Isnin tanpa plastik

Kepada penduduk di sekitar Kota Kinabalu mungkin perasan setiap hari Isnin kebanyakan supermarket besar separti Giant, Servay, Tong Hing dan banyak lagi tidak memberikan beg plastik kepada pelanggan.

Sesiapa yang tidak membawa bakul sendiri, mereka akan dikenakan cas 20sen untuk setiap beg plastik yang diminta.

Ini adalah langkah bijak yang telah dilakukan oleh DBKK dan juga agensi-agensi yand sewaktu dengannya. Kita harus memberikan sokongan padu kepada kempen ini.

Kalau boleh, kita tidak perlu menunggu hari Isnin. Kita biasakan diri kita membawa bakul sendiri ketika membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan plastik demi masa depan kita sendiri.

Tahniah kepada insan-insan yang telah mula menggunakan beg sendiri ketika shopping. Tahniah jugab kepada penganjur Miss Earth, Miss Mandy nandu yang bertungkus-lumus untuk memberikan kesedaran kepada pembeli di sekitar bandaraya🙂

FAKTA:

Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun? Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Kalau 20 tahun dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Sama ada kita membeli buah-buahan, kuih-muih, roti atau sehelai kemeja, penjual pasti membungkus barang tersebut dalam sebuah beg plastik.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga – minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.

Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna biasanya malas membawa beg sendini ketika membeli-belah. Justeru itu mereka dengan gembira menerima beg plastik yang diberi oleh penjual.

Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik.

4 Responses to Isnin tanpa plastik

  1. maz says:

    Kota Kinabalu mungkin masih kekurangan infrastruktur di sesetengah tempat,tetapisekurang-kurangnya dengan menjaga kebersihan bandaraya kita nampak cantik.bukan untuk keselesaan pelancong semata-mata,tetapi paling penting ialah keselesaan kita sendiri.

  2. dekerinchi says:

    salam…

    ditempat saya…hari tanpa plastik adalah pada hari sabtu….😉

  3. James says:

    Tujuan kempen ini sangat baik, bagaimanapun perlu diingat bahawa jika sekadar menghadkan penggunaan plastik pada hari isnin di pusat membeli belah tidak mungkin kempen itu berhasil. Jestru, perlu dibuat pendekatan secara menyeluruh seperti pendidikan masyarakat tentang kesedaran mereka terhadap alam sekitar. Kita juga harus meneliti kaedah-kaedah kempen yang dilaksanakan itu mampu atau boleh memberikan impak kepada pengguna. kalau tidak objektif dan matlamat kempen itu tidak mungkin dicapai. Ini dapat kita lihat dari laporan media selepas kempen tanpa plastik inio dijalankan. Pihak pelaksana kempen telah mengutip RM12 ribu lebih hasil dari penjualan plastik. Ini bermakna masyarakat masih tidak faham mengapa mereka patut tidak membeli beg plastik tersebut. Pelaksana kempen juga perlu membuat kajian dari masa ke masa untuk melihat tahap keberkesanan kempen tersebut. Umpamanya meminta bantuan daripada institusi pengajian tinggi seperti UMS atau UiTM dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: