Jurawat hilang, dibunuh! – KK tidak lagi selamat?

Pembunuhan jururawat, Annie John Dismas mengingatkan kembali kejadian yang menimpa pelajar UMS tidak berapa lama dulu.

Tidak kira umur muda remaja ataupun usia agak lanjut, pasti kita akan terdedah dengan risiko diculik, dirogol mahupun dibunuh.

Aduh, kejadian bunuh yang berlaku kali ini merupakan peringatan ‘TAHAP MAKSIMUM’ kepada kita agar lebih berwaspada. Meremang bulu roma aku tiap kali baca dan follow up story ni.

Sebelum mengenalpasti mayat, kaum keluarga mendiang langsung tidak percaya (ataupun tidak mahu untuk percaya bahawa dia (mangsa) telah dibunuh dan kemudian dibuang ke dalam parit dengan keadaan separuh bogel… Dasyat betul keadaan mangsa. Kesian ooo….

– Photos by Elton Gomes

Kemarin (12 Oktober), mayat Annie yang bekerja di salah sebuah hospital di daerah Kudat telah dijumpai di sebatang parit sepanjang Lorong Ujana di Taman Kingfisher.

Aku tidak berada di tempat kejadian kerana kebetulan aku OFFDAY. Pada sebelah petang baru dapat tahu berita mengejut tersebut. So, hari ni baru aku buat follow up. Aku sendiri mau tahu tahap keselamatan bandar ini. MENGERIKAN, OK!

Menurut cerita rakan sekerja aku (Elton Gomes) yang memang handle story ni, kaum keluarga yang mendapat tahu akan penemuan mayat telah bergegas ke tempat kejadian dan mencuba untuk menyeberang kawasan polis untuk mengenalpasti mayat. Namun, keadaan tegang dan penuh emosi telah mamaksa polis untuk menahan mereka daripada melintasi kawasan kejadian.

Namum, selepas mengenalpasti mayat, suasana bertambah sayu mendengar tangisan ibu bapa, abang dan saudara terdekatnya yang berada di situ.

Alangkah sakit hati, sedih bercampur marah apabila mengetahui adik-beradik kita ditimpa malang seperti ini. Aduh… tengok gambar pun aku sudah dapat rasakan kesedihan yang diorang rasa time tu.

Menurut  State Deputy Commissioner of Police SAC Tan Kok Liang yang berada di tempat kejadian, polis mendapat laporan daripada orang awam sekitar 10 pagi bahawa terdapat bau yang tidak menyenangkan. Mereka menjumpai mayat yang berlumuran darah dan kemudiannya menghubungi polis.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan objek tajam di kepalanya dan mayat dibuang ke parit.

Post-mortem akan dibuat untuk mengenalpasti sama ada dia telah dirogol sebelum dibunuh atau bagaimana. Pihak polis juga ingin menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lokasi yang sama ataupun di tempat lain.

Kini, mayat tersebut berada di Hospital Queen Elizabeth untuk post-mortem dan kes akan disiasat di bawah Section 302 of the Penal Code- membunuh.

Tunang mangsa, kini sedang direman untuk membantu siasatan lanjut. Menurut sumber, mereka sudah bertunang selama 22 tahun dan merancang untuk kahwin dalam tahun depan. Tidak tahu pula kenapa tunang dia tu kena reman. Siap lantik 2 lawyer lagi. Hmmm… kita ikuti kisah selanjutnya k…

Annie telah dilaporkan hilang oleh ayahnya di Balai Polis Daerah Penampang pada 9 Oktober setelah dia gagal pulang ke rumah abangnya, dan polis telah menemui kereta mangsa di Dewan Komuniti Kota Kinabalu pada keesokan harinya, 10 Oktober.

Mangsa dipercayai berada di KK untuk menghadiri kursus selama dua minggu di Open University, Lintas dan sekaligus menjalankan praktikal di Hospital Likas.

So, sekarang ni jangan berani-berani parking di tempat yang orang awam tidak nampak. Kita bukan tahu hati budi orang lain. Manalah tahu, malang tidak berbau… Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Jaga diri baik-baik aaaa…

Kepada kaum keluarga Annie yang membaca entri ini, saya ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi semua ini. Aku pernah merasa kehilangan begini (kaum keluarga dibunuh), tapi tidak perlulah diimbas kembali kerana ia amat menyakitkan.

Semoga roh Annie bersemadi dengan aman…

16 Responses to Jurawat hilang, dibunuh! – KK tidak lagi selamat?

  1. aamory says:

    Hey its u ladymariah…last time kita sama2 d forum sumandak.com. Finally jumpa jga blog ko.

    Sa rasa pelik kenapa tunang mangsa ni direman. Takut sa mo buat spekulasi..tapi nnt sa mo tahu juga apa kesudahan kes ni….keep us update la kio..

  2. ladymariah says:

    hi, babe. best juga dpt jumpa tru blog kan?

    actually kami pun nda mau buat spekulasi buat masa ni sebab belum ada confirmation dr polis.

    baru jak ada perkembangan kes ni sekitar jam 3pm tadi. will update tomorrow after story kena publish di paper.

  3. nani says:

    Happy dapat tau kau ada blog mariah.
    Rasa tidak mau tau lbh lanjut pasal kes bunuh itu tp kali ini aku betul2 mau respon bila kes mcm ni berulang lg dan nmpk sgt silap masyarakat di mana.nda dpt digambarkan perasaan aku setelah membaca dgn detail kes ini d blog mu. Thanks sister!

    Sekarang makin aku ngeri mau jalan tanpa teman wpun aku jarang buat bgtu. Sejak kes budak ums hari tu aku takut menambang suda kalau pg kk wpun dgn org yg dikenali.

    Alhamdulillah ya Allah.

  4. aamory says:

    Ok sure.

    I hope itu bukan body dia.Sa nda sabar tunggu keputusan post mortem dia ni.

  5. […] Mayat wanita yang dibuang di sebuah parit di Lorong Ujana Taman Kingfisher pada hari Sabtu lepas telah disahkan milik jururawat yang berasal dari Kudat, Annie John Dismas. […]

  6. HGP says:

    hi again~ I reserve my comment on this case. Would be much eager to wait the results of the police & chemist report first.

  7. YNWA says:

    I bet the killer was her fiancee….. the motives was jealousy. Her car parked in KK, but her body ended up in Kingfisher. No way she’s being abducted in KK without anyone seeing it. She must have traveled with someone she knew…. Robbery is unlikely as her purse and jewellery were found with her/in her car. Stranger is not always the killer in murder case, many times the killer was someone the victim knew.

  8. azizah bt hj sarie says:

    Takziah kepada ahli keluarga mendiang,kita di kuching Sarawak turut sedih mendengar cerita ngeri ini.Memang betul betul dunia kita semakin tidak selamat,apa yg perlu kita lakukan ialah sentiasa berhati2.Saya sedih ,sayu dan takut bila dengar cerita begini,apatah lagi bila mendapat tahu beliau rakan sejawatan saya.Dan marilah kita sama sama berdoa semoga pembunuh itu di tangkap dan terus di hukum.

  9. sabahman says:

    adakah ini kerja warga asing??

  10. xlrose says:

    Hi people,

    A condolence to d victim’s famly n may d deceased Rest in Peace.

  11. maz says:

    bukanlah kita hendak menjadi sombong atau suka buruk sangka,tetapi zaman sekarang banyak perkara yang tidak pernah terpikir oleh kita boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.oleh itu memang wajar untuk kita sentiasa berhati-hati dengan orang yang kita tidak kenal atau baru kenal.kadangkala sikap curuga boleh menyelamatkan nyawa kita..

  12. […] The busiest day of the year was October 14th with 979 views. The most popular post that day was Jurawat hilang, dibunuh! – KK tidak lagi selamat?. […]

  13. ladymariah says:

    i heard, the case is closed :_(

  14. […] pembunuhnya sampai ke hari ini. Adakah kematian Joni kali ini akan sama juga seperti kes jururawat, Annie John Dismas tahun […]

  15. shinny says:

    apa kesudahan kes ni ya?mcm hlg mcm tu ja….

  16. kimi says:

    kerja UMNO juga ni. Kasih IC projek sama PATI. Sabah ibarat telur hujung tanduk sudah. Bila-bila masa ja jatuh pecah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: