Pengarah atau Diarah?

Banyak MyKad di Sabah yang dibubuh Bin atau Binti di pertengahan nama sendiri dan nama ayah.

Sebagai contoh, Mariah Airiens Binti Doksil. Walupun nama mempunyai Bin atau Binti itu bukanlah bermakna penama adalah Islam. Nama tanpa Bin atau Binti pula, tidak bermaksud bukan Islam.

Baru-baru ini, isu ini dibangkitkan kembali apabila terdapat beberapa individu yang menyatakan kerisauan mereka apabila MyKad mereka tercatat agama Islam sedangkan mereka bukan beragama Islam dan tidak pula pernah mengubah agama.

Apabila mereka membawa perkara ini ke pejabat pendaftaran, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mencabar perkara ini di mahkamah semata-mata menukar status agama mereka yang ternyata kesilapan JPN.  

Malangnya, apabila merujuk kepada pengarah JPN Sabah, beliau ni cuma tinggalkan pesan sama PA dia supaya cakap dengan reporter bahawa dia tidak boleh buat sebarang komen.

“Sila call PRO di KL sebab pengarah sini tidak boleh buat sebarang kenyataan,”

Tanyalah reporter lain. Ini adalah jawapan mereka yang sudah biasa didengar。

Jadi? apalah tugas pengarah negeri? mereka ini pengarah atau DIARAH?

5 Responses to Pengarah atau Diarah?

  1. Sam says:

    Itu memang betul, saya masih ingat semasa saya membuat Kad Pengenalan anak lelaki saya, saya namakan anak saya FAISAL bila saya ke pendaftaran dan isi borang dengan agama kristian pegawai itu menolak borang tersebut dia suruh ubah agama itu kepada islam, tapi saya tidak mahu sebab kami bukan muslim maka tidak dapat buat KP anak saya pada hari itu, terpaksa buat surat akuan lagi. leceh betul

  2. orang kampung says:

    perkataan ISLAM hanya ditulis pada Mykad milik orang ISLAM..tidak ada masalah untuk orang bukan ISLAM menggunakan nama Melayu atau Arab kerana nama hanyalah nama.saya ada kawan bernama Firdaus Tan.dia seorang cina dan bukan ISLAM.masyarakat harus diberikan kefahaman bahawa nama tidak melambangkan status agama.ramai juga orang ISLAM yang namanya seperti orang barat.pegawai JPN mesti diberitahu tentang perkara ini.

  3. hgp says:

    well, ini merupakan salah satu contoh masalah lama..no..make it as masalah persepsi org2 yg berkenaan.

    Well, maybe not fair kalo sya ckp tu mcm. Tp sila akui benar bahawa masalah ini adalah masalah lama (masalah klasik) yang berulang kali dilakukan (sengaja/tidak disengajakan) oleh org2 yang sepatutnya bertanggungjawab utk memastikan masalah sprt ini tidak berlaku.

    So, kenapa masalah ini boleh berulang kali terjadi? I dont know. Ask yourself. Ask those people who are working in that department. Or simply ask nobody because for sure the same reply (not even an answer) will be given to you.

    AND WHY THIS PROBLEM SEEMS RE-OCCURRING AGAIN? Simple. The mindset of the so called and perhaps self-proclaimed well-educated and highly trained Malaysians. And dont even think of using the reason of ‘ kita cuma manusia’. I have enough with that kind of excuse.

  4. Sandra S says:

    yup, got the same problem when following-up an issue on MyKad, leceh betul, and it’s actually annoying, macam clown saja ada pengarah dari Sabah, DARI SABAH KONON but still everything have to refer KL, apalah guna simpan orang Sabah to head the department if you still need to refer to people from KL on issues related to Sabah … the problem is they do not know the problems faced by SAbahans so their response would be half cook lah, hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm…how long do we need to be puppet?

  5. urangsabah says:

    Memang ni pendaftaran selalu buat kerja salah. Nama saya teda BIN di tengah2 dalam surat beranak. Tp dalam IC sampaila ke Mykad semua ada BIN. Paling mengecewakan lagi saya buat Mykad saya pada awal tahun 2002 bangsa saya diletak bangsa lain. Tahun ini baru saya tau bangsa yg d letak salah bila saya tukar mykad saya. 7 tahun kesilapan ini teda sapa yg sedar. Jabatan Pendaftaran memang teruk dia punya service.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: