Loji Janakuasa Arang Batu. Apa kata anda?

Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Bukan niat untuk mendiamkan diri tapi kesibukan kerja menyebabkan posting agak lembab sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas Aidilfitri lalu ramai menteri dari persekutuan datang ke Sabah menyebabkan aku lebih banyak menulis untuk akhbar. Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca laporan yang aku sediakan setiap hari.

Mugkin aku perlu berkongsi dengan pembaca sekailan berkenaan cerita yang agak panas di Sabah negeri ini. Apa lagi kalau bukan cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Aku boleh katakan rakyat (terutama di Lahad Datu) berada di dalam dilema berikutan dengan keperluan hidup kini yang memerlukan tenaga elektrik untuk menjalankan kehidupan seharian dengan lebih lancar dan sempurna. Pembinaan loji janakuasa arang batu ini pasti menyelesaikan masalah belakan elektrik, tetapi dalam masa yang sama akan menjejaskan kesihatan mereka untuk jangkamasa yang panjang. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Apabila kita mendengar luahan hati penduduk di kawasan pantai timur negeri ini memerlukan elektrik, kita mungkin menyerah dan akur dengan pembinaan loji ini. Tapi apabila terdapat lima NGO serta aktivis alam sekitar yang membantah pembinaan ini atas alasan menjejaskan alam sekitar dan kesihatan penduduk, kita pasti berfikir dua kali.

Bagaimana dengan anda? Kalau anda tidak bersetuju dengan pembinaan loji ini maka anda perlu ke website ini untuk memahami bantahan beberapa pihak yang menentang keras.

Ketika PM merasmikan mesyuarat tahunan LDP baru baru ini dia dengan yakinnya mengatakan tiada cara lain untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga di pantai timur. Sedangkan pada hari sebelumnya mati-matian Wanita dan Pemuda LDP menggesa PM untuk mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga di pantai timur. Apa tidaknya, projek kerajaan yang diberi nama POIC Sdn Bhd di Lahad Datu perlukan tenaga yang besar untuk beroperasi. Tapi malangnya Wanita dan pemuda LDP tidak pula berani bersuara di hadapan BOSS!

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini juga pembangkang (SAPP) dengan lantang menyanggah cadangan pembinaan loji ini tetapi awal-awal lagi dicelah oleh Ketua Menteri dan mengatakan rakyat sabah tidak menghalang cadangan ini kerana rakyat mahukan elektrik. Dia cakap, cuma pembangkan sahaja yang membantah pembinaan loji ini. Aduh, kami di bilik media ketika itu cuma mengeluh tanda protes. SB pula diam-diam.

Paling mengerikan ADUN Tungku (Suhaili namanya kalau tidak silap) terus berdiri menyokong Ketua Menteri dan dengan bersemangat menyatakan dia sebagai wakil rakyat di tempat itu menyokong projek tersebut dan kalau boleh dipercepatkan kerana rakyat mahu elektrik.

Mungkin ada pembaca yang sudah tahu bahawa pada mulanya sekitar April tahun lepas cadangan untuk membina loji 300 megawatt ini adalah bertempat di di Teluk Soiun, Silam tapi telah dibatalkan kerana berdekatan dengan Teluk Darvel dan Lembah Danum yang pasti akan terjejas kehidupan marin dan alam semulajadinya.

Beberapa bulan selepas itu pula sekitar bulan Ogos projek itu dipindahkan ke Sandakan (berdekatan projek Sawit Kinabalu yang juga dinamakan POIC Sandakan) tetapi telah mendapat tentangan hebat dari penduduk.

Sekitar pertengahan tahun ini pula, Perdana Menteri tiba-tiba mengumumkan untuk  memindahkan projek mega ini ke kawasan Tungku, Lahad Datu dan kebanyakan pemimpin negeri bangun mempertahankan projek tersebut dengan alasan yang kuat iaitu MEMBERIKAN SUMBANGAN MURNI UNTUK KESENANGAN RAKYAT. KARAN!

Kenapa mereka sanggup merisikokan kehidupan masyarakat di Lahad Datu dengan projek ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat di kedua-dua tempat sebelum ini telah menolak pembinaan loji tersebut kerana bimbang akan memudaratkan kehidupan akan datang?

Tidak disangkal lagi manusia zaman ini memerlukan elektrik tapi udara yang bersih adalah asas kehidupan paling penting.

Negeri Sabah digelar NEGERI DI BAWAH BAYU kerana kedudukan strategik di dalam peta dunia yang jauh dari lingkaran gunung berapi dan angin kencang. Adakah ini satu jaminan bahawa kita benar-benar bebas dari malapetaka alam?

Jangan kita lupa kejadian hiba dimana TRAGEDI RIBUT GREG pada Disember 1996 di Keningau dan tempiasnya terkena beberapa daerah lain sebagai bukti alam telah bersuara tidak mahu dinodai.

Adakah jaminan daripada kerajaan ‘rakyat didahulukan’ bahawa debu-debu dan bahan-bahan berbahaya yang dilepaskan dari loji janakuasa arang batu ini tidak menjejaskan penduduk daerah Lahad Datu dan daerah sekitarnya walaupun ditiup angin?

Kalau jawapan anda dan mereka adalah YA. IA DIJAMIN TIDAK MEMUDARATKAN (dan menggunakan laporan EIA sebagai mempertahankan hujah) maka mungkin kita harus memikirkan sejenak kenapa negara-negara lain yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan loji ini mengambil keputusan untuk menutup projek mega itu untuk menjaga masa depan penduduk negara mereka.

COAL IS NOT COOL

About these ads

3 Responses to Loji Janakuasa Arang Batu. Apa kata anda?

  1. ladymariah says:

    please read this article by my freind in NST: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/9jaws/Article/

    tidak sangka diorang kasi keluar the article worr… COAL IS NOT COOL!

  2. [...] Loji Arang Batu ditolak Sudah terang lagi bersuluh, Jabatan Alam Sekitar menolak laporan penilaian impak alam sekitar terperinci bagi cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Felda Sahabat, Lahad Datu. [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 60 other followers

%d bloggers like this: