Siri Anwar Dalam Bicara (SODOMY II)


Photo By Daniel YKL

Sejak kebelakangan ini, kes perbicaraan SODOMY II sering menjadi ‘front page story’ untuk akhbar-akhbar di negara kita. Masing-masing mahu mahu mengulas dan mentafsir jalan cerita yang agak dramatik dari tukang dakwa, SAIFUL.

Salah seorang rakan, Amin Ahmad mengulas isu perbicaraan Anwar dari masa ke masa, mengikut perspektif beliau dalam tulisan bersiri beliau, “Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini.

Anwar Dalam Bicara Siri I, Oleh: Amin Ahmad

Kebetulan. Sebaik saya memutuskan untuk berhenti menulis siri Reformasi Tanpa Anwar setakat yang ada, bicara di mahkamah bermula. Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa siri Reformasi Tanpa Anwar bukan bermaksud menafikan sumbangan beliau – bodohlah jika saya berfikir begitu.

Apa yang saya cuba garap secara longgar barangkali dalam siri tulisan tersebut ialah untuk menghimbau pengalaman Reformasi sejak 1998 hingga 2008 dari perspektif saya. Namun saya tidak memuatkan kisah perbicaraan beliau kerana ternyata Pawancheek Marican lebih konklusif dalam bukunya – Anwar On Trial.

Risiko untuk Anwar ke penjara sekali lagi bukan tidak ada. Sebab itu apa yang perlu kita fikirkan ialah di mana 1000 lagi Anwar yang akan bangkit selepas Anwar dipenjarakan?.

Dari apa yang digambarkan di mahkamah, jelas ternampak kesungguhan pihak tertentu memastikan Anwar ke penjara sekali lagi, paling tidak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Telahan ini boleh dilihat dalam banyak perspektif.

Ada yang bertanya kenapa Anwar si pemberani itu begitu pesimis? Mereka berkata bahawa Anwar sedang mengolah persetujuan umum bahawa beliau akan kalah dan kekalahan itu beerti ketidakadilan sedangkan beliau belum didakwa. Dan mereka menambah bahawa sikap itu tidak adil. Lebih parah lagi mereka mempersoalkan Anwar: Jika tidak percaya polis, kenapabuat laporan polis? Jika tak percaya mahkamah, kenapa pergi bicara, lari sajalah ke luar negara.

Dari asas ini, mereka terus mempertikaikan reaksi-reaksi Anwar rentetan gugatan berterusan mereka kepada keutuhan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar dengan persetujuan tiap parti politik yang membentuknya.

Apa yang mereka buat ialah “permainan minda” (mind game). Permainan minda ini adalah taktik biasa orang politik termasuk Anwar. Cuma yang penting ialah kita harus tahu membezakan keutamaan permainan ini.

Untuk saya dalam permainan apa pun yang bersifat pertandingan, yang bersaing mahu menang. Mahu menang itu satu hal, bagaimana cara hendak menang pula adalah satu hal yang lain.

Dalam permainan, keadilan adalah teras kepada undang-undang yang diwujudkan. Dalam permainan berpasukan, misalnya Malaysia lawan England, alasan handicap yang sering jadi hujah kelompok pencinta perlindungan (patronage) tidak timbul. Belum pernah kita dengar jika Malaysia lawan England pengadil akan memberikan kelebihan gol kepada Malaysia sebelum sepak mula permainan. Sejarah jadi saksi bahawa pasukan bola sepak Malaysia meski gagal ke Piala Dunia berbanding England tidaklah selemah yang disangka (dalam konteks Malaysia lawan England!).

Tapi berbeza dengan kes politik yang kita depani sekarang.

Jelas parti yang membentuk kerajaan menguasai media arus perdana atau dalam konteks yang lebih luas ialah mengawal kebebasan rakyat, sekurang-kurangnya untuk tahu perkara sebenar dalam erti kata pandangan berimbang.

Juga telah menjadi rahsia umum kepada rakyat bahawa jika bertarung dengan mereka yang punya kuasa khususnya orang politik, jawabnya mudah: kalah!

Rakyat tahu ia kadangkala, bahkan selalumungkin tidak adil. Tapi apakan daya, hatta pensyarah saya sendiri dulunya sering menanam pandangan “kita ini timun, mereka durian, kita ni digolek luka menggolek luka”.

Ya, ‘dosa besar’ yang kita biarkan ialah mendidik ‘jiwa-jiwa yang tewas’ dalam diri manusia.

Saya bersyukur hidup dalam ‘acara sejarah’ di mana sikap kita dituntut. Bukan kerana saya suka Anwar difitnah tapi saya tahu bahawa Allah s.w.t. tidak akan membiarkan pengakuan iman kita tanpa diuji.

Kenapa saya katakan fitnah dan ada niat jahat di sebalik dakwaan ini?

Belum, ya kita belum pun mendengar penghujahan kedua pihak. Tapi penghujahan harus bermula dengan tuduhan.

Jika kita balik semula sejenak ke awal pertuduhan, kita dapat lihat bagaimana liatnya pertuduhan dipanjangkan kepada yang tertuduh. Lebih dahsyat ialah bila kita dimaklum bahawa pertuduhan tersebut mengatakan ‘kes itu’ berlaku ‘suka sama suka’.

Tidak lama selepas itu, dalam satu kenyataan akhbar Saiful Bukhari diucap tegas bahawa ‘kes itu’ berlaku secara paksaan.

Harus diingat di sini bahawa kertas pertuduhan hanya sepatutnya muncul selepas keterangan penuduh diambil!

Jadi, siapa merangka kertas pertuduhan tersebut sehingga begitu sekali bunyinya? Tidakkah ia menunjukkan ada satu usaha tergesa-gesa untuk memastikan Anwar ke penjara sekali lagi? Tak perlu Anwar, tanyakan saja pada diri anda jika anda berada dalam situasi beliau, apakah beliau ada pilihan untuk percaya?

Ya, Anwar memilih untuk bertarung dalam permainan yang beliau tidak percaya boleh memberikannya keadilan. Tapi anda mungkin silap baca – bahawa pilihan Anwar menunjukkan sifat negarawan pada beliau. Beliau mahu rakyat percaya kepada sistem kepolisan, kehakiman dan undang-undang itu sendiri. Tapi sistem tidak bergerak sendiri, ada penggerak sistem yang berada di atas undang-undang (above the law). Ini yang semua harus jelas. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.

Dan seruan Reformasi antara lain ialah melawan kezaliman ini! Lawan Tetap Lawan!

Anwar Dalam Bicara Siri II, Oleh: Amin Ahmad

Taktik yang dipaparkan dalam perbicaraan mahkamah adalah sama. Kebenaran tidak lagi penting tetapi apa yang diungkapkan dari imaginasi liar Saiful Bukhari boleh dimuatkan di ruangan berita.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi mencalar imej Anwar Ibrahim dan ini adalah mind game yang saya maksudkan dalam tulisan pertama.

Dalam tempoh bicara, akan dimuatkan sejumlah pertanyaan untuk menambah rasa sangsi kepada Anwar Ibrahim. Antara pertanyaan yang dimuatkan ialah: “Kenapa Anwar Ibrahim ambil drop-out kerja dengannya?

Kisahnya bermula sekitar seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan ayahnya telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau http://www.saifulbukhari15.blogspot.com (saya tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (saya pilih untuk tidak menulis namanya) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah masih dan baru berlangsung, saya tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk saya, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, saya faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

Saya berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

Saya juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Anwar Dalam Bicara Siri III, Oleh: Amin Ahmad

Kecoh isu kemasukan Saiful Bukhari ke pejabat Anwar Ibrahim sampai ke telinga saya oleh teman-teman UNITEN yang mengenal beliau. Bagi mereka, ini satu bentuk ancaman kepada parti dan sekaligus perjuangan reformasi.

Sejak dulu saya memang menjarakkan sedikit kepentingan parti dan reformasi. Jujurnya saya lebih sayang perjuangan reformasi berbanding parti. Sebab itu saya sering disindir kerana tidak mahu aktif sebagai ahli parti. Ya, tentu saja ada pro dan kontra, tapi untuk menjadikannya isu “yang mana lebih baik” bagi saya tidak perlu.

Parti ada peranannya, mereka yang tidak berparti juga ada peranannya. Dalam parti ada struktur. Justeru, kelemahan ahli parti sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakstabilan struktur. Kelemahan adalah sifat manusia, saya tidak ralat. Di luar parti beerti tidak perlu terlalu menjaga struktur. Sebab itu kita boleh tengok manusia bebas seperti Isham Rais, Raja Petra dan lain-lain termasuk Mat Saman Kati bebas mengkritik parti dengan berani dan tanpa berselindung.

Ya, kritikan mereka mungkin berlaku tanpa cebisan puzzle yang cukup tapi dalam masyarakat terbuka, pertikaian mereka boleh dijawab secara terbuka juga. Sebab itu dalam hal pertikaian ini sebolehnya kita tuntut politik berasaskan idea, bukan politik maki hamun, politik kelompok dan politik sentimen-prejudis.

Dari faham ini, kita perlu sediakan ruang untuk berbeza pendapat. Kesilapan kita ialah menganggap kebenaran itu seperti seketul batu. Politik adalah sains sosial yang penuh seni. Sebab itu kita sering melihat Anwar menangguhkan keputusan muktamad kepada idea agar ia boleh diperbincangkan secara menyeluruh. Kita bertekak saban waktu untuk hal-hal yang tidak membangun, tapi meruntuh.

Berbalik kepada Saiful Bukhari, adakah dia seorang yang punya idea? Jika ya, apa idea-ideanya dalam reformasi? Dia mengaku pengkagum Anwar dan kawan-kawan hanya menjawab bullshit! Sambil menyusup melalui Rahimi (rakan sekolah lama beliau), kempen menyokong UMNO-BN terus dibuat kepada rakan-rakan UNITEN khususnya di laman sosial Friendster.

Hakikatnya Saiful tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar! Beliau juga tidak pernah dan tidak akan menyokong Najib. Ya, jangan terkejut! Beliau adalah opportunis yang akan membaham sesiapa saja yang dia fikir mampu.

Saiful mengatakan bahawa beliau dibayar gaji RM 1000, elaun 1000 USD dan bayaran lain pada waktu tertentu sehingga HK 10 000. Wow! Kerja orang lain buat dan dia hanya perlu buat panggilan dan ambil fail dibayar begitu tinggi? Rasanya lebih baik diberi kepada Eekmal, Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sekarang yang kalau Eekmal itu sebuah buku ilmiah saiz sederhana, Saiful tidak mencapai kulit buku pun!

Jadi timbul persoalan, duit siapa sebenarnya Saiful sebat? Mungkin kita boleh bertanya dengan sejumlah peniaga khususnya di Sabah dan Sarawak yang ‘dikapur’ oleh Saiful. Jangan lupa tanyakan juga ‘kisah wanita’, jika ada. Saya berminat untuk melihat slip gaji beliau, jika ada.

DalamTwitter baru-baru ini juga dipersoalkan sewa kondo Saiful bernilai antara RM 7000 hingga RM 15 000 sebulan, siapa yang bayar-nya? Jika ditanya saya, jawatan Saiful yang paling cocok hendak dinamakan ialah staf sementara, tidak lebih daripada itu. Jika ia disewa sejak sebelum berkhidmat atau semasa berkhidmat dengan Anwar, saya suka untuk tahu siapa pembayarnya dan bukti bayarannya.

Kesilapan Anwar, bukan saja Saiful mendapat maklumat tentang ‘lompat parti’ dan Anwar akan bertanding di Permatang Pauh tetapi ia dipanjangkan ke pengetahuan pihak ketiga dan anda boleh terus meneka siapa pihak ketiga ini. Jika perbualan sms Najib dan peguam Shafie boleh dicetak keluar dan terpaksa diakui oleh Najib, saya tidak tahu tapi percaya bahawa maklumat boleh didapati. Elok hal ini disiasat peguam.

Jadi, saya melihat sikap tergesa-gesa Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar tidak lebih daripada keadaan yang memaksa. Ianya hal persaingan masa. Hal ini insyaAllah akan saya tulis dalam siri akan datang.

26hb Saiful mengaku diliwat, 28hb beliau menghilangkan diri dan membuat laporan polis selepas membuat pemeriksaan di hospital seperti yang didakwanya. Anehnya, 27hb beliau masih dapat hadir dan menjadi tukang angkat minuman dalam satu pertemuan Anwar dengan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC). Gambar ini sedang tersebar di internet.

Kita harus bertanya di mana ‘trauma’ beliau ketika bertemu Najib beberapa hari sebelumnya? Semua ini tidak masuk akal!

Tapi anda jangan terkejut, masih ada yang tetap mahu membelanya. Dan jika kita selongkar lebih dalam, kita tahu semua pembelanya datang dari minda dan sistem perlindungan berlabel UMNO-BN.

Ia nanti akan dilapik dengan sejumlah kata sentimen bertulis Melayu, Islam, Aman, Perpaduan dan sebagainya. Hakikat sebenar ialah Kuasa, Harta, Hawa Nafsu dan Kezaliman.

Semoga Allah s.w.t. melaknat para penzalim!

33 Responses to Siri Anwar Dalam Bicara (SODOMY II)

  1. orang kampung says:

    sebagai manusia saiful ada hak untuk mendapatkan keadilan!.bagi mereka yang bukan ISLAM mungkin mereka tidak faham sumpah yang telah dilakukan oleh saiful.adakah saiful begitu bodoh untuk menerima azab seksa daripada ALLAH S.W.T. kerana melakukan sumpah palsu.saya tidak mengatakan anuar ibrahim bersalah.hanya ALLAH S.W.T. saja yang mengetahui siapa yang bersalah!.perkara yang sepatutnya dilakukan oleh anuar ibrahim adalah membela dirinya dan bukannya asyik menangguhkan perbicaraan atas alasan yang tidak nunasabah dan banyak putar belit daripada membela dirinya.jika kita tidak bersalah,maka kita harus buktikan diri kita tidak bersalah!.apapun biar perbicaraan kes liwat anuar ibrahim berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak didalam atau luar negara.jika ada pihak dari luar negara(john kerry dan 50 mp australia) masuk campur dalam perbicaraan ini,maka sebagai rakyat Malaysia kita wajib menentangnya.perbicaraan kes liwat anuar ibrahim bukan saja harus bebas daripada campurtangan kerajaan,tetapi juga bebas daripada campur tangan negara luar!..kita cuma mencari kebenaran.bukannya kesempatan dalam isu yang hangat!.perbicaraan masih lagi tertangguh,oleh itu kita jangan sekali menentukan siapa salah dan siapa betul!.takut nanti mangsa jadi pesalah,pesalah pula jadi mangsa!.

  2. ladymariah says:

    anda mungkin tidak faham kenapa perbicaraan patut digugurkan. sudah memang tujuan utama perbicaraan ini untuk menjatuhkan Anwar. baca pengakuan saiful dari awal. dengar sendiri apa dia cakap.

    saiful secara terbuka menegaskan bahawa dia tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara SUKARELA. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

    itupun tidak dipersoalkan. ‘mereka’ akan buat apa sahaja utk aibkan Anwar.

    Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Anwar, apabila pada mulanya akhbar-akhbar utama melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun di sebuah kondominium di Damansara.

    Sebelum ini Najib mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai saiful diliwat beberapa kali.
    Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa?

    Anda masi tidak faham ka? something fishy is going on!

    Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.

    kalau cakap pasal agama ni, saya bukanlah pakar tapi kita kena buat study juga. jangan cakap saja.

    Ulama’ tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’.

    Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleg digunapakai dalam kes ini.

    Pendakwaan yang dibuat oleh Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

    sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan ’selamat bertanding’ kepada Dato’ Seri Anwar.

    Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.

    • orang kampung says:

      adakah apabila seorang rakyat membuat dakwaan terhadap pemimpin pembangkang,kemudian pemimpin pembangkang itu diheret ke mahkamah maka dikatakan tidak adil?.adakah apabila seorang rakyat membuat dakwaan terhadap pemimpin kerajaan,kemudian pemimpin kerajaan itu diheret ke mahkamah maka baru dikatakan adil?.saya bukan pandai dan bijak seperti saudara semua,tapi saya hanya berharap Malaysia tidak dipenuhi dengan teori konspirasi.apa pun kena ikut apa yang dilakukan oleh bekas menteri tanah dan koperasi yang meletak jawatan bila dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.malah tidak ada sesiapa pun dalam BN menuduh kes tersebut sebagai konspirasi untuk jatuhkan BN..

      • Bersihkah PR? says:

        saya sokong ape yg org kampung cakap..

        1- Case study – refer pade kes bekas menteri besar selangor (MOhd b Mohd Taib), bila disabitkan kesalah dimahkamah, tak der pulak kiter dengar nie ADALAH KONSPIRASI NK JATUHKAN PEMIMPIN BN.. ADE SAPE-SAPE DENGAR??

        2-bile bekas menteri besar NS (mohd isa samad) dihadap kn ke badan disiplin party & didapati bersalah kes politik wang, ade kiter dengar BAHAWASANYA NI ADE LA KONSPIRASI NK JATUHKAN PEMIMPIN BN?

  3. To orang kampung

    -jika ada pihak dari luar negara(john kerry dan 50 mp australia) masuk campur dalam perbicaraan ini,maka sebagai rakyat Malaysia kita wajib menentangnya.perbicaraan kes liwat anuar ibrahim bukan saja harus bebas daripada campurtangan kerajaan,tetapi juga bebas daripada campur tangan negara luar!..-

    Mungkin rakyat myanmmar juga patut menentang campurtangan malaysia dalam menangani krisis ketidakadilan oleh junta tentera terhadap pendokong dan pejuang demokrasi mereka.

    • orang kampung says:

      apa yang berlaku di myanmar dengan di Malaysia tidak sama.myanmar diperintah oleh junta tentera.myanmar tidak ada demokrasi kerana pejuang demokrasi ditekan oleh junta tentera.Malaysia ada demokrasi.contoh paling nyata PR menang di Selangor,Pulau Pinang dan Kedah.campur tangan Malaysia dan negara lain di Myanmar adalah isu demokrasi.campurtangan kuasa asing di Malaysia adalah mengganggu proses perbicaraan seorang individu yang didakwa oleh individu lain.ini tidak banyak berbeza dengan kes perbicaraan yang lain.beza pada kes ini adalah yang mendakwa adalah seorang yang biasa dan yang didakwa pula adalah seorang pemimpin.sudah tentulah perkara ini mendapat perhatian negara luar.apa pun biarlah proses perbicaraan ini berjalan mengikut undang-undang.kes liwat pemimpin ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan BN.jadi ikutilah perbicaraan ini dengan sabar dan tunggu kebenaran yang bakal didedahkan oleh mahkamah.jangan memandang hina pada undang-undang dan sistem kehakiman negara kita hanya kerana sentimen yang tidak berasas.

  4. reben merah says:

    since kerajaan masuk campur dlm kes tersebut, maka itulah sebabnya hal ini berlaku. Memang tidak sepatutnya negara luar masuk campur hal Malaysia. Tapi Malaysia pun cukuplah menyibuk pasal org lain. Terlalu banyak demo oleh kerajaan dan pembangkang sendiri yang mengutuk pimpinan negara luar. tapi kalau negara sendi kena kutuk, pandai pula melatah!

  5. reben merah says:

    kes liwat pemimpin ini (Anwar) tidak ada kena mengena dengan kerajaan BN?

    *Andaikata perbicaraan akan dibawa sehingga ke pilihanraya akan datang. siapa yang akan merasa kedudukan ‘agak’ selesa?

    *Andaikata Anwar tidak dibicarakan dan bebas bertandng pada pilihanraya akan datang. Siapa yang akan panas buntut?

    KEDUA-DUA JAWAPAN ADALAH SAMA= BN!

    Masih tidak faham? Atau buat-buat tidak faham? Sayapun orang kampung bah tapi tidaklah berfikiran macam kamu.

    • orang kampung says:

      hanya mereka yang buta hati dan tertutup hatinya saja yang susah untuk menerima kebenaran.ketika kes altantuya dibicarakan,pembangkang mengatakan ada kena mengena dengan Y.A.B. najib razak.sekarang kes liwat anuar ibrahim dibicarakan,kerajaan BN pun dikatkan.kenapa segala yang kotor dan buruk mesti dikaitkan dengan BN?adakah PR benar-benar bersih dan benar?adakah pemimpin PR benar-benar berjiwa Malaikat dan bersifat Wali?..memang ramai yang tidak mahu menerima hakikat ini.saya pun tidak pandai sangat berhujah dan bermain retorik,tetapi saya tidak menyokong atau menentang mana-mana pihak secara membuta tuli.saya hanya seorang orang kampung yang kecewa dengan masalah negara yang sampai sekarang belum selesai terutamanya masalah di Sabah.namun saya masih lagi berfikiran waras walaupun saya kurang ilmu pengetahuan.

    • Bersihkah PR? says:

      Suka yg amat sgt (bercampur senyum sindir) bile sy menbaca hujah REBEN MERAH..

      1- Syukur pd tuhan kerana anda sedar siapa diri anda (org kampung) – sebab sy juga ORG KAMPUNG yg dibesarkan di KAMPUNG dah kawasan Pedalaman TRGGANU…

      2- saya tggal kn satu soalan ni pada anda
      = jikalau PR adelah party pemerintah (berada dlm
      kasut situasi BN) skrng, ADAKAH JAWAPAN ANDA
      BERBEZA UTK SOALAN INI BERBANDING HUJAH ANDA
      DI ATAS???

      P/S – JGN SEMPIT KN PEMIKIRAN KITA SEJUMUD JAHILIAH,
      A.K.A JGN HIPOKRASI…
      (PESANAN UTK SMUA TERMASUK DIRI SAYA SENDIRI)

  6. ‘kes liwat pemimpin ini (Anwar) tidak ada kena mengena dengan kerajaan BN?’

    Untuk memastikan dan mengekalkan kekuasaannya, UBN akan tetap mempergunakan sepenuhnya kekuatan dan segala bentuk sumber-sumber yang ada bagi menghalang gelombang kebangkitan PR. Tamparan hebat dlm PRU yang lalu sudah cukup menggusarkan mereka kerana kehadiran semula DSAI dalam arena politik Malaysia.Kejayaan DSAI menyatukan dua parti politik yang berlainan ideologi dan bersama-samanya membentuk PR juga telah merubah landskap politik negara. Mungkinkah UBN tidak melihat akan perubahan ini atau pura-pura tidak tahu kerana berasakan bahawa mereka adalah juara kepada O.K.U (Orang kuat Umno)

  7. ladymariah says:

    Bagi BN, Anwar harus dihapuskan. Sebab mereka rasa tergugat…

    • Bersihkah PR? says:

      ladymariah, agak janggal dan dungu klau kiter pikir ahli politik tidak akn jaga kepentingan politik.

      Nampaknye kamu agak lurus bendul dalam membiacara hal nie.. penuh beretorik dah agak defensive..kamu sedar kn? tanya diri sndiri k..

      1- ape sebenarnye matlamat DSAI dlam politik masa kini = INGIN JADI PM !!!! btul??

      Persoalan = perlukan die utk die PM n pegang jawatan tu utk perjuangkan keadilan demokrasi malaysia? Perlu kah die mggunakan Platform pilihan raya Permatang pauh sbagai JALAN KE PUTRAJAYA???

      DSAI juga mggunakan pelbagai cara termasuk membelakang kan proses mahkamah yg BELIAU lindungi semasa di dlm kerajaan sebelum nie??

      DSAI tuduh MAHKAMAH MALAYSIA KORUP – tapi sedar tak kiter semua, keputusan MAHKAMAH YG korup ni la yg menjadi pegangan DSAI dah diolah menjadi HUJAH RETORIK DSAI semasa beliau diputusakn TIDAK BERSALAH utk kes liwat sebelum nie…

      kalu org tu waras, dah tuduh mahkamah tu KORUP, tak payah la ikot keputusan tu….

      TAPI, BILE SESUATU KEPUTUSAN MAHKAMAH ITU MEMIHAK KEPADA DSAI @ PR, KENAPA BERDUYUN-DUYUN PEMIMPIN PR BERIYA-RIYA MENGIKTIRAF KEPUTUSAN ITU SEBAGAI KEMENANGAN RAKYAT (CASE STUDY – KES BEKAS MENTERI BESAR PERAK -NIZAR)

      PERSOALAN – ade kah semasa daa hanye ketika dimana keputusan yg menyebelahi PR @ DSAI dibuat, mahkamah tetiba jadi adil?? YA Allah, kenapa lah org tak celik mata lagi….

      2- Soal Sumpah laknat, mmg menghairan kn sy, sepanjang pembacaan sy trhadap hujah retorik ladymariah, sy sdar ladymariah ade byk fakta n figure, which is very good!!! tahniah

      Permasalahannye timbul apebila ladymariah tak sedar yg ketika zaman kerajaan Islam Madina (sewaktu hayat Rasulullah SAW), baginda mengiktiraf SUMPAH ini ketika perbicaraan… sy yakin ladymariah ade ikut sejarah islam kn?? tepuk dada, tanye IMAN!!! jgn tanye SELERA !! kerana SELERA itu NAFSU!! NAFSU itu = syaitan…

      jom kiter berhujah dgn cara RASIOANAL!! bukan hanye pandai BERETORIK sperti pemimpin AGUNG yg ladymariah syg itu sehinggaKN SEOLAH-OLAH BELIAU ITU MAKSUM!!!

      WAALLAHUALAM…

    • orang kampung says:

      tidak ada apa-apa yang hebat pada anuar ibrahim!tidak ada sebab untuk BN takut padanya!.bagi BN biar rakyat yang menilai.

  8. zilyani says:

    saya sokong apa yg org kampung cakapkan. Politik memang complicated. bagi saya tidak perlulah menuding jari tehadap sesiapapun. Buat apa BN nak jatuhkan anwar. Anwar cuma orang yang bijak berkata-kata sahaja tapi untuk melaksanakannya 0%. Sedangkan 4 negeri yg dipimpin oleh PR pun huru-hara. Apalagi hendak memimpin satu negara. Jadi tdk perlulah kita hendak membela sesiapapun. Siapa yg dapat memajukan negara itu yg kita ikut.

  9. zilyani says:

    Bagi saya kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg kita dapat selama ini. Tengok di negara lain, perang sana sini. Di indonesia contohnya, sampai sekarang pun tidak maju-maju. Sedangkan kalau diikutkan, indonesia sepatutnya lebih maju dari kita. Tapi disebabkan perebutan kuasa dan politik yang tidak menentulah jadinya begitu. Adakah kita ingin menjadi negara yang mundur kembali.

    • orang kampung says:

      betul tu.beri ruang dan masa pada kerajaan yang ada sekarang untuk perbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada.kelemahan dan kekurangan tidak dapat diperbaiki dalam sekelip masa.tamadun yang hebat mengambil masa untuk maju dan kuat dengan kerjasama rakyat.barat sering dijadikan rujukan pihak2 tertentu.tapi mereka lupa bahawa di barat pembangkang bekerjasama dengan pemerintah untuk menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan negara.tapi kita sering menuduh kononnya penjelasan yang diberi oleh kerajaan sebagai propaganda,projek pembangunan sebagai rasuah kepada rakyat untuk mengundi kerajaan.demokrasi di malaysia tetap teguh.demokrasi dimalaysia berjalan mengikut perlembagaan,nilai murni dan sejarah negara kita.demonstrasi dan yang sama dengannya mengganggu rakyat untuk berniaga,bekerja dan belajar.

  10. zilyani says:

    Kita harus ikut macam pemimpin dahulu. Berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankan keamanan bukannya berjuang untuk mendapatkan kuasa. Bila sudah ada kuasa hasilnya tiada. Lihatlah di selangor, kedah & pulau pinang. Saya rasa keadaan di sana akan kembali mundur, tidak akan maju jika pemimpinnya masih bersikap demikian.

  11. yess says:

    zilyani ko perna pi indonesia ka, di negeri2 ko sbut tu perna pigi ka

  12. aku yang selumber says:

    chayo-chayo..
    banyak dah konspirasi pakatan sebenarnya didedahkan..yang mendedahkan tu org pakatan gak..sape nak jawab semua tu?? jangan la nak bersikap sentiasa betul kan…terima jak lah kelemahan sendiri..adios

  13. aku yang selumber says:

    tula..kunu mau pangkah BN..tp dulu sekolah kerajaan gak..semuala bah bgantung ma kerajaan..apa yang kerajaan bagi semua kena amik gak.tpi mgutuk bukan men lagi bah..wakakakaka..tu la bah tu..spa yang berkhidmat ma kita tu yang kita ikut bah..kalo setakat ikut fahaman politik jak,kita dak smpai kemana gak tu..

  14. orang kampung says:

    adakah pro pembangkang itu benar manakala pro kerajaan itu dusta?.adakah perkara ini terpakai dinegeri yang titadbir oleh pakatan rakyat dimana BN adalah pembangkang?.apa pun saya berdoa agar BN terus mantap dan mentadbir Malaysia dengan cemerlang sehingga Malaysia maju mengikut jati diri masyarakat Malaysia terutamanya berlandaskan pegangan ajaran ISLAM yang universal.long live Malaysia under BN ruler!.

  15. orang kampung says:

    tidak dinafikan bahawa negeri yang ditadbir oleh PR menghadapi banyak masalah ketika ditadbir oleh BN.tetapi BN melakukan penyelesaian jangka pendek sementara mencari penyelasaian jangka panjang.memang penyelesaian jangka panjang oleh BN tertangguh atau langsung tidak dapat diselesaikan.tetapi sekurang-kurangnya penyelesaian jangka pendek dan sedikit bantuan meringankan beban rakyat yang terlibat.persoalannya dimana janji PR ketika PRU 2008 yang menjanjikan penyelesaian jangka panjang?.memang penyelesaian jangka panjang memerlukan masa,tetapi tidak ada tanda2 yang diusahakan kerajaan PR di negeri tersebut.kesilapan dan kelemahan BN sudah ada tanda dan usaha ke arah perlaksanaan.perlaksanaannya lembab dengan pelbagai halangan dan masalah,tetapi hasilnya mula menunjukkan sedikit kejayaan.walaupun sedikit sahaja kejayaan yang dicapai,itu lebih baik daripada langsung tidak ada hasil dan usaha.tetapi hasilnya akan meningkat secara beransur-ansur.pelabur asing mula yakin dan selamat untuk melabur dimalaysia.

  16. Bersihkah PR? says:

    owh ye, ade satu lg sy nk tambah… cuba kiter tgok dr ats sampai bwh page ni, yg obvious ade la = AIC -anwar ibrahim club…

    ape yg terlintas di kotak pikiran sy = penulis blog = tabsub n obses ngan anwar. therefore, ape sahaja yg anwar buat = BAIK, BAGUS, BERNAS & ADIL. tak mushtahi dan tak keterlaluan la jika sya kata kn jika anwar terkentut skali pon, tetap puak2 ni kate WANGI!!!! SEBAB ITU ADALAH DR ANWAR!!!

    sedarlah, asas penubuhan PKR = memperjuang nasib INDIVIDU yakni pendakian anwar menjadi PM!!! itu la niat politik sempit anwar!! bangun tido saje pikir mau jd PM, nk tido pon same = pikir mau jd PM…..

    persoalan nye = MANA AGENDA PEMBANGUNAN RAKYAT YG DICANANG2 SEANTERO MALAYSIA?? ANWAR HANYA TAU MENGHALAL KAN APA SAJA CARA DEMI MENCAPAI MATLAMAT NYA = JADI PM… TP BUKAN MEMPEJUANGKAN RAKYAT…..kesian puak2 yg masih lagi tak celik2 mata ni…kesian..

    sya berdoa kepada Allah supaya bukak kn la pintu hati manusia2 ini agar kembali pada jalan yg benar…terutamanya ANWAR SI PENIPU…..

    HARI DEMI HARI, PENIPUAN ANWAR SEMAKIN TERBONGKAR….INI LA KEKUASAAN ALLAH…. amin..

  17. aku yang selumber says:

    for ladymariah…
    bercakap pasal agama ni, kelihatan cara cik study tu amat sedikit dari segi pengetahuan islam tu sendiri..qazaf dan sumpah dapat di terangkan dengan pelbagai cara dan jawapan mengikut keadaan semasa.pendapat ahli ulama boleh diterima pakai namun alquran dan hadis juga harus di ambil kira dan rujuk jiga di dalam 4 mazhab yang paling besar.persoalan agama dikira telus jika dikupas sedalam-dalamnya.

  18. Ahmad Juman says:

    Persoalannya, siapa liwat siapa? Tidakkah lojik sekiranyan Najib yang liwat Saiful. Selama saiful bertugas dengan Anwar, memang dia kepingin buat itu tetapi tiada respon. Akhirnya dia buat dgn Najib. Anehnya, lubang dubur saiful tiada kesan dicucuk. Jadi Najib guan lubang mana? Pasti lubang yg tidak disiasat iaitu mulut. Selepas itu, mrka buat crta rekaan kononnya Anwar yg liwat Saiful.

  19. Lucas says:

    Seandainya Saful betul kena main,saya sangat pecaya aawa dialah menunggekkan duburnya kapada Anwar,tak mungkin anwar dapat masukkan batangnya sekiranya dia tak mau.Cuba anda bayangkan bila anak kecil kamu demam perlu telan ubat tapi dia taknak dapat kah kamu paksa dia, tidak kan.Dari mana pulak datangnya cream KY?.

  20. untut says:

    nak belajar simpan dna dua hari dalam bontot dari saifool

  21. gayman says:

    24hb – jumpa najib 25hb – jumpa rodwan dibilik hotel, telefon IGP 26hb – kena liwat 27hb – datang balik rumah anwar 28hb- jumpa doktor, report polis

  22. maz says:

    semoga mohd saiful mendapat pembelaan dan kesdilan yang sewajarnya!.

  23. maz says:

    semoga mohd saiful mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya!.

  24. The Truth Is... says:

    Kalaulah fakta ini benar….

    “…Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Anwar, apabila pada mulanya akhbar-akhbar utama melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun di sebuah kondominium di Damansara.

    Sebelum ini Najib mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai saiful diliwat beberapa kali.
    Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa?…”

    Persoalannya …bagaimanakah org2 yg berjiwa “BENAR” seperti Orang Kampung, Bersihkan PR, Zilyani, Aku yang slumber dan Maz, ini menilai dgn akal fikiran yg waras mengenai fakta yg di beri????!!!!

    Kalau menyentuh pasal agama ni, janganlah cakap besar, walau kita ada agama, kita tetap melakukan dosa. Biaslah.. naluri manusia. Jangan tembiranglah cakap , “saya takut pada Tuhan.” Bukan takut dihukum Allah tu…tapi takut hukuman manusia yang lebih berkuasa.

    Bagi saya biar kita melihat fakta yang sebenar, dan tentukan kebenaran.

    Dalam kes ini, saya percaya saiful diupah oleh “manusia yang berkuasa”. Ini jelas dgn pengakuan seorang pegawai agama yang diminta menjadi saksi pengakuan siful di sebuah masjid, yang mana pegawai tersebut pun tidak tahu apa tujuan dia di minta datang ke masjid tersebut, dia mengikut perintah imam masjid tersebut. Video ini ada dlm youtube.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: