Lagenda Budak Setan ★★★★

Malam tadi tepat 11.50pm aku dan kawan-kawan aku-Rosminah Osnain, Nuraisyah Omar dan Angah tengok movie Lagenda Budak Setan atas alasan untuk membuang masa sebab  lama tak bersua.

Ternyata, tidak rugi menonton filem ni kerana skripnya yang telah diadaptasikan daripada sebuah novel terlaris di Malaysia suatu ketika dahulu.Penulisnya, tidak asing lagi- Ahadiat Akashah. Well, novel Anak Setan adalah kegemaran aku ketika di bangku sekolah dulu. Tapi tidak punya koleksi sendiri la, cuma pinjam dari kawan je…

Paling best bila lihat Que Haidar berlakon dengan muka bengisnya. Memang menusuk kalbu. Maksud aku, dia bawakan watak sebagai ‘penjahat’ dengan penuh kesungguhan. Boleh jerit punya!

Satu benda je yang potong stim bagi aku. Time adegan menangis. Aku susah nak jelaskan kenapa aku terasa nak gelak ketika adegan sedih tu. Nampak sangat dibuat-buat. Terpaksa kot… Aku tak salahkan ramai penonton dalam panggung (Center Point) yang gelak ketika adegan menangis. Jelek! Tapi ini cuma pandangan peribadi la… Mungkin ada juga yang nangis time tu.

By the way, beralih kepada pelakon utama, si budak setan Kasyah (dibawakan oleh Farid Kamil) dan Ayu (Lisa Surihani) sangat cool. Aku suka rambut diorang. Memang ada classss! Kombinasi wajah melayu yang secocok. Farid sexy dan Ayu pula cantik. Aku sangat berpuas hati dengan permulaan jalan cerita tapi berubah kendur apabila watak Ayu bertukar di penghujung cerita (kalau mahu tahu kenapa bertukar, silalah ke panggung tonton sendiri. sokong industri kita. i promise, tidak rugi buang duit untuk filem ni). Namun, kehadiran wajah Fazura yang manis dan ceria memberikan warna kepada endingnya.

Aku bagi 4 bintang sebab aku suka lagu dia- Hilangnya Cintamu.

So, apa pendapat kamu pula? Sudah ada yang menonton filem ni? Kalau belum, silalah ke panggung berdekatan dan kongsi apa pandangan anda🙂

2 Responses to Lagenda Budak Setan ★★★★

  1. angahsp says:

    best giler citer nie.. sampai menanggis aku.. menhayati sanggat… aku pun memang minat novel nie..

  2. maz says:

    saya belum tengok lagi ini filem.tunggu DV ja la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: