Tragedi Bot Karam Banggi-Kudat

Sambutan Aidiladha pada tahun ini telah menjadi cobaan yang agak berat kepada mangsa bot karam di perairan utara Sabah selepas sejam bertolak dari Jeti Kudat ke Pulau Banggi untuk meraikan Hari Raya Korban.

Salah seorang mangsa yang terselamat, merupakan kenalan rapat saya Yahya Othman, 61 (saya memanggilnya Pakcik Othman) begitu tabah dengan linangan air mata sepanjang menanti pencarian kaum keluarganya yang masih hilang.

Hari ini seramai 3 orang mangsa yang dijumpai dan ketiga-tiga telah meninggal dunia. Aduh, berat mata memandang tapi berat lagi bahu memikul.

Saya tidak mampu untuk menulis lebih lanjut di ruangan ini kerana terlalu sayu tapi kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan insan-insan tersayang, hanya doa yang dapat kami titipkan agar anda ditabahkan hati menempuhi hari-hari yang gelap ini.

Kepada saudara-saudara yang masih menanti mangsa yang masih belum dijumpai, doa dan harapan dari kami di sini agar proses pencarian akan dipermudahkan. Semoga mereka masih selamat dan dilindungi…

Sedih dan rawan di dalam hati apabila mengimbas kembali cerita mangsa yang terselamat ketika tragedi berlaku. Cuma kedengaran suara-suara ketakutan dan meminta tolong. Tapi apakan daya bila masing-masing bergelut dengan pukulan ombak kencang.

Hati luka apabila kisah di sebalik tragedi di mana si ibu sanggup mengikat jasad anaknya agar mayat tidak hanyut dipukul badai. Ada pula yang tidak mampu membuat apa-apa dan hanya mendengar suara anak-anak kecil berteriak dan kemudian menghilang perlahan-lahan…

Aduh…

5 Responses to Tragedi Bot Karam Banggi-Kudat

  1. Gallivanter says:

    It’s certainly not easy bah…sigh…I can only imagine the pain of losing so many family members…

  2. Salam,

    Ucapan Takziah buat keluarga En. Yahya Othman yang kehilangan Isteri, 2 orang anak serta menantu dan saudara mara dari Papar. Buat Sahabat2 ku, saudara Norif Paival, Shariful Rizal serta Abu Hanafiah (bin Yahya) semoga tabah menghadapi dugaan serta ujian dari Allah. Semoga Roh Ibu serta adik-adik tuan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

  3. reeee says:

    my aunt n suma ahli kuarga dia mninggal…sedih n kesian coz msh ada ank dia 1 org yg pergi bcuti d kl wktu 2 skang mnjdi ank yatim piatu

  4. ladymariah says:

    Salam…
    Terima kasih kerana menjenguk blog ini.
    Tiada sebarang kekuatan kami untuk membantu mangsa melainkan hanya doa dan harapan agar keluarga mangsa dapat menerima dugaan berat ini dan reda akan ketentuanNYA.. RIP.

  5. iN says:

    Mohon copy entri ini. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: