Tahun Baru 2010 & Tahun Baru Harimau.

Maaf kerana lama membisu. Blog ini masih hidup dan saya sememangnya selalu juga tengok perkembangan yang berlaku di sini. Terima Kasih di atas sokongan dan komen-komen dari semua.

Sudah hampir dua bulan kita meninggalkan 2009 dan tentunya banyak perkara penting yang berlaku sepanjang tahun lepas yang tidak bisa kita lupakan.

Bagi aku, tahun lepas merupakan tahun yang agak sibuk memandangkan aku sudah menulis secara tetap di sebuan akhbar tempatan di negeri ini. Agak menggembirakan juga kerana belum sampai setahun menulis secara tetap, aku menerima anugerah merit kewartawanan daripada SHELL. Pada tahun lepas juga, aku membeli kereta sendiri hasil daripada habuan kemenangan tersebut. Tidak perlulah pakai kereta keluarga lagi…

Selain daripada itu, aku mengenali ramai kawan dari kalangan wartawan dan syukurlah kehadiran aku diterima baik dan aku mendapat ramai kawan baru pada tahun lepas.

Cerita sedih? Tidak perlulah tulis dalam blog ini. Biar kita simpan sama-sama apa yang perlu disimpan. Kan? Hmmm… Kepada tukang komen yang sengaja email dan komen tidak menentu kerana kepentingan peribadi, aku minta maaf. Komen kamu berkenaan peribadi aku tidak akan luluskan untuk terbitan di sini. Kalau email pula, maaf kalau aku tidak reply sebab aku tidak mahu hal kecil jadi besar. Lagipun, aku ada masalah ‘panas baran’. Hehehe.

Semoga suksess semua…!

4 Responses to Tahun Baru 2010 & Tahun Baru Harimau.

  1. orang kampung says:

    semoga tahun baru harimau 2010 ini akan membawa kegemilangan dan kejayaan kepada Malaysia di bawah kepimpinan Y.A.B. Datu Sri Najib Tun Razak!!!…

  2. ladymariah says:

    bulan: thanks… i will.
    orang kampung: harapan anda terlalu tinggi. lebih baik kita berusaha sendiri daripada mengharapkan orang itu. dia bukan boleh buat apa-apa untuk anak bini kita… paling-paling bagi RM50 time election nanti…

  3. dekerinchi says:

    selamat tahun baru…tahniah atas anugerah…maaf saya pun sudah lama menghilang…all the best and good luck to you my friend….😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: