Cinta Sufi

Novel terbaru Ramlee Awang Murshid ini memberikan kelainan kerana kisah ini tidak mempunyai watak sebelumnya iaitu Haryani dan Dani.

Kepada pembaca yang mengikuti perjalanan cerita ini dari novel sebelumnya- Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sang Ratu, watak Sunan seolah-olah dihapuskan pada novel ke tiga ‘Cinta Sang Ratu’ tetapi keajaiban belaku di novel ini.

Ia mengisahkan Catalina,  seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja.

Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka.

Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor.

Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Kalau mahu tahu cerita selanjutnya, silalah dapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran. Bagi mereka yang tinggal di sekitar KK boleh dapatkan di Harris Bookstore 1 Borneo Hypermall ataupun do Eatons Center Point.

Tapi, kalau mahu feel cerita ni… kenalah baca dari awal. Novel pertama Bagaikan Puteri, novel ke dua Hijab Sang Pencinta, novel ke tiga Cinta Sang Ratu kemudian baru baca novel ke empat ni Cinta Sufi.

***

-BAGAIKAN PUTERI-

” Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung “

Haryani dan Laksamana Sunan… saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
-HIJAB SANG PENCINTA-
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

-CINTA SANG RATU-
Laksamana Sunan yang telah kehilangan Haryani pulang semula ke tanah Acheh..
Beliau dipanggil untuk memerangi manusia penyembah syaitan iaitu Ratu Sulaman.. namun.. pertemuan awal Laksamana Sunan dgn Ratu Sulaman telah mengubah hati dan pendirian Sang Ratu.. melalui ungkapan ” Sebagai manusia..aku sayang padamu” oleh Laksamana Sunan telah memutikkan cinta di hati Sang Ratu..
Sang Ratu akhirnya dipulihkan dari kuasa sihir Maharani dan menjadi isteri Laksamana Sunan.. Namun Maharani menjejaki Ratu Sulaman dan menculik Sang Ratu…
Laksamana Sunan menjejaki isteri kesayangannya Sang Ratu yg telah disihir menjadi manusia penyembah syaitan semula.. biarpun berjaya.. namun dalam pertempuran yang berlaku..
Ratu Sulaman dibunuh oleh Maharani sendiri.. “lelaki berduka dari Tanah Rencong” yang digambarkan sebagai Laksamana Sunan membuktikan kedukaan yang ditanggung… namun sifat mulia dan rasa cinta pada Allah mengatasi segala-galanya..

12 Responses to Cinta Sufi

  1. maz says:

    mana yg pertama,kedua dan ketiga.saya hanya ada hijab sang pencinta…

  2. ladymariah says:

    1. BAGAIKAN PUTERI
    2. HIJAB SANG PENCINTA
    3. CINTA SANG RATU
    4. CINTA SUFI

  3. maz says:

    thanks..

  4. ladymariah says:

    no prob🙂
    nanti kalau sudah baca kongsi-kongsi pendapat ya…

  5. wana says:

    sy belum bc cinta sufi lagi..byk kedai dah kehabisan stok..

  6. […] epik thriller, Sutera Bidadari merupakan sambungan daripada cerita Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta Cinta Sang Ratu dan Cinta Sufi yang aku nanti-nantikan sekian […]

  7. betul2..saya pun dah habis baca semua sehingga ke SUtera Bidadari..rasanya akan ada lagi kesinambungan cerita..Sunan bertemu semula dengan Ratna!

  8. anaz says:

    bukan sambungan Bagaikan Puteri, diikuti dgn Cinta Sang Ratu, kemudian baru Hijab Sang Pencinta, mana satu yg betul, tolong betulkan, saya keliru

  9. ladymariah says:

    u beli semua novel ni kemudian tengok year of publication. baca ikut urutan.

  10. sunan-ratna says:

    salam..
    setahu saya turutan trilogi novel adalah mcm ni:
    1 bagaikan puteri
    2 cinta sang ratu
    3 hijab sang pencinta
    kemudian cinta sufi dan sutera bidadari.
    bole tgk rujukan dkt
    http://www.goodreads.com/book/show/3408199-bagaikan-puteri
    terima kasih.

  11. ladymariah says:

    dan sekarang sutera bidadari…

  12. zue says:

    salam..
    turutan trilogi novel RAM spt berikut:

    1. bagaikan puteri
    2. cinta sang ratu
    3. hijab sang pencinta
    4. cinta sufi
    5. sutera bidadari
    6..harap ada smbungan lg…sunan mesti bantu ratna (mantan isteri) yg terkena sumpahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: