Annie- bersemadi di kampung halaman…

Annie, seorang jururawat yang bekerja di Hospital Kudat, mangsa pembunuhan yang sangat kejam telah selamat dikebumikan di kampung halamannya, Kampung Bundu Kuala Penyu kemarin.

Mendiang yang menuntut di Open University secara part time dan sepatutnya menjalankan praktikal selama dua minggu di Hospital Likas telah pergi buat selama-lamanya.

Cita-cita beliau untuk mendapatkan degree dalam kejururawatan bersemadi bersama jasadnya setelah mayat separuh bogel milik insan yang sangat disenangi dikalangan rakan-rakannya ini telah di jumpai di sebatang parit di Lorong Ujana Taman Kingfisher pada 12 Oktober setelah dilaporkan hilang pada Okotober 9 lepas.

Pemergiannya mengingatkan kita kepada kes yang hampir sama menimpa seorang pelajar UMS berapa tahun lepas, dan mendapat liputan dari akhbar tempatan dan nasional. Sama-samalah kita berdoa agar negeri kita ini akan bertambah aman dan dijauhkan daripada kejadian jahat seperti ini.

Setakat ini, pembunuh Annie belum dijumpai dan tunangnya yang dipercayai berada dalam tahanan polis akan membantu siasatan…

Semoga Annie bersemadi dengan aman dan kita berdoa agar keluarganya akan diberikan ketenangan untuk menghadapi detik-detik hitam ini.

One Response to Annie- bersemadi di kampung halaman…

  1. Ridley says:

    Semga bsemadi dgan aman,y hdup pasti mati dan akan bngkit kembali melalui roh kudus.kita doakn roh beliau brada dlm kalangan mereka y d rahmati Allah..kita doakn pembalasan dunia dan akhirat untuk pembunuh 2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: