Hak anak ‘Pilak’

Bagi masyarakat Sabah, perkataan yang agak keras digunakan bagi merujuk kepada rakyat Filipina yang bertapak di negeri ini. Mereka dipanggil ‘pilak’ dan panggilan ini diutamakan kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen dan bebas berkeliaran di bandar-bandar sekitar Sabah.

Memandangkan mereka tidak mempunyai kelebihan dari segi formaliti dalam urusan yang berhubung rapat dengan pendaftaran di mana-mana institusi maka anak-anak mereka tidak bersekolah dan ada yang menjual beg plastik di pasar ikan Kota Kinabalu dan ada juga yang menjual rokok di bahu-bahu jalanraya sekitar Segama dan Sinsuran.

Tidakkah kita terfikir bahawa anak-anak ini mempunyai hak untuk diberikan perlindungan dan pendidikan asas tanpa mengira warganegara mereka?

Menurut Convention on the UN Rights of the Child (CRC) artikel 2, hak kanak-kanak (di bawah 18 tahun) harus dilindungi tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina, pegangan agama, politik, pendapat umum, kewarganegaraan, ethik, tempat asal, harta benda mahupun status kelahiran mereka.

Antara kita suka atau tidak, mungkin orang kita harus menerima mereka dan memberikan mereka hak untuk hidup, mendapat perlindungan, didengari dan dilihat serta memperkembangkan kelebihan mereka terutamanya dalam pendidikan.

Dalam situasi yang agak kritikal di negeri kita, mungkin ada sesetengah masyarakat yang akan cakap ‘dahulukan dulu anak tempatan’ dan tidak memandang penting akan kepentingan si anak pilak. Alasan yang paling lantang kedengaran apabila mereka dilabel sebagai ‘pengacau’ dan ‘biadab’.

Adakah kita mahu anak-anak pilak ini dibiarkan membesar tanpa sebarang pendidikan dan segala pandangan negatif yang dilemparkan kepada mereka akan diturunkan ke generasi seterusnya?

Cuba kita letak situasi mereka di atas kaki kita sendiri dan bayangkan kita berada di kelompok manusia yang memandang rendah akan martabat kita dan tidak diberikan hak untuk mendapat pendidikan. Tidakkah keturunan kita akan menjadi insan-insan yang keras hati dan biadab?

Ya. Tentunya ini akan berlaku kerana kita perlu melindungi diri dan keluarga kita daripada gangguan fizikal mahupun emosi daripada masyarakat sekeliling.

Paling menyedihkan apabila anak-anak pilak ini yang sering mendapat liputan di dalam akhbar kita apabila terlibat dengan kegiatan jenayah. Bagaimana dengan anak-anak tempatan sendiri? Berapa orang anak tempatan yang masuk pusat pemulihan berbanding anak pilak?

Kita beralih kepada cerita paling hangat di kalangan orang tempatan ialah kes anak gadis belasan tahun mengandung, pelajar sekolah buli rakan, kes pukul di sekolah, curi dalam bangunan dan macam-macam lagilah.

Tapi pernahkah kita melihat bahawa anak-anak tempatanlah yang majoriti melakukan aktiviti ini? Paling dasyat lagi bila anak tempatan yang provok anak pilak dan memalukan mereka sehingga berlakunya pergaduhan dan akhirnya melibatkan golongan dewasa. Apalah anak-anak kita tahu kalau bukan daripada kita sendiri yang menanamkan stigma anak pilak jahat dalam society?

Kita harus berpegang teguh dalam mempertahankan hak dan memberikan perlindungan kepada semua kanak-kanak dan berhenti memanggil mereka anak pilak mahupun anak indon. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan perkataan ‘pilak’ kerana ianya lebih mudah dan terus terang agar anda tahu maksud saya. Berhenti mendiskriminasi anak-anak yang tidak berdosa ini.

Berkat daripada didikan baik daripada masyarakat, mereka pasti akan menjadi lebih polite dan menghormati kita. Jangan bimbang akan hak kita akan dirampas terutama peniaga-peniaga tempatan. Salahkan diri kita sendiri kerana sikap yang terlalu malas dan mengharapkan bantuan subsidy. Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti yang kita ada. Mykad? Scholarship? Peluang pekerjaan yang banyak? Name it!

Paling penting, jangan libatkan anak-anak kecil dalam sentimen turun temurun kita. Berilah peluang kepada mereka untuk membesar sebagai manusia yang mempunyai maruah dan tahu akan kedudukan mereka sebagai ‘bukan warga negara’ dengan cara yang bertamadun.

40 Responses to Hak anak ‘Pilak’

  1. Neutral says:

    Salam,

    Teruskan Perjuangan!
    Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
    Terima Kasih..

    “Informasi Neutral Tanpa Kepentingan”
    http://neutraldaily.blogspot.com/

  2. sleepinchild2 says:

    pada pendapat sia…perjuangan dan niat kmu memang bagus..,akan tetapi adakah semua rakyat tempatan spt kdazandusun akan menerima…ni semua…
    kita bulih bantu and tolong diorg…tetapi adakah krajaan akn memberi status krajaan tetap sma diorg pilak2 ni…,urg2 sabah juga majoritynya anti pilak2..
    bagaimana kita mau membersihkan nama urg2 pilak d mata urg sabah…,kita harus menghormati dan melihat kehendak masyarakat kita dahulu…jgn jd kera di hutan disusukan ank sendiri….?????

    tidak salah kita membantu dourg ni….akn tetapi bagaimana kita mau bersihkan nama pilak2 ni d mata rakyat tempatan…
    jgn smpai jd madura vs dayak d kalimantan indonesia…

  3. faizalzainol says:

    LM,

    Mohon LM komen berkenaan isu Azmin Ali sebagai Ketua PKR Sabah, confusela. apa pandangan LM tentang Azmin Ali sebagai Ketua PKR Sabah?

    Isu skrg kononnya azmin ali ditolak oleh pimpinan CABANG PKR di Sabah? dan benarkah? dan azmin ali telah menerima penolakan tersebut dan akan meletak jawatan dalam masa terdekat, benarkah?

  4. baginda® says:

    anak pilak ke? anak angkat ke? anak jiran ke? mereka tu semua ada hak masing2 dan kite sebagai manusia yang bukan ‘anak-anak’ haruslah menjaga/memelihara mereka seadanya… KEADILAN untuk SEMUA…! sebagai manusia apa salahnya kita tunjukan sikap kemanusiaan kita… besar ganjaranya dari ALLAH…

  5. KeningauKini says:

    Mohon izin daripada LM ,Artikel Hak Anak Pilak di Copy dan Paste ke blog Saya. Terima Kasih.

  6. Kamui Gakuto says:

    kepada penulis artikel ini.

    diantara memberikan mereka hak² yg sepatutnya kepada mereka seperti kehidupan yg normal dan juga pendidikan ataupun membendung mereka ini daripada membiak??

    mana satu lebih menjimatkan kos dan kurang menimbulkan masalah pada masa akan datang??

  7. ladymariah says:

    Neutral: Thanks. Will link ur blog.

    sleepinchild2: antara boleh atau tidak, itu tanggungjawab kerajaan utk lindungi kanak-kanak

    faizalzainol: saya tidak dapat komen panjang kerana dari hari pertama lantikan azmin sebagai ketua PKR sabah adalah untuk sementara. dia sepatutunya serahkan jawatan ketua setelah ketua dr sabah sudah dicadangkan kpd presiden. ia bergantung kepada berapa lama mereka kuatkan parti di cabang masing2. mungkin ada berlaku sedikit salah faham.

    baginda®: ya, semua kanak2 punya hak masing2

    KeningauKini
    : terima kasih. saya izinkan…

    Kamui Gakuto: apa pendapat anda?

  8. Kamui Gakuto says:

    saya lebih berpihak kepada membendung mereka ini dari terus membiak di sabah.. sbb kenapa?? banyak sebabnya..

    saya rasa saudari juga tahu apa kesannya terhadap rakyat tempatan jika dorang ni telampau kena kasi ‘MANJA’.. bukti?? jangan lihat hanya pada satu tempat. kalau boleh, round satu sabah, pergi semua daerah terutama daerah keningau, tenom, sandakan, tawau, LD, semporna dan lain²..

    • anak malaysia says:

      saya setuju dengan awak.tengoklah amerika.dulu amerika dijajah britain.banyak orang kulit putuh yang datang ke amerika dan menghalau penduduk asli amerika ke kawasan pergunungan dan bukit.kemudian pendatang asing dari afrika datang ke amerika secara haram dan menuntut hak sebagai orang amerika.akhirnya amerika dapat presiden kulit hitam pertama.takkanlah kita mahu keturunan pendatang asing tanpa izin suatu hari nanti jadi perdana menteri kita. lagi pun pendidikan anak pendatang asing tanpa izin dari filipina ini adalah tanggungjawab kerajaan filipina!!!

  9. noname says:

    Lady Mariah,
    Maksudnya memberi mrk hak Keperluan Asas (perlindungan, kesihatan, pendidikan etc)?… Itu mungkin dpt dilaksana kpd kanak2 ‘pilak’ yg berstatus yatim piatu. Tapi tidak praktikal utk dilaksanakan kpd mrk yg mempunyai ibubapa/keluarga. Bagi ibubapa yg berstatus PTI, mendaftarkan anak mrk ke sekolah umpama masuk ke dalam cengkaman Imigresen.

    Jadi bagi saya, teruskan usaha menangkap PTI & sementara mrk masih dlm tahanan berikan ‘keperluan asas’ kpd para kanak2 ini. Apabila sampai di “luar sempadan’, tanggungjawab itu harus dilaksanakan oleh negara mrk pula. Biarlah masalah PTI ini tidak ditanggung oleh Malaysia sendirian.

    P/s: semasa kecil pernah berkawan & bergaul dgn kanak2 pilak ‘pelarian selatan Filipina’. Mrk sama spt kita, cuma sedikit selekeh, agak kasar, berani & lasak.

    • donna says:

      saya setuju..sekarang saja ramai pilak2 dan keturunn pilak yg beranak pinak d negara kita….ia bkn sja mbawa masalah tetapi menyumbang kpd mcemarkan nama baik negeri/negara sendiri…

  10. Watan says:

    Salam ukhuwah,

    Sebagai org kuat PR, boleh jelaskan kedudukan PKR Sabah kini? Belum jadi kerajaan sudah berantakan, lari dari topik tapi mungkin LM bleh tulis ttg ni

  11. ladymariah says:

    Maaf, saya bukan org kuat PR. Harap Maklum😉

  12. sumbiling says:

    sekarang sudah terbukti bahawa kemasukan PTI hasil projek IC sudah memberi kesan…

    1. sebagai manusia kita harus mempunyai rasa simpati terhadap anak2 ini walaupun berat hati…

    2. kalau kita mengaku kita bertamadun..hak2 mereka harus dijaga dan dipelihara

    3. sebagai orang2 yang patuh kepada undang2 kita harus patuh pada undang2 antarabangsa…

    4. orang2 tempatan sendiri sudah mula mempunyai pandangan yang berbeza terhadap mereka… ada yang semakin lembut hati untuk menerima mereka

    kita akan dilihat sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan kalau kita tidak melayan mereka denga baik. kalau kita melayan mereka, lama kelamaan mereka akan memijak kepala kita… yang mana satu harus kita pilih??

    saya percaya ramai anak2 tempatan sabah yang mempunyai pengalaman hidup bersama kanak2 pendatang.. bermain dan berkawan dengan mereka. begitu juga saya… bukan semuanya jahat..

    tapi apabila kita bercakap mengenai hak…hak siapakah yang harus diutamakan? hak kita sebagai orang2 tempatan atau hak anak2 ini? kedua-dua hak ini tidak boleh dibela dalam masa yang sama… salah satu harus mengalah… kalaulah mereka diberikan hak2 yang sepatutnya… percayalah satu masa nanti kita pula yang terpaksa menuntut hak2 kita… saya tidak berani untuk mengatakan bila kerana waktunya terlalu dekat… dan sukar untuk saya bayangkan waktu itu yang mana anak2 kita pula yang harus berjuang untuk mendapatkan hak2 mereka…

    pada masa itu undang2 PBB pun tidak akan dapat membantu kita… harus diingat bilangan mereka semakin bertambah.. mereka tidak mempunyai sistem perancangan keluarga.. satu keluarga boleh saja terdiri daripada 5-6 orang anak.. 20 keluarga sudah boleh mendirikan satu kampung. satu kampung boleh saja menubuhkan satu cawangan parti politik… dan seterusnya.. anda sendiri pun tahu..

    saya bersetuju dengan Kamui Gakuto… kerejaan yang tidak boleh pakai sekarang ini harus membendung penambahan jumalah mereka. dalam masa yang sama kita harus hormat hak mereka sebagai manusia terutama sekali anak2 kecil.. kita tidak perlu berkasar dan mengambil kesempatan terhadap mereka.

    kita ada undang2 antarabangsa untuk menjaga hak anak2 ini… tapi kita tidak mempunyai undang2 untuk anak2 kita mendapatkan semula hak mereka kalau mereka akhirnya kehilangan hak mereka satu hari nanti.

    baginda® : sebelum Tuhan memberikan ganjaran atas sikap kemanusiaan kita.. Tuhan terlebih dahulu memberikan kita kebijaksanaan untuk berfikir dan membuat keputusan..

  13. tiara says:

    adusssssssssss.. hehehe. iya ba. dorang pun patut dilindungi gk..

  14. kindaichi22 says:

    jika kita dinegara mereka
    adakah kita diberi peluang yang sama?

  15. Sakura says:

    skrg ibu bapa pilak ni ada cara sendiri mo jadi warga…mcm pepatah mengatakan biar lambat asal selamat. mereka datang ke sabah ngan pas lawatan, n beranak di sini.daftar kelahiran di sabah..dalam 10++ tahun gerenti dapat IC. ini diceitakan oleh kawan2 yg mempunyai pengalaman. pendek kata, famili diorg mmg mengamalkan benda ni sejak kelapa sawit masuk sabah.cuba check di IPTA ..inda payah jauh UMS ja..berlambak student yg teda IC, tapi dapat masuk!adil ka?

  16. faizalzainol says:

    LM,

    terima kasih atas jawapan yang diberikan,
    saya harap LM terus kekal konsisten (istiqamah) bersama PKR.

    p/s (saya bukan org kuat PR?)… confuse lagi😛

  17. ladymariah says:

    sayer takde jawatan and peranan dalam PR. mcmaner nak ckp sayer org kuat? hehehe.

  18. San says:

    “Racial polarisation in the country is not caused by the country vernacular school system but more by the government political, education and economic discriminative policies.” – an educationist said today.

    The prime minister and all the Umno ministers will never admit that polarisation arises more out of the race-based policies and privileges one race gets over another.

    Similarly, there are other areas of our daily lives where terminologies used have made us view certain practices as privileges rather than sacrifices. For instance, the bumi discount for houses.

    The total sale value to the developer is still the same. It is just that the non-malay buyer is likely to be required to pay for some of the discount given to the malays.

    But the longer the NEP policies continue and the greater the vehemence with which Umno politicians issue threats, terminologies will change and more people will talk about these practices or policies in words that may not sound as pleasing to the ears of the beneficiaries.

    Obviously, at that point we shall probably see a new round of discriminations and disagreements. Unfortunately, as long as only weak people take on leadership roles within Umno, threats will continue, NEP policies will be sustained and corruption will prevail.

    That unfortunately is the legacy we have as Malaysians.

    The basic building blocks of unity, whether you are uniting different ethnic groups in a country or trying to re-engineer a corporation of differing cultural values, are the same.

    The principal parties have to be treated as equals – nor special privileges no favours that would favour one group over another. Any privilege that is given should be given to all on the same basis – for example, special privilege given to the financially poor regardless of race or ethnic origin.

    It is only on this equitable footing that you can foster true nationalism and build lasting unity, since each component group will have the same stake in the nation and has equal likelihood in reaping the rewards or suffering the consequences.

    My recommendation to the government, not simply as a businessman but also based on pragmatism, is not to waste any more taxpayer ringgit on nationalism programmes until it has established the pre-conditions for its success.

    What is sad is that, after almost five decades of independence, we have been unable in Malaysia, to bring globally-vision leaders to the forefront – leaders who can see beyond racial boundaries to recognise the immense sociological and economic potential that can benefit all Malaysians.

  19. Boleh says:

    Morons read moronic news!
    So UMNO is made up of 99% morons without an iota of intelligence – so Utusan is the paper for them.
    Without Utusan, they die off……….

  20. julee says:

    Is the language diversity in our educational system a stumbling block to so-called “national unity”? Despite the insistence of this idea by the self-interested ruling elite, it is simply wrong.

    And the common use of English did not stop Americans from fighting Britons in the War of Independence. And let us not forget the American Civil War – both sides spoke English.

    And to the contrary, we see Europeans of different mother tongues coming together in a democratic manner to forge a united continent in the form of the multilingual European Union with common standards of human rights, governance and democracy.

    English-speaking people with different mother tongues are also now living peacefully in five different sovereign and independent countries namely the United States, Canada, Britain, Australia and New Zealand.

    It is time for the Malaysia ruling elite and their ideologues to stop spreading the voodoo of that language diversity hampers national unity.

    The root cause of national disunity is none other than the existence of race-based political parties like UMNO, MIC and MCA, which perpetuate race-based affirmative action policies and which only benefit the upper class BN gangs and their sons, daughters and cronies.

  21. fargowin says:

    According to the Malaysian Employers Federation (MEF) quoted in the story, there are 785000 Malaysians who work overseas, and an estimated two out of every three among them are likely to be professionals.

    Now we can quantify brain drain.

    1000 experienced engineers equates to RM10 billion investment. 2 out of 3 of 785000 professionals working overseas is ~ RM5400 billion.

    What was Najib budget for 2010? RM200 billion?

    So, it is equal to 25 times of national budget.

  22. kok says:

    The truth is that the ability of education to bring people together is limited. On top of that, education – at least secular one – is about the pursuit of knowledge and truth, and hence whatever is taught in schools should be based on the reality and truth in order to unite the students.

    But when our society is already polarised by the laws and other economic realities, and we tell our children otherwise in school, it is likely that the unity lessons will never stick for long or even worse result in a backlash.

    What is more distressing is the fact that national education policy is only meant for the masses while our political leaders send their children overseas. Can we believe they have faith in our own educational facilities and that they are sincere in wanting the best for us?

    In Malaysia, unfairness is institutionalised. For example, it is alright for certain schools or universities like the Universiti Institut Teknologi Mara to bar non-malays.

    So it piques me to hear some blaming vernacular schools for racial tensions. Vernacular schools have never barred malays from enrolling into them unlike Mara educational institutions. If vernacular schools are to be blamed, so too must the Mara institutions.

    (A minister responsible for higher education who can make such inflammatory statements confirms that the so-called meritocracy system of university entrance is a sham, since he is able to promise that the percentage for malay applicants will never fall below the previous quota percentage.

    Is he suggesting that we should rejoice over our poor education? Please do not confuse quality with quantity.)

    I cannot help but think that the politicians have an ulterior motive. If so, please be honest and brave enough to admit it.

    With such narrow-minded people in charge, it is difficult to have confidence in any of their suggestions.

    When it came to choosing a career, I avoided public services for the fear of being excluded from promotions just like how I was excluded from matriculation etc. Many employers are also very racially defined.

    Now, as much as I miss hanging out with people of other races, I end up being with people of my own race.

    Looking back, I don’t think our primary vernacular system is the cause of disunity. On the contrary, it enriches our Malaysia heritage. The real problems are with the uneven playing fields that split malays and non-malays from secondary school onwards.

    Another examples are the Chinese Indonesians. Most of them don’t even speak their mother tongue, nor do they even carry Chinese names anymore, yet come any major political turmoil, they are targeted by the majority. Is this due to vernacular education?

    The government should be aware of the fact that the number of Chinese schools has not increased over the past 30 years despite the need for them due to increased demand from both Chinese and non-Chinese students.

    The diversity of education methods in the country is a national treasure and should be upheld. Unity will come from mutual respect and fair treatment for all – not necessarily from a uniform education.

    Whether they will take concrete steps to address the imbalance is another matter for, while I am optimistic about the people of Malaysia, I have very little faith in politicians.

  23. ruyom says:

    UMNO is only good at spinning and deceiving the people, in particular the malays. The younger generation of malays now are smarter than their forefathers. The smart malays are shying away from UMNO because UMNO has deceived them for far the last 30 years. UMNO has brought harm onto themselves.

  24. anak malaysia says:

    apa yg perlu dilakukan ialah tangkap semua pendatang asing tanpa izin tidak kira dewasa atau kanak2 dan hantar mereka pulang ke negara asal atau hantar ke negara lain yg sanggup terima mereka!!..kerajaan mereka(kerajaan Filipina) yg sepatutnya menyediakan pendidikan untuk mereka,bukannya negara kita!!..anda selalu salahkn BN atas masalah pendatang tanpa izin,tapi yg selalu menyalahkn BN pula yg ghairah bercakap tentang hak anak pendatang tanpa izin!!.anda mahu mengajar BN cara berjalan yg betul,tapi anda sendiri berjalan mengiring.tiada gunanya kalau pandai berlari tapi akhirnya jatuh tersungkur dan menangis meraung-raung!!!!!!!!….

  25. henry says:

    huiii…not bad. good article n a mind opener for me lah juga. I have the same opinion lah with u anyway. I have been driving around or even walking around kk especially for years and i do understand what you were saying explicitly and implicitly dlm tu artikel ko. but the thing is kan, kalau mau buat baik n mau tulung para pilak2 ini termasuk yg masih kanak2 n especially durang yg tiada proper docs, for me, perlulah berwajaran. kalau inda…susah org2 kita (tempatan) nanti.
    org2 kita ni, antara lainnya, mmg terkenal dgn kemurahan hati. tapi masalahnya telampau murah bah hati2 kitaorang ni sampai ke tahap yg tiada harga sudah.

  26. kamui Gakuto says:

    alaa, x payah la kita bagi pendapat kita sama orang yang kununnya la bersifat perikemanusiaan mcm urang yg tulis ni artikel..

    kononnya dia cakap kita tidak harus memandang serong sama budak-budak pilak suma ni. ndak payah bawa sentimen turn-temurun kepada budak² yg tidak bersalah ni. mgkn si lady ni blum pernah kena kacau/gangguan seks secara lisan atau perbuatan sama budak² pilak yg kurang ajar, tu la dia ckp mcm ni.

    lepas tu dia ckp kerajaan harus beri mereka hak² yg sewajarnya kepada mereka ini ini utk meneruskan hidup.ok ok, seperti yg anda kata iaitu, ‘HAK’.

    katakan la kerajaan kita yg miskin ni membuat satu cadangan berkenaan dengan budak² pilak ini. cadangan seperti mereka ini harus dipelihara oleh setiap perempuan bumiputra sabah yg sudah berkahwin atau masih bujang supaya mereka boleh meneruskan hidup ini seperti kanak² bumiputra sabahan yg lain..

    orang pertama yg akan saya tanya pendapat dia adalah orang yg tulis ni artikel, si trippin lady samada dia sanggup mengambil 1 atau 2 orng budak² pilak ini sebagai tanggungan.

  27. morbid says:

    salam,

    yeah here we go again…human rights, help everyone, i think we have taken the so called “rights” too far, we try to critique the one side without thinking that the other side may be bad after all..in the end, trying to be idealistic instead of realistic will make us disregard others and we will become holier than thou. Wassalam.

  28. amy says:

    lady mariah, penyelesaian paling mudah ialah hantar saja kanak-kanak dan ibu bapa mereka balik ke negara asal mereka.

    Sekarang ini, di Filipina, masih diajarkan di sekolah-sekolah bahawa Sabah adalah milik mereka. Kalau kita terlalu bermurah hati dengan golongan yang anda cuba pertahankan, akibatnya akan lebih banyak golongan mereka berbanding orang tempatan.

    Bukan salah kerajaan atau rakyat tempatan apabila mereka ini didiskriminasikan. Apa hak mereka untuk diberi keistimewaan di Sabah? Memang golongan kanak-kanak perlu diberikan perlindungan, tetapi kenapa kita tidak utamakan kanak-kanak tempatan terlebih dahulu?

    Seperti yang anda katakan, masalah sosial berlaku di kalangan anak tempatan sendiri, jadi kenapa kita tidak berjuang untuk membaiki anak tempatan kita sebelum kita beriya-iya hendak memberi hak dan perlindungan kepada anak-anak pendatang asing?

    Sebagai manusia, saya simpati terhadap kanak-kanak yang tidak mendapat hak mereka tetapi kita seharusnya membuka hati dan minda kita bahawa, hidup dan masa depan anak pendatang bukan tanggungjawab kita. Hantar saja mereka balik, biar kerajaan mereka sendiri yang perbaiki.

    Sorry mariah…kali ini saya sangat tidak berstuju dengan pendapat anda.

  29. kassim says:

    hehehehe..lucunya….
    dulu sibuk pasal mykad kena bagi ma bukan org sepatutnya..sekarang plak sibuk pasal mau jg pendatag asing…heheheh.btula tu..sama2 menjaga antara 1 sama len..xkira agama bangsa..gi publish kat mana2 paper bgtau hasrat anda ni n wat kat pusat membeli belah ngan pandangan saudari ni..barulah ngam n nampak sikit usaha..gi buka minda org ramai..kalo stakat tulis lam blog ni apa kes…hehehe..

  30. ladymariah says:

    encik kassim mungkin jarang baca newspaper. benda ni sudah banyak kali saya tulis dalam paper😉

  31. aku yang selumber says:

    hehehe…tu ke’mungkin’an cik LM..newspaper sy slalu baca tp sy xpernah baca maupun terbaca artikel cik LM..setakat tulis dan papar tentang kita adalah idealism dah jadi kebiasaan dan perkara ni dah jelas terpampang dimana2 dada media setelah sekian lama oleh penulis yang celik ilmu.perkara mempertahankan HAK manusia tu satu keadilan,berkongsi HAK tu seimbang ada baik dan buruk namun jika hak yang dikongsi sama rata itu diberikan kepada mereka yang bukan sepatutnya, “boleh” mendapatkan hak yang sepatutnya mereka akan dapat, itu bukan adil namanya..dari sudut politik, kita kena memberikan hak itu tuk semua rakyat yang yang sah dan tidak berkemampuan dahulu.bagi habis seluruh rakyat sabah xkira agama,bangsa dan fahaman politik menerima hak mereka tidak kira berapa lama sekalipun kemudian barulah mereka yang ter’kemudian’..filipinos ni baik bah n ok bah dorang..cuma kita dengan hak kita,hak kita untuk hidup sebagai rakyat sabah dan memperjuangkan hak orang sabah yang miskin dan mundur.dorang bukan pelarian perang dan kebuluran tetapi hanya mereka yang mencari rezeki di bumi Allah ni macam kita juga..tiada sempadan kita atas dunia ini tetapi sempadan membatasi kita dalam keperluan dan kemahuan itu sentiasa ada..fikir-fikirkanlah..

  32. aku yang selumber says:

    cik LM..pembetulan aaa..
    artikel cik ada tertulis bahawa paling banyak masuk pusat pemulihan tu mang anak bangsa negeri tempatan kita..kalo anak pilak, masuk sana buat apa..kan dorang tu banyak kena hantar balik coz xda IC.hehehehe..
    atau maksud LM ni yang anak pilak ada IC??hehehe..
    atau anak pilak yang ad IC ni mang better than yang org tempatan..hehehe
    tepuk dada tanya selera.

  33. aku yang selumber says:

    pertanyaan..
    bagaimana kita huraikan keadaan kritikal adalah situasi dalam negara kita ni LM??hehehehe…
    ayat anda tergantung dan out of topic range..

  34. aku yang selumber says:

    “Jangan bimbang akan hak kita akan dirampas terutama peniaga-peniaga tempatan. Salahkan diri kita sendiri kerana sikap yang terlalu malas dan mengharapkan bantuan subsidy. Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti yang kita ada. Mykad? Scholarship? Peluang pekerjaan yang banyak? Name it!”

    cik LM..
    mengklasifikasikan mereka sebagai jahat tu memang perbuatan yang tidak bermaruah dan biadap..sy amat menyokong pendapat cik LM.tetapi tu hanya segelintir.rasanya rakyat di negeri sabah ni mang baik2 dan bukan semua berfikiran sempit macam tu..bagaimana saya tahu??soalan sy akan sama seperti ini kepada cik LM tentang orang kita mengklasifikasikan anak pilak sebagai jahat dan biadap..
    anak tempatan bukan semata-mata mengharapkan subsidi cik LM..itulah kelebihan sebagai anak tempatan..harus diingat, bantuan persekolahan untuk kanak2 miskin pun subsidi, beras untuk golongan miskin pn subsidi,peruntukan pertanian juga subsidi..adakah mereka yang amat miskin dan layak untuk subsidi ini juga termasuk dalam golongan mereka yang “terlalu malas” dan “mengharapkan”? kelebihan sudah diberikan untuk meneruskan kesinambungan hidup.kita tidak perlu salahkan diri kita untuk terima subsidi.bukan kerana kita terlalu malas dan mengharapkan subsidi tetapi itu lah sebenarnya HAK kita sebagai bumiputera..

  35. hgp says:

    literally, saying is easy. No. damn hell easy~ but when it comes to ‘walk the talk’, everybody seems chickening out, so to speak. Even the one who talks big and talks as if he or she knows everything in the world (second to God, so to speak) is nowhere to be seen. and how idiot..no make it..surprising is that?

    It happens all the time especially when it comes to anything on this Boleh Country.

    p/s: this is not pointed to anybody in particular but to all of us~

  36. SinX.. says:

    memang betul ada anak pilak tu jahat,tapi bukan suma,sy sndiri ada kawan dari keturunan sulug/pilak..ok pula dorang..and kalau maw cakap psal hak2 diberikan kepada anak2 mcm mana pula hak anak2 bumiputra kita sendiri yg tinggal di pedalam sana tu…pilak ne kira ok lagi senang dipantau sebab tinggal di bandar juga..anak2 bumiputra tu mcm mana???ada juga yg sampai besar potong getah jak,sudah tu ada yang tia perna p kk lagi..kalau mo bagi hak tu boleh,tapi utamakan la dlu hak orang kita ne..jan pula orang asing didahulukan..nnt last2..kita sndiri kena cakap orang asing.Sudah la ada orang kita sendiri belum ada ic,yg pilak pula dluan ada ic…adui..msalah betul kalau begini ne..

  37. john says:

    di sini saya memberi respon kepada ulasan “hak anak pilak tu”, Pada saya memberi pertolongan anak pilak ini atau pun orang pilak memang baik tetapi lebih baik kalau mereka ini hantar mereka pulang kembali kenegara mereka sendiri. ini kerana banyak kes-kes pembunuhan ,pecah rumah,kes rogol, pergaduhan menggunakan benda tajam, kes jual syabu yang bertapak di pulau gaya dan perhentian penjualan syabu di kampung delima, dan segama adalah disebabkan oleh orang mereka ini. Saya tahu memang kenyataan ini tidak berpandukan statistik kes di negeri ini namun demikian realitinya kebanyakan kes ini adalah dilakukan oleh mereka…..jadi menteri-menteri, polis,imegresen, dan pihak berkuasa yang lain harus menyelidiki masalah ini

    oleh itu orang sabah harus satu hati untuk mengekang kebanjiran pilak dan pti ini….sabah seharusnya memperjuangkan masalah ini demi untuk keamanan negeri sabah…….Oleh itu pihak budiman yang mengatakan pilak sepatutnya diberi pertimbangan ini sepatutnya berfikir panjang dulu sebelum memberi kenyataan itu melainkan ia sebenarnya keturunan pilak…. kita orang bumi sabah bukan membenci mereka ini kerana mereka juga adalah manusia tetapi yang tidak baiknya dengan mereka ini sesudah hidup menumpang mereka tidak bersyukur dengan sedikit kebenaran yang diberikan secara sah atau pun tidak sah(tidak sah:sogokan kepada imegresen dan kepada polis.

    Pada pendapat saya dan saya pasti bahawa pada peringkat awal mereka ini bersifat baik namun apabila sudah lama mereka ini adalah musuh negeri ini…ancaman negeri ini…jadi fikirlah baik baik dan sedalam-dalamnya jangan sampai negeri ini jadi negeri pilak dan negeri PTI.

    Sebelum saya mengakhiri respon ini saya mahu semua pembaca jawab soalan ini:-

    1) Mengapa pilak dan PTI tidak habis-habis berada di negeri ini, dan mengapa mereka dapat I/C dan bukannya pass port sahaja?

    2) Bagaimana Mereka dapat I/C?

    3) mengapa ada jual syabu di segama kota kinabalu?

    oleh itu sila ambil tindakan dan perbincangan luas terhadap perkara ini……..

  38. darussalam says:

    perlu ke kita nk sisihkan anak2 pilak wlaupun negara filipina slalu buruk2kan malaysia, abis tu ape beda kita dgn presiden mrk? jgn lupe stiap rakyat adalah sumber tenaga negara, kalo kita beri peluang kat diaorg mungkin diaorg akan jd lbh baik dan akhirnye memihak kpd kita? org pilak pn berdarah melayu jugak, watpe nk beda2 kan?

    sy pn dah serik ngan org melayu umno slalu panggil cina dan india kaum pendatang, skarang smpai pilak pulak??? patutlah gi mane2 pn org x suke kat melayu sbb sikap kita yg angkuh dan sombong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: