasib baik ni kali inda kana gas pemedih mata…:))

  2. ladymariah says:

    ko ada juga ka tu? luckly tidak kena tangkap kali ni…

  3. sumbiling says:

    ada juga di siring2… menyamar sebagai urang pg shopping.. hehehe..

  4. Dr.Sid says:

    hapuskan peliwat! – bagaimana?

  5. ladymariah says:

    Dr. Sid, siapa peliwat?

  6. tompinai says:

    pelancong trus takut mau dtg p msia drg p buat perhimpunan mcm tu..ekonomi pun turun sikit..nda pandai fikir kan..kalau tda salah apa mau takut ISA

  7. ladymariah says:

    tompinai, kalau setakat protes utk menegakkan keadilan dan merayu kebebasan, tidak mungkin pelancong akan takut dtg malaysia sebab diorang tengok news dari BBC, CNN dan Al-Jazera. bukan dari rtm atau tv3.

    kepada tompinaiku, rally menghapuskan ISA tersebut dari awal lagi telah dirancang supaya berjalan dgn aman. tapi pihak polis terus manangkap dan terus melepaskan gas pemedih mata.

    kalau benar pelancong takut datang malaysia, anda tau kenapa?
    SEBAB MEREKA TAKUT PADA POLIS MALAYSIA YANG TAK BOLEH PERCAYA. SUKA HATI BELASAH RAKYAT!

  8. sumbiling says:

    pelancong takut?? di jepun, korea, amerika, china, indonesia..di kebanyakan negara eropah… demo bukan sesuatu yang asing bagi kebanyakan mereka.. terus terang … dalam 2 demo yang saya hadiri sebagai penonton.. saya tidak pernah nampak pelancong menunjukkan rasa takut.. sana juga la diorang bediri time orang berdemo…

    kalau teda salah apa mau takut ISA?? kalau urang buat salah bawa pigi mahkamah bah kalau berani… apa mau pakai ISA.

    kalau mau buat satu undang2 untuk terrorisme, untuk kegiatan subersif….. gubal satu undang2 yang baru.. YANG JELAS.. bukan macam ISA.. tujuan untuk menghapuskan komunis. tapi urang2 yang bukan komunis pun kana tangkap..

  9. mydilpiero says:

    saya sokong ISA d hapuskan.. dasar UMngok

  10. Rem says:

    Ladymariah: “Dr. Sid, siapa peliwat?”

    Kura-kura dalam perahu pula.πŸ™‚ Kalau semua reformis percaya totok-totok bahawa Tok Jib adalah pembunuh Antaltuya hanya kerana ada seorang manusia bernama Raja Petra membuat akuan bersumpah — kenapa tidak boleh percaya bahawa Anwar Anti-Kadazandusun Al-Juburi adalah seorang peliwat kerana ada ramai manusia sudah buat akuan bersumpah? Isu saya bukan untuk mempercayai atau tidak mempercayai — siapa pembunuh, siapa peliwat. Isunya adalah ‘double standard’. Kalau kita benar-benar pencinta kebenaran/keadilan, kita mesti gunakan kayu-ukur yang sama untuk menyukat kebenaran/keadilan. Kan?πŸ™‚

    Saya rasa orang-orang yang berarak minta ISA dihapuskan ini tidak patut disembur dengan air dan gadis pemedih mata oleh polis. Mereka juga tidak patut dipukul. Apa yang patut dibuat oleh pihak polis ialah menangkap mereka semua, dan humban beramai-ramai ke hutan Amazon. Biar binatang liar dan piranha robek-robek daging mereka semua sampai tinggal tulang.πŸ™‚

    Reformis dan Parti Keadilan adalah manusia (betula ka manusia? atau binatang ka?) yang paling IRONIK di dunia. Mereka cakap lain, mereka buat lain. Mereka kata “itu” tidak boleh untuk mereka. Tapi “itu” yang sama boleh pula untuk mereka.

    Kalau betul-betul mahu melobi untuk hapuskan ISA atas nama keadilan, kenapa perlu berarak macam binatang terlepas kandang di tengah-tengah pusat bandar? Keadilan orang lain tak penting ka? Bagaimana dengan para peniaga yang rugi? Bagaimana dengan orang awam yang hilang hak untuk keluar membeli-belah dengan aman? Tidak bolehkah berarak di tempat lain? Ada banyak tanah lapang di kawasan Banjaran Titiwangsa. Atau minta saja pinjam stadium Shah Alam yang besar bagak tu. Tak kan MB Selangor tak kasi pula, kan.

    Syukurlah. Di Sabah gerakan monyet se-Malaysia ini belum lagi berakar umbi. Kalau tidak, satu lagi masalah timbul.πŸ™‚

    • Payne says:

      Hello Rem,

      Pertama, maksud sebenar “double standard” pada pemahaman saya bukan hanya terhad kepada apa yg saudara ingin ketengahkan, i.e isu liwat, siapa peliwat, siapa diliwat, pembunuhan altantuya, dan kaitannya dgn najib. Ada isu2 “double standard” lain yg lebih besar dan mustahak kepada kepentingan rakyat umum. dan, saya rasa jika saudara terang hati, saudara akan melihatnya tanpa prejudis, prasangka buruk dan niat jahat. Sebaiknya saudara perlu menerangkan “double standard” itu dari prospek polisi2 kerajaan semasa persekutuan terutamanya berkaitan ekonomi ataupun kesaksamaan hak antara kaum2 sah di negara ini. Mengaitkan “double standard” dgn isu liwat hanya menampakkan betapa biasnya saudara.

      Kedua, secara logiknya, apakah bezanya samada pihak berkuasa bertindak kejam kepada pejuang kebebasan hak asasi manusia dengan menangkap mereka lalu dihumban ke hutan amazon supaya hutan liar dan isinya mengadili mereka. jawapanya kedua-duanya kejam cuma cara saudara lebih kejam. jika ini bukan cubaan saudara utk melawak sebaliknya dgn niat utk melaksanakanya, sekarang saya ingan berterima kasih kepada Tuhan bahawa saudara tidak menduduki kerusi perdana menteri. jika tidak, mungkin separuh dari warganegara ini berpotensi utk dihumban ke hutan amazon kerana sikap semulajadi mereka, iaitu mahukan kesaksamaan dan keadilan.

      Ketiga, di negara ini, sudah menjadi lumrah pemimpin2 parti politik (umno-bn dan PR) terlalu banyak berkata-kata dan apa saja yg keluar dari mulut mereka adalah politik. Ini adalah realiti. Perbezaanya cuma, bagaimana kata-kata mereka disampaikan oleh orang tengah iaitu pihak media. Dan ternyata kerajaan semasa mempunyai kelebihan kerana stesen2 televesen utama dan media cetak harus berpihak kepada mereka. Mereka boleh, samada menggunakanya utk mengetengahkan polisi2 kerajaan mahupun menyerang lawan. sudah tidak menjadi rahsia bagaimana stesen tv kerajaan terutamanya TV3 menyebar propaganda politik dan bagaimana mereka menyerang pembangkang. saya masih ingat bagaimana mereka menayangkan “clip video” sex yg dikaitkan dgn figura PR secara bersiri dgn ulasan yg seperti menggantikan tugas hakim. Kes itu sekarang masih dibicarakan di mahkamah. pun bagitu terdapat kumpulan2, pemimpin2 politik dan orang perseorangan bertindak menghakimi tertuduh terlebih dahulu dari mahkamah sesuatu yg bertentangan dgn konsep asas keadilan.

      Dan yg terakhir, kami penduduk Sabah bukanlah monyet. “mereka” yg saudara maksudkan juga bukan monyet. mereka sama seperti saudara. Mereka adalah Manusia. Sedangkan orang gila pun tidak sesuai digelar binatang kerana, walaupun mereka gila tetapi mereka masih manusia. Saudara juga manusia, jadi tunjukkan bahawa tiada sesiapa layak menggelar saudara binatang. Sekian.

  11. ladymariah says:

    Teruskanlah memuja BN kalau parti itu yang sangat baik dan sempurna di matamu.
    Aku tahu, kerajaan BN adalah punca rezekimu.
    God bless u. Amen. Happy Fasting.

    * p/s: aku tidak punya ekor yang panjang dan bulu yang banyak. aku bukan monyet. hahaha. mungkin ada org tersalah komen. maafkan mereka di bulan mulia iniπŸ™‚

    • Bersihkah PR? says:

      cik adik penulis blog, sy akui sy sorang yg pro-BN…. yg sntiasa ambik tau ape yg berlaku disekeliling sy..

      tp awas!! jgn sesekali menyama kn kami yg pro-BN ini sebagai obses ngan party… kami BUKAN SEPERTI PEMBANGKAK YG DOUBLE STANDARD… PEMBANGKANG YG SLALU KATE DIRI MEREKA SAJE YG BETUL…MEREKA SJE YG PERJUANGKAN DEMOKRASI…MEREKA SAJA YG ADIL…
      (UWEEKK…nk termuntah jap..)

      ape yg sy ckp kat atas ni, cik adik penulis blog pon tau kn?? pembangkang akan cari jalan utk berkuasa biarkan dngn cara “pintu belakang’ yg haram!!!

      kami penyokong kerajaan tau limit kami bila meyokong sesebuah party or individu…bile salah, KAMI KATE SALAH… BILE BETUL…OBVIOUSLY LA KENE SOKONG N KATE BETUL..

      sebalik nye, pembangkang ni sifat die smua dah tau n sedar… bile dah TERKANTOIII je, trus tuding jari pade org lain (of coz dlm kes ni BN la mgsanye)…kate BN sabotaj la, BN upah org la, BN bayar duit la… n smua lg la alasan2 yg B.O.D.O.H!!

      mereka smua ni TAK SESEKALI NK MGAKU KESILAPAN SENDIRI..SEBAB EGO N AGKUH!!!

      KLAU BALIK KE KG HALAMAN SY, ORG2 NI, KAMI COP SEBAGAI BODOH SOMBONG = cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak bleh diajar!!!

      • Gayo Ngaran says:

        Betul ka tu geng. nda sia percaya o. nak termuntah sia dgn ko punya komen ni. bila salah…. apa? kuat sikit bah… pasal selalunya pro-BN ni memang fanatik gila. biar salah tetap sokong. biasalah, bila dh duduk kedudukan tinggi, mestilah ego. boss sia pun begitu. biar dia salah tapi tatap saja nda mo akun. last2 paperwork pusing2 pun patah balik pada idea asal. bodoh sombong tu hanya sesuai kepada pemimpin2 umno/bn. Orang sabah bilang, bodoh makan tahi. of course la u kena sokong even idea2 tu budak tadika pun tahu. kalu nda maksudnya makan pasirlah jawabnya. nda dpt komisenlah, habuan la, susah nak dpt projek la….. pasal tu nak kena garu belakang pemimpin saja. cium tangan. muaknya………….

  12. Rem says:

    Sumbiling,
    Siapa kata pelancong tidak takut? Indeks pelancongan Thailand merudum sebanyak 45% kerana demonstrasi. Indeks pelancongan Indonesia menjunam sebanyak 35% kerana demonstrasi. Dan kebanyakan penurunan itu adalah dari kalangan pelancong Eropah dan Amerika yang mempunyai ‘daya belanja’ lebih tinggi. Justeru, penurunan indeks pelancongan tersebut sangat signifikan dari segi ekonomi.

    Kerana penurunan indeks pelancongan yang sangat ketara itu, maka Indonesia sekarang bertungkus-lumus buat kempen dan iklan ‘melawat Indonesia’. Yang disasarkan kepada negara regional (spt. Malaysia, Singapura, etc). Kenapa Indonesia terpaksa berhabis duit buat kempen dan mensasarkan pula kepada negara sewilayah? Sebab penunjuk perasaan yang bangang tidak berakal itulah.

    China pun merudum industri pelancongan kerana tunjuk perasaan menjelang Olimpik dulu. Lebih daripada 70 penerbangan dibatalkan ke negara itu setiap bulan.

    Kalau setakat berhujah ikut pemikiran dan perasaan sendiri, lebih baik jangan. Gunakan fakta. Lihat kepada bukti-bukti empirikal sebenar. Jangan ikut pula idola kamu si Anwar itu — yang bercakap hanya retorik. Ikut perasaan dan nafsu.πŸ™‚

    • Gayo Ngaran says:

      Indon ada Jemaah Islamiah, Thailand ada puak pemisah, filipina ada JI, Abu Sayyaf dan MILF Bangsamoro… Demonstrasi jalanan bukan satu2 penyebab kenapa Sektor pelancongan terganggu dan merundum. Banyak faktor terlibat yg saya percaya saudara rem pun tahu kerana saya mengandaikan saudara arif dengan hal ehwal ekonomi. Menyalahkan penunjuk perasaan semata-mata adalah tidak adil. Untuk memahami isi kandungan sebuah buku, seharusnya ia harus dibaca sehingga habis kerana jika kita hanya membaca semuka dua-inilah antara akibatnya. Secara logik, kenapakah terdapat sesetengah kumpulan berakhir menunjukkan perasaan di jalanan… jika saya merujuk komen saudara, seolah-olah penunjuk perasaan itu berdemo di jalanan hanya kerana suka-suka. tanpa sebab, ringkasnya sekumpulan orang bodoh yg sudah tidak ada kerja lain mahu dibuat. pada saya, pokoknya, kita harus mengetahui kenapa/apa sebab mereka berdemo..? Jika pemimpin2 dlm kerajaan bijak, mereka boleh elak mana2 perarakan penunjuk perasaan dgn cara yg baik. berbincang dengan hati yg terbuka dan tanpa prejudis. kerana mereka yg berarak, walaupun sebahagian besarnya adalah penyokong pembangkang, mereka juga adalah rakyat negara ini. dan yg pasti mereka harus dilayan samarata sama seperti penyokong kerajaan. Prejudis menyebabkan tempahan stadium bagi perhimpunan BERSIH 2.0 gagal. Dimana tanggungjawab kerajaan persekutuan kepada rakyat pro-pembangkang ini? secara jelas boleh dilihat, bagaimana mereka dilayan seperti kelas kedua. lebih teruk lagi, mereka dikasari oleh pihak polis.

  13. Rem says:

    Ladymariah, saya tidak memuja BN. Saya tidak memuja mana-mana pemimpin atau parti. Saya tidak masuk fan club Najib atau Musa, macam para reformis.πŸ™‚ Saya HANYA memuja kestabilan dan keamanan.

    BN bukan punca rezeki saya. Berbanding dengan kamu, saya mungkin mempunyai kemahiran dan kelulusan yang lebih tinggi untuk bekerja di mana-mana saja. Sama ada dengan swasta atau kerajaan. Sama ada di dalam atau di luar negara.πŸ™‚

    Saya tiada keperluan untuk mencacai siapa-siapa atas nama kepentingan periuk nasi. I’m capable enough to create my own opportunity. Mungkin para reformis yang kecewa dan suka membenci kerajaan itu disebabkan mereka kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan (disebabkan kemahiran dan kelulusan yang tidak seberapa)? Boleh saya pula buat tuduhan dan spekulasi begitu?πŸ™‚

    • Gayo Ngaran says:

      Menunjuk-nunjuk juga menampakkan kebodohan. tidak kira setinggi mana pendidikanmu. Keamanan dan keharmonian tidak terhasil dari sikap statik dan tindak ambil peduli semata-mata kerana pada pandanganmu, negara ini akan aman sebegitu. kerana jika kamu tidak bertindak, orang lain akan bertindak. Saya juga pencinta keamanan, tetapi saya juga benci dgn salahgunakuasa. saya benci dengan rasuah. dan yg kelakarnya, saya juga benci dgn orang yg riak.

  14. ladymariah says:

    Terpulang, kerana ini negara demokrasi. Boleh meninggi diri sesuka hatiπŸ™‚

  15. ruyom says:

    A tragic yet hilarious court proceeding took place in the Ipoh high court on September 8 when the judge blatantly contradicts himself in dismissing a suit brought by Perak PR speaker against the state BN speaker.

    Judge Azahar rejected Sivakumar suit to seek damages from Ganesan for assault and false imprisonment during the chaotic and violent state assembly sitting on May 7. He said the court had no jurisdiction to hear the case due to Federal Constitution Article 72 stipulating that – the validity of any proceeding in any state assembly cannot be questioned in any court.

    And yet in the same breath he declared that – the decision of the legislative assembly to remove the plaintiff as speaker and to appoint the defendant was conclusive and had been fairly determined by the state assembly on May 7, 2009.

    Now, the crux of the entire contention between the two speakers is: who is on the right side of law in the violent tussle for the speaker chair on May 7?

    By declaring Ganesan as the rightful speaker, Judge Azahar is in fact making a legal judgment. Is that not a breach of Article 72? How come he has no jurisdiction to hear Sivakumar grievances but has jurisdiction to judge Ganesan as legal speaker? Is that not a contradiction of the highest order?

    Apart from this atrocious double standard applied by the judge, the main flaw of the judgment is the inability to differentiate between assembly proceeding and criminal behaviour. What Sivakumar is seeking is redress for the unlawful physical violence inflicted on him. And Article 72 covers only businesses conducted in the assembly – not unlawful and criminal act.

    Judge Azahar has therefore wrongly used Article 72 to come to his judgment. To make it very clear that this is the case, I will quote in full the relevant clauses in Article 72 (Clauses 1 & 2) and explain the reasons why.

    Clause 1: The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

    Clause 2: No body shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

    Note the operative words “proceedings” in Clause 1 and “anything said or any vote given” in Clause 2.

    It is abundantly clear what Article 72 refers to are the speeches and resolutions made in the assembly, not any criminal or unlawful act.

    But what happened on May 7 was complete pandemonium and chaos in the assembly hall. There was no chance to conduct any business at all, least of all any resolution passed. In fact the only business done on that day was the address by the Perak Regent Raja Nazrin Shah.

    And how was Sivakumar replaced by Ganesan during that pandemonium?

    While Sivakumar was sitting in the speaker chair, hordes of police personnel entered the assembly hall, allegedly on Ganesan order, and physically lifted, carried, dragged and moved speaker Sivakumar into a room where he was forcibly detained until the assembly sitting was over.

    And as soon as Sivakumar was removed from the hall, police personnel escorted Ganesan into the hall and ushered him to the speaker chair, with police personnel making a line to stand guard in front of Ganesan to prevent any assemblymen from reaching the speaker chair.

    The entire tragedy-comedy was stage managed by the police, and it is therefore more appropriate to say that while Sivakumar was elected by the assembly through a reolution, Ganesan was physically planted into the speaker chair by the police. And that about sums up what happened on that tragic-hilarious day.

    And since Judge Azahar appears to be so respectful of the constitutional principle of separation of power as demonstrated by his professed adherence to Article 72, is it not puzzling that he should have chosen to ignore completely the heinous violation of the doctrine of separation of power when hordes of police personnel invaded the assembly to physically replace one speaker with another?

    Is it not another shining example of double standard in the Malaysia Boleh tradition?

    After the series of judicial decisions that appear to wantonly trample the constitution and the law following the shameful power grab in Perak, the latest low represented by Azahar decision makes us wonder how much lower our judiciary can sink into, as many more judicial decisions in the same series are still pending.

  16. noname says:

    Saya yakin semua org yg anti-ISA menganggap ISA itu kejam & melanggar hak asasi manusia. TAPI mari kita lihat dari perspaktif yg berbeza pula. Kita tahu yg tahanan2 ISA ini ditangkap oleh kerajaan, melalui KDN.

    Penangkapan biasanya dilakukan atas alasan ‘melindungi keselamatan negara’. Sama ada itu benar atau tidak, kita boleh menilainya sendiri.

    PERSOALAN yg ingin saya kemukakan ialah:
    1. Adakah akta ini kejam?
    2. Adakah akta ini menindas kita?
    3. Adakah ia masih relevan setelah ancaman komunis terkubur sejak 2 dasawarsa yg lalu?

    Jawapan peribadi saya ialah:
    1. Ya..ia memang kejam jika disalahguna oleh ‘kuasa tertinggi'(siapa lagi kalau bukan Badan Eksekutif)
    2. Menindas?…susah nak jawab
    3. YA IA MASIH RELEVAN!!! Alasannya?

    Mengapa perlu menyalahkan ISA? Mengapa tidak disalahkan pelaksananya? Ia seolah-olah ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’. Memansuhkan ISA bukan caranya utk memperjuang kebebasan kita.

    Maknanya yang ‘menindas’ itu bukannya ISA, tapi si ‘pelaksana’. Jadi pokok pangkalnya adalah cara kerajaan mentafsir & melaksanakannya. SAMA SEPERTI SENJATA, IA BERBAHAYA DAN KEJAM JIKA DISALAHGUNA.

    Alasan lain mengapa ISA tidak patut dihapuskan ialah, krn adanya ancaman PENGGANAS. Ancaman ini lebih berbahaya daripada ancaman komunis. Mungkin ada pula yg mengatakan mengapa tidak digubal akta khas yg berkaitan dengan pengganas? Jawapan simboliknya ialah, mengapa perlu mencari golok sedangkan aku sudah ada parang?

    Baiki saja kecacatan yg ada dlm ISA. Jadi kepada yg anti ISA (terutama PKR), kepakaran anda diperlukan untuk membaiki semula ISA.

    Akhir sekali suka saya menyatakan: KEPINCANGAN SESUATU SISTEM ITU TIDAK AKAN DISELESAIKAN DENGAN ‘MEMBUBARKANNYA’, SEBALIKNYA PERBAIKILAH IA SUPAYA KITA SAMA2 MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA.

  17. ladymariah says:

    hari ini Najib telah tersungkur dengan kekejaman sendiri…
    16 Sept 2011 Najib umumkan pemansuhan ISA.

  18. […] Belum sampai beberapa hari Najib kantoi sebab putar-belit pasal kenaikan cukai reload 6 percent, dia ambil keputusan untuk alihkan perhatian kepada news yang lebih popular, MEMANSUHKAN ISA. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: