Kesedihan di Tembok Besar

Berkunjung ke negara China tidak akan lengkap tanpa menjejakkan kaki ke Tembok Besar yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandaraya Beijing.

Perasaan girang di dalam hati apabila rancangan ke sana menjadi kenyataan hari ini. Aku memulakan perjalanan bersama tour guide yang telah ditempah khas. Hmmm… perasaan gembira bertukar ragu-ragu apabila melihat keadaan jalan yang sangat sesak.

Rupanya, travel ke Tembok Besar pada awal bulan Oktober adalah pilihan yang kurang bijak.

Pada bulan bermusim luruh ini, penduduk negara Cina ini meraikan hari kebangsaan mereka di mana penduduk negara ini akan bercuti selama 10 hari. Maka, ramailah orang dari serata pelusuk negara dan pelancong-pelancong asing yang akan ke tempat-tempat menarik di sekitar negara ini, termasuk Tembok Besar.

Aku hampir hilang sabar apabila keadaan bertambah gelap dan bas kami belumpun menghampiri pintu masuk Tembok Besar. AKU TURUN DARI BAS BERSAMA ROMBONGAN LAIN dan berlari ke Tembok Besar, mengikut dan belajar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pelancong yang sama-sama tersekat di kesesakan jalan yang teruk (lebih teruk daripada macet di Jakarta!). According to the radio, terdapat lebih daripada 5 juta orang mengunjungi Tembok Besar pada hari ini. Fuh! Gila ooo…

Sesampai di pintu tiket, hari sudah gelap dan aku cuma melihat lampu-lampu tembok di sekitar bukit, menyebabkan aku sangat kecewa kerana tidak dapat melihat tembok buatan manusia terbesar di dunia dengan jelas.

Aku naik ke starting point, dan mengambil gambar setakat yang mampu. Lampu tembok pun, lampu tembok la labu…. Hahahaha. Kesedihan harus diubati dengan senyuman.

So, kalau ada antara pembaca blog ini yang merancang ke Tembok Besar, tolong jangan datang ke China time Tahun Baru Cina ataupun Hari Kebangsaan kerana kesesakan lalulintas di sini adalah yang paling teruk. Rugi kalau spend masa di tengah jalanraya sehari suntuk tanpa melawat tempat-tempat bersejarah yang kita baca dari majalah dan tengok di TV.

Baru-baru ini (sekitar Ogos 2010), China mencipta rekod dunia terbaru apabila jalan ke Tibet yang memakan 4 jam telah mencecah 11 hari kerana kerosakan dan pembinaan di tengah jalan. Bayangkanlah kalau kita stuck di jalanraya selama 11 hari. Ada tahan ka Boss? Hahahaha. Makan pun tidak tau mau pigi mana. Kalau mau buang air besar pula macamana? Hahahaha. SUKAR UNTUK DIBAYANGKAN!

Walau bagaimanapun, aku sepatutnya bersyukur kerana telah memijak warisan dunia yang sangat berharga ini…

2 Responses to Kesedihan di Tembok Besar

  1. […] tahun lepas aku pigi Beijing China, tahun ni aku pigi tempat yang setakat termampu sahaja la. That’s why aku pilih Thailand […]

  2. Farid says:

    ah.. rindu suda dengan great wall..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: