Anwar on Trial: In the Face of Injustice

Anwar On TrialBuku ini adalah harus dimiliki oleh mereka yang ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam dan luar mahkamah terhadap pertuduhan durjana terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Kepada rakan-rakan AIC yang bertungkus lumus mengadakan Forum Bedah Buku untuk naskah ini pada 10 Oktober depan, diucapkan semoga sukses, and have fun😉 maaf kerana tidak dapat hadir kerana kesibukan kerja.

Kepada rakan-rakan yang berada di Sabah, buku ini tidaklah sukar untuk dimiliki kerana ia ada dijual di Harris Bookstore 1 Borneo Hypermall.

Kupas sendiri pertanyaan di dada. Segalanya belum usai kerana Datuk Seri Anwar masih lagi berhadapan dengan tuduhan yang sudah dijangka dari awal.

Dan aku, masih terkinja-kinja menghabiskan dua buah buku untuk research artikel terbaru. Pertengahan bulan ini barulah akan mula membuka halaman nombor 1. God willing🙂

5 Responses to Anwar on Trial: In the Face of Injustice

  1. Mus says:

    Saya nak tanya satu sahaja soalan sahaja. Soalan pendek dan mudah tetapi penting dan soalan bonus.

    Jawapannya jika betul akan menyelesaikan semua masalah besar kepada negara dan kepada ramai rakyat Malaysia semua kaum.

    Jawapan yang betul juga akan membawa keuntungan
    kepada generasi akan datang dan mungkin seluruh tamadun manusia.

    Juga akan dapat menyelamatkan kemurkaan Allah yang maha dahsyat terhadap negara kita dan mengelakkan dari orang yang tidak berdosa turut menerima laknat bala.

    Jawapan tidak perlu berputar belit dan panjang berjela penuh beralasan.

    Soalannya ialah:

    Kenapa Anwar tidak mahu membersihkan dirinya dengan bersumpah muhabalah?

    Katakan 10 orang mendengar sumpahnya, kalau mungkin bukan semuanya percaya,tetapi mungkin ada orang yang akan berasa lega, termasuk saya. Jika tidak semuanya boleh jadi. Kenapa biarkan penyokong dalam keraguan?
    Bersumpahlah bahawa dia tidak melakukannya SEKALI-KALI. Jika tidak, jangan salahkan penyokong yang mula ragu dan percaya bahawa mungkin juga BUKAN SEKALI.

  2. ladymariah says:

    Salam…

    Saudaraku Mus, soal agama bukan mainan. Biarlah hilang kepercayaan dunia asalkan jangan dimurkai Allah.

    Ketua kepada persatuan Ulama dunia menegaskan dia tidak sepatutnya bersumpah kerana kongkongan politik yang mengaibkan dirinya. Anwar telah membuat rujuka kepada ulama-ulama ternama dunia.

    Maka, Anwar memfailkan permohonan qazaf pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat “tuduhan palsu terhadapnya”.

    Semoga Tunhan membuka hati kita semua melihat kebenaran… Amin…

  3. puterabazly says:

    Teruskan usaha maria. PRU 13 apa persediaan d N3 Pitas?

  4. Bersihkah PR? says:

    cik penulis blog,…. sila berikan nama siapakah ulama ulung yg dirujuk anwar tu?? senarai kn supaya kiter smua jelas dgn pendirian anwar mgenai sumpah muhabalah…

    sumpah muhabalah ade lah kompenan penting dlm perbiacaraan semasa zaman rasulullah SAW n khalifah…..

    jika berlaku satu tuduhan, tertuduh dan si penuduh akan melakukan sumpah utk perbicaraan itu….

    owh ye, ape KEKANGAN POLITIK YG CIK ADIK PENULIS BLOG KATE KN??
    BLEH CLARIFY??

  5. aku yang selumber says:

    merujuk kepada agama ini…
    Islam itu adil cik LM..bagaimana masalah ini dapat di lakukan dan diselesaiakan dengan cara bertemu dan merujuk tanpa membawa c kena liwat tu? jumpala semua ulama pun kalo saiful xkena dgar hujah dia pun xguna gak..udang2 islam kena dengar pertuduhan dan pengakuan cik LM.sekiranya tanpa sebarang pengakuan,sabitan belum boleh dikenakan cik LM..belajar tentang hukum syariah islamiah,fekah alquran dan hadis cik LM..bersumpah untuk mempertahankan diri boleh..tetapi bersumpah dengan pembohongan itu yang dimurkai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: