Pembunuhan Annie- KERANA CEMBURU?

Mayat wanita yang dibuang di sebuah parit di Lorong Ujana Taman Kingfisher pada hari Sabtu lepas telah disahkan milik jururawat yang bekerja di hospital di Kudat, Annie John Dismas.

Pengecaman mayat telah dibuat oleh kaum keluarga dan mereka menyerahkan kes tersebut kepada polis untuk siasatan lanjut.

Kemarin, polis telah menjumpai baju uniform mendiang di kawasan semak di Tuaran Bypass, kira-kira 1 kilometer dari lampu trafik Kolombong- seorang pemandu lori telah menjumpai baju tersebut dan segera melaporkan kepada polis.

Dalam perkembangan yang sama, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa CEMBURU adalah punca pembunuhan tersebut kerana siasatan awal mendapati tidak ada kecederaan lain di badan mangsa, hanya pada dahi hadapan sahaja.

Menurut sumber, tunang Annie yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di utara Sabah kini berada dalam tahanan reman untuk membantu siasatan.

Peguamnya, Ram Singh mengesahkan penahanan tersebut.

Nampaknya skoop kes ini semakin kecil dan kita dapat melihat bahawa kemungkinan kes ini adalah bersifat peribadi. Cuma, kita tidak tahu siapa yang melakukannya kerana siasatan masih di peringkat awal, kan?

Walau siapapun yang melakukan perbuatan kejam ini, kita harus lebih berhati-hati dan jangan dedahkian diri dengan orang yang kuat cemburu membabi buta. Apatah lagi kalau suka mendera.

Tidak boleh buat spekulasi kerana tunang Annie tu sebenarnya anak buah salah seorang kawan aku juga. So, kita kena tunggu siasatan selanjutnya.

Tapi kalau ada antara kita yang mempunyai risiko berhubungan dengan orang yang panas baran yang mungkin akan menjejaskan nyawa sendiri, baik jauhkan diri secepat mungkin. Janganlah sampai ada kes bunuh lagi…

3 Responses to Pembunuhan Annie- KERANA CEMBURU?

  1. aamory says:

    Hi..

    Sedih sa dengar yang mayat tu adalah milik mangsa. Apa2 pun kita doa so that pembunuh sebenar dijumpai.

    Sa harap bkn la tunang dia yg bunuh.

  2. spongedude says:

    semoga pembunuhnya di jumpai dgn segera dan dihukum seadilnya

  3. waiwai says:

    nyawa harus di bayar dengan nyawa,hukum c pesalah untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat yg berani mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: