Summer Palace

Kisah sejarah negara China tidak lengkap tanpa mengetahui jalan cerita disebalik kewujudan Summer Palace, salah satu kediaman diraja yang popular dan terbesar di dunia.

Istana musim panas ini dibina pada 1750 untuk kediaman Maharani Dowager Ci Xi dan gundik-gundik anakandanya, Maharaja Tongzhi ketika musim panas.

Maharani Dowager dikatakan seorang yang kuku besi dan hampir mengawal pemerintahan anaknya, sehinggalah setiap kali membuat keputusan dia akan sentiasa berada di belakang Maharaja untuk memastikan dia dapat mengawal segala perjalanan istana.

Pada ketika itu, seorang perempuan tidak boleh menjadi raja untuk negara China, maka Maharani ini mengawal negara melalui anakandanya. Ada orang cakap, setiap kali Maharaja membuat sesuatu keputusan yang tidak dipersetujui oleh Maharani ini, dia akan berdehem menandakan si Maharani kuku besi itu mahukan anakandanya menukar keputusan.

Maharani Dowager Ci Xi telah mengubahsuai dan mencantikkan Summer Palace berhabis-habisan sehinggalah ketika serangan kerajaan Manchu berlaku, mereka tidak dapat membeli senjata yang banyak kerana wang banyak dihabiskan untuk istana musim panas tersebut.

Hmmm… menarik juga dapat melihat sendiri bukti-bukti kewujudan sejaran yang kita baca dalam buku teks Sejarah Peradaban Dunia. Kan?

Summer Palace berkeluasan 2.9 kilometer persegi, di mana tiga suku daripadanya adalah tasik yang dipanggil Kunming Lake.

Aku ada ambil beberapa gambar di dalam Summer Palace, termasuk bunga ‘Tu Tan Hua’ yang digunakan untuk mandi oleh Maharani dan gundik-gundik Maharaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: