Sabah, Selamat Hari Kemerdekaan ke-47

Pada 31 Ogos 1963, suasana agak meriah di sekitar kota Jesselton (Kota Kinabalu). Orang ramai berduyun-duyun ke Padang Merdeka. Mereka membawa banner yang diperbuat dari kertas bertulis: MERDEKA SABAH. MERDEKA NORTH BORNEO!

Seorang anak kecil yang berasal dari Ranau sedang bersekolah di Maktab Sabah ketika itu sungguh bersemangat untuk meraikan kemerdekaan tanah tumpah darahnya.

Oleh kerana bas agak terhad, dia berjalan kaki dari Sembulan ke bandar bersama dengan rakan-rakannya. Dia berjalan dengan penuh semangat dan keikhlasan. Dia memehami erti kemerdekaan yang didambakan oleh bangsanya.

Alhamdullilah, pada hari ini dia sedang duduk di kerusi seorang menteri negeri. Salah seorang menteri yang tidak takut untuk bersuara benar.

North Borneo (Sabah) yang sekian lama diperintah oleh British menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda kemerdekaan. Laungan kemerdekaan oleh Donald Stephens (Tun Mohd Fuad Stephens) diikuti oleh perasaan syukur oleh rakyat jelata.

Pada asalnya, tarikh itu telah dipilih sebagai hari penggabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysa untuk membentuk sebuah negara yang akan mempunyai hak sama-rata. Namun, akibat daripada tentangan daripada Filipina dan Indonesia pada ketika itu maka penggabungan tiga wilayah itu tertangguh.

Jika kita imbas pada ketika itu, Tanah Melayu dan Borneo (Sabah & Sarawak) dijajah British manakala Indonesia pula menjadi jajahan Belanda. Negara Filipina ketika itu milik Sepanyol dan akhirnya Amerika.

Mana mungkin Sabah bergabung dengan Indonesia mahpun Filipina kerana penjajahnya tidak sama. Tentu sahaja tekanan daripada British pada masa itu tidak memberikan pilihan yang banyak kepada pemimpin Sabah.

Sabah mempunyai kerajaan sendiri selama lebih kurang 15 hari dan kemudiannya bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA pada 16 September 1963.

Namun, pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.

Tahun ini, genap 47 tahun Sabah merdeka daripada British, manakala Tanah Melayu yang lebih awal mendapat kemerdekaan menyambut ulang tahun yang ke ke-53.

Jangan salah faham ya, kalau dengar lagu Sudirman ‘Tanggal 31’ tu ia bukanlah kemerdekaan Malaysia kerana pada 31 Ogos 1957, Malaysia belumpun ditubuhkan. Tahun 1957 tu tahun kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya).

12 Responses to Sabah, Selamat Hari Kemerdekaan ke-47

  1. SQuinitn says:

    pada hakikatnya… Philipina dan Indonesia menentang kemasukan Sabah atau North Borneo membentuk Malaysia bukan kerana Filipina dan Indonesia mahukan Sabah tetapi sebenar benarnya kedua dua negara ini mahu Sabah Merdeka sendiri tanpa bergabung dengan negara yang 1000 km jauhnya… tetapi tafsiran pada ketika itu salah….jadi Sabah akhirnya Negara yang termiskin di rantau ini…

  2. ladymariah says:

    pada ketika itu Indonesia sudah bersungguh2 untuk mengambil Sabah. membentuk Malaysia adalah pilihan terbaik tetapi tragedi DOUBLE 6 adalah kemalangan yg tidak disangka…

  3. maz says:

    apa pun tidak perlu kita mempertikaikan penyertaan Sabah dalam pembentukan Sabah.yang penting sekarang kita minta pada kerajaan pusat tentang hak kita dan fikir bagaimana hendak menjadikan Sabah maju dan progresif dengan cepat dan pantas.kita mesti buktikan bahawa orang Sabah juga boleh berjaya dan maju ke depan seiring dengan di Semenanjung.yang penting terus berusaha dapatkan hak kita dalam Persekutuan Malaysia.

  4. ladymariah says:

    penyertaan Sabah dalam pembentukan Sabah?

  5. rastom says:

    Bagus tulisan ini dan wajar diperingatkan kebesaran 16 Sept untuk Malaysia, bukan 31 Ogos!

  6. ladymariah says:

    Tuan Rastom, mungkin kalau penggabungan Malaysia tak ditangguh, mungkin tiada sebarang kekeliruan kerana tarikhnya sama cuma tahun sahaja yg berbeda.

    Sayangnya, sampai ke hari ini kita ingat 31 Ogos 1957 itu adalah hari kemerdekaan Malaysia sedangkan pada tahun itu negara Malaysia belum wujud lagi…

  7. userid says:

    1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

    2. BAHASA :
    1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
    2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
    3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.
    3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

    4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

    5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

    6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

    7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

    8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

    9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

    10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
    1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
    2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
    3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
    11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

    12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

    13. KERAJAAN NEGERI :
    1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
    2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.
    14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

    15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

    16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

    17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

    18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

    19. NAMA NEGERI : Sabah.

    20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

  8. Akubah says:

    saya sedang berusaha untuk mencari fakta yang sebenar dan sahih tentang kemerdekaan Sabah. Isu sering timbul apabila 31 Ogos dan disambut hari merdeka dan 16 september pula disambut dgn hari malaysia.

    masih lagi konfius tarikh sebenar sabah merdeka. klu penyertaan sabah ke penubuhan sabah tidak lain 16 september…hrp ada maklum bls

  9. ladymariah says:

    Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 (manakala Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Tahun yang berlainan)

    Ketika Sabah, Tanah Melayu dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963, ketiga-tiga wilayah ini sudahpun merdeka.

  10. zorro.fightinglegend says:

    Macamana kalau sekali lagi kita Merdeka.
    kali ni keluar dari Malaysia.
    imagine… singing Sabah Tanah Air Ku sewaktu Sabah Menentang Malaysia dalam perlawanan Bolasepak PIALA Suzuki kita sebagai wakil sebuah Negara.
    imagine… Perdana Menteri Negara Sabah Hadir di PBB membuat perutusan menyokong Keamanan Sejagat dtg sebagai sebuah Negara.
    imagine… Pelaburan Syarikat Besar dari Eropah mcm NOKIA datang Buat kilang di Sabah atau Syarikat dari KOREA LG dtg Sabah bagi peluang bepuluh ribu Anak Muda Sabah dpt kerja.
    imagine… Sabah ada Produk Global Sendiri Contoh kita beli syarikat Automotif General Motor atau Ford (macam proton beli Lotus) kita buat kilang Kereta di Sabah, dptlah usahawan VENDOR supply Tayar,Skru,Cat,Beg Udara, Cermin dan bermacam lagi industri hiliran yg menjana ekonomi para pengusaha dari SABAH. Sykt Vendor yg bepuluh-puluh ni pula bagi Kerja kepada Anak-anak Tempatan Sabahn inda payahlah diorang pigi KL Singapore cari kerja.
    imagine… PERDANA MENTERI NEGARA SABAH seorang yg Cukup Adil, Amanah dgn kerja dan Tangjwb terhadap Negara.Tida Rasuah dan Hipokrit.(mempunyai Darah kacukan 9 atau 10 Bangsa Suku Kaum Asal Bumiputera Sabah)inda mustahil Saya pun Kacukan 5 Bangsa Bumi Sabah, Anak Saya campur Ibu(3 Bangsa Kacukan) dia suda jadi 8 Bangsa Kacukan jadi kurang lah Politk EKSTRIM PECAH DAN PERINTAH ala BARISAN NASIONAL ada UMNO(melayu)MCA(Cina)MIC(India)PBB(Dayak)UPKO(KADAZAN DUSUN MURUT)lepas tu ada Ketuanan Melayu Pula macam dia sajalah yg PANDAI.
    dan akhir sekali imagine… Kita ada ANGKATAN TENTERA REPABLIK SABAH mempertahankan Tanah Air kita dari diceroboh oleh PTI dan BANSA SULU ROYAL ARMY.
    IMAGINE kalau boleh Fikirkan sedalam dan se bebasnya tanpa ada(INFERIORITY COMPLEX) gelaran yg kita terima dari Orang Semenanjung dari dulu sampai sekarang (TIDA YAKIN DIRI SENDIRI=TAKUT MERDEKA)KALAU MERDEKA NANTI SUSAH.
    Adakah ANDA INFERIORITY COMPLEX atau Seorang NASIOANLIS SABAHAN atau PATRIOTIK SABAHAN atau just a Bunch of STUPID LOSER gelaran Pekerja KILANG SABAHAN di SINGAPORE.
    Kalau ANDA Betul Orang SABAH ORI kenapa Takut Merdaka??????????
    SAYA TIDA. SAYA KESIAN TINGU ANAK SAYA KENA HINA CIKGU SEMENAJUNG “Cikgu tu cakap BANGGANGG” nanti dia besar KERJA MACAM SAYA BOS ORG SEMENANJUNG CAKAP DIA CAKAP BANGGANG JUGA CUCU SAYA PUN BEGITU sampai bila??? SMPAI KITA SANGGUP MERDEKA.

  11. zorro.fightinglegend says:

    Lagi saya cukup sedih mengenang Bapa Saya yg Sudah Meninggal 3 Tahun dulu, dia harap saya dapat hidup senang makan gaji dgn FEDERAL GOVERMENT tapi hutang yg saya dapat minyak naik gula naik makanan mahal saya sedih tida dapat membalas jasa bapa saya, bila saya tingu orang tua tidak kira apa bangsa saya sedih menitis air mata teringat bapa saya, susah dari zaman british sampai dalam Malaysia pun jalan raya kampung di Bolotikon Papar masih Gavel 47 tahun masih gravel PARTI YB sudah tukar tapi jalan raya tatap sama.sewaktu saya kursus di KL saya cakap sabah SLANG KK orang KL cakap macam INDON(indonesia)saya cakap Kadazan diorang Hairan amende enko cakap tu dia bilang, Saya cakap Dusun Ranau sama saya punya kawan sama sama kerja di Marah diorang bilang jangan cuba buat Komplot di sini(KL) kalau cakap cakap Bahasa Melayu tapi bila saya cakap Melayu Slang Brunai Bongawan diorang lagi ejek. Ibarat susah betulah mau jadi diri kita sendiri yg sebenarnya misti ikut slang diorang baru kana layan, itu saya belum cerita lagi Grup bos saya orang kelantan, Ringkasnya saya tida sabar lah kita semua dalam Blog ni ka atau di mana mana di Sabah Bersatu Untuk Merdeka apa guna 47-48-49-50 tahun merdeka dalam Malaysia tapi cakap Bahasa Ibunda kita di kutu di hina, beginikah 1 Malaysia ada pilih kasih.

  12. tanakwagu sabah says:

    memang susah mahu mjdi diri org lain bah saudara…sabah,semanjung memang tida ble bergabung,…jdi utk apa lagi kita undi parti melayu(umno/bn)…tidak guna jg…coz y dpt nama pn yb2 y tamak sahja..ada baiknya kita sokong anak tempatan(dr jeffrey kitingan)beliau ikhlas utk mpjuangkan perkara 20 sabah,kuala lumpur takut dgn beliau,beliau berani….utuk apa g kita sokong yb penakut y nada skg ini,yb skg ni lbih suka di arah n di pijak2 tnpa maruah….mudah tunduk kepada ketuanan melayu…di sabah tidak ada istilah krtuanan melayu,dr jffrey prnah berkata supaya tidak tkut utk berjuang hak2 kita sabahan…kerana kita bukanlah merampas hak spa2..kita cuma mahukan hak kita n perkara y betul…jadi tompinai..perubahan di tgn kita,keputusan di tgn kita sndiri,adakah kita mahu terus2 berada dlm kawalan semanjung(ketuanan melayu)…fikir2 kan saudara bgaimana anak cucu kita n tanpa harta sndiri,,jgn biarkan anak sabah merempat di tanah sndiri,,,perjuangkan prtkara 20,sokonglah dr jeffrey kitingan…kita pasti akan menikmati perubahanya nanti,kita anak sabah jgn dgr suara2 sumbang dri smanjung kerana mereka tidak knal kita n kita tidak kenal meraka,perubahan itu di tgn kita sndiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: