Warisan Merdeka, RM5 juta?

Ketika pengumuman bajet 2011 oleh PM baru-baru ini, ramai pekerja awam yang merasa kecewa kerana tidak dapat kenaikan gaji (walaupun sedikit) sedangkan barang-barang keperluan asas semakin mahal.

Tambah mengejutkan lagi apabila Najib umumkan pembinaan menara 100 tingkat dinamakan Warisan Medeka. Hmmm, ke sinikah wang-wang kita akan mengalir? Rugi betul bayar cukai sebab pemimpin kita guna untuk benda lain. Kalau untuk buat jalanraya atau pasang elektrik di kawasan pedalaman ok la jugak…

Menurut Najib cadangan pembinaan menara 100 tingkat oleh Permodalan Nasional Bhd PNB bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju. Mercu tanda? KLCC tidak cukup lagi? Jana ekonomi pakai bangunan? How? Punya la banyak lagi kampung-kampung di Sabah dan Sarawak belum ada bekalan air dan elektrik.

Paling mengecewakan pemimpin ni umum macam Sabah dan Sarawak dia dah bagi kesenangan sedangkan semua projek besar hanya menguntukkan pihak tertentu sahaja.

Setakat ini, daerah Pitas (daerah termiskin di negeri ini) belum mendapat keperluan asas secara keseluruhan. Apatah lagi di Pensiangan. Aku percaya, bangunan 100 tingkat ini akan siap dulu dan belum tentu kampung-kampung di Sabah dan Sarawak akan dapat bekalan elektrik, air dan jalanraya seperti yang dijanjikan.

Mau cakap pun susah juga kan? Siapalah kita ini untuk bercakap dengan PM. Paling-paling pun ajar pakai undi saja la next election nanti. Harap-harap tidak kabur la mata dapat kertas-kertas berbau bank. Hmmm…

12 Responses to Warisan Merdeka, RM5 juta?

  1. me says:

    5 juta ok lah…5 Billion tu

  2. Sam says:

    Saya setuju dengan pandangan saudari, siapalah kita ini nak tegur PM, tapi harus diingat bahawa kuasa penentu adalah di tangan rakyat bukan ditangan PM, namun RM adalah pil paling mujarab untuk megabui mata pengundi, pil ini telah digunakan sekian lama oleh BN, harap-harap dengan kesengsaraan yang kita alami hari ini pil-pil RM ini tidak lagi menjadi mujarab bila dipergunakan kepada pengundi dan pada PRU 13 nanti rakyat mengambil keputusan untuk memilih PR

    • PCM says:

      pun begitu, rakyat pedalaman masih membuang undi utk umno/BN. masalah utama sekarang ini adalah bagaimana utk menyedarkan rakyat pedalaman utk “menerima” rasuah politik tetapi membuang undi tempat lain. semacam sudah jadi trend setiap kali pilihan raya undi rakyat pedalaman boleh dibeli dgn harga serendah RM100 sebelum diskaun 50%. ditambah dgn janji kosong yg sudah mati 20kali (4 kali pilihan raya umum)….

  3. gabanx says:

    Hi myladymariah.. Jwpan gue bdasarkan perenggan2 u k..πŸ™‚

    1) Sebaik2nya ubah gaya hidup & bjimatlah. Bg naik gaji mcmanapun klu gaya hidup xberubah sama jg bohong dia maka hnya mnyumbang kpd inflasi (hukum inflasi).

    2) Jgn buat fitnah cik adik. Warisan Merdeka dibiayai sepenuhnya oleh PNB, bknnya kerajaan. Kadang2 org2 yg kuat komplen ni belum tentu lg mmbyr cukai :p tepuk dada tnya selera ya ladyπŸ™‚

    3) Soalan lady psl ‘jana ekonomi pakai bangunan’ sgt2 menjengkelkan hati la. Bab ini saya tinggalkan untuk lady fikir btl2 dr sudut pandangan ekonomi k.. Jgn buat malu sabah bah.. Sbagai blogger, lady perlulah mmbuat kajian tlebih dahulu & bukannya terus2 mluahkan perasaan xpuas hati tu scara bias. Haiyaaa amoi, lu ah.. Manyak kelentong woo!

    4) Kata2 lady ini mesti hanya main kopipes ni.. Jgn mcm tu lady, buat research k.. Mmuahh!

    5) Itu pitas kg ko ka lady? Jgn hanya salahkan kerajaan semata2 klu berhubung kemudahan asas ini. Sebagai pembangkang, lady & co perlulah menjadi golongan pendesak yg efektif utk kesenangan semua. Jgn hanya tau komplen2 tp tiada action..πŸ™‚

    6) Hmmm, cerita psl next pru lg.. Mau undi pembangkang??! Jgn jadikan sabah ini mcm negeri2 yg baru dkuasai pmbangkang spt selangor, penang & kedah dmana pentadbiran kerajaan negerinya bgitu kucar kacir. Hak2 rakyat negeri dbakulsampahkan.. Cukup2 la tu ladymariahku..

    P/s: saya tau jauh disudut hati ladymariah sndri pun yakin yg pembangkang ini tiada hala tuju & kucar kacir selain beranggapan bhw anwar tu mmg kaki auta!πŸ˜‰

    • PCM says:

      gabanx

      Sblm saya teruskan, saya ingatkn yg saya tidak menyokong mana2 parti setakat ini. kedua, saya sangsi la u ni asal mana.? betul ka u org SABAH.? adakah u ni rabun siang? atau sudah senang dgn hujan kekayaan dari umno/BN. Rasanya begtula ba tu kan.?

      Point 1.
      saya nk tanya u, dari 3 dekad lalu berapa kali harga barang naik, dan berapa pula peratus kenaikan gaji pekerja awam/swasta? adakah seimbang dgn semua kenaikan harga barang? Isu berjimat yg u cakap tu, u ingat semua pekerja awam/swasta) adalah pemboros? Mcm mana pula bagi pekerja yg berkeluarga besar? perlu ikat perut anak bini utk berjimat? sangup u dgr tangisan anak2 yg mengadu kelaparan?

      Point 2
      U pasti yg kerajaan tidak terlibat langsung dlm projek bangunan 100tingkat? adakah anda pasti yg kerajaan tidak terheret utk “topup” PNB jika berlaku krisis ekonomi dlm tempoh pemajuan bangunan tersebut.? pasal membayar cukai pula, cukai boleh jadi dalam bentuk lansung dn tidak langsung. u ingat cukai hanya dipungut dari pekerja yg bergaji melebihi rm2k.? commonla.. u beli petrol ron97 pun u dah kira bayar cukai. u beli sebiji kereta baru buatan negara/luar negara pun u da bayar cukai. u tak tahu yg semua bentuk pungutan cukai akhirnya dibebenkan kepada rakyat? subsidi? hanya pada sebahagian.

      Point 3

      Jana ekonomi pakai bangunan? saya setuju boleh. tapi cuba u jalan pusing2 kk, jgn dulu sebut daerah lain. u tengok berapa banyak bangunan komersial yg masih kosong (sebiji dua ja yg beroperasi). jika ia tidak dibeli/disewa dlm tempoh 5 ke 10 thn berturut turut, tak ka merugikan namanya tu. belum kira lg projek “gajah putih”. commonla kawan, org tak perlu title prof/Dr utk melihat pembaziran. tak perlu jg menjalankan penyelidikan selama bertahun tahun lamanya. and, PLEASE LA, nda perlula sebuah lg mercu tanda. Malaysia masih boleh dilihat perpendapatan tinggi walaupun tanpa mercu tanda yg baru. caranya, tumpukan pembangunan di luar bandar dan kawasan pedalaman yg sudah cukup lama terasing dari pembangunan.

      Point 4

      Kopipes tak kopipes. apa kaitanya? kelakar u ni.

      Point 5

      Saya berasal dari pitas, jadi apa? kalau bukan kerajaan yg nk dipersalahkan siapa pula.? takkn nak salahkan diri sendiri. ataupun nak salahkan nenek moyang yg sudah jadi fossil dlm tanah…. saya nk tanya u, bagaimana utk menjadi pembangkang/pendesak yg efektif? adakah surat menyurat (permohonan dan aduan) yg tulisannya sudah kabur dan kertasnya sudah layak disimpan d muzium tamadun masih belum mamadai utk diiktiraf sebagai efektif dan mendesak? permohonan tahah yg sudah berpuluh tahun lamanya masi dalam “proses” dan akhirnya jatuh ke tangan syarikat2 gergasi kelapa sawit dr semenanjung dlm tempoh urusan sekelip mata. commonla…..

      Point 6

      jadi mcm mana dgn hak2 rakyat Sabah yg diperintah secara jarak jauh oleh kerajaan pusat.? apa komen/ulasan u pasal laporan bank dunia baru2 ni.? rasanya u mesti sesuara dgn Raymond Tan dan pengerusi EPU Negeri. membuat satu penafian yg “BODOH SOMBONG”. U boleh turun makan angin sekitar Kota Marudu-Pitas-Kanibongan-Paitan-Beluran… silakan….. lihat apa yg ada di sana? adakah nanti u nampak kekayaan. tidak. “KEMISKINAN”!!!!!

      p/s: rasanya u ni compom penyokong kuat umno/BN kan…. tak perlula mengutuk sampai begitu. Anwar tu bukan ada buat jahat sama kau. kau bilang dia mkn kaki unta pula. tu la, banyak sgt baca berita harian/utusan dan nonton TV1/TV2/TV3/TV7/TV9/ASTRO.

  4. gabanx says:

    1) Sebaik2nya ubah gaya hidup & bjimatlah. Bg naik gaji mcmanapun klu gaya hidup xberubah sama jg bohong dia maka hnya mnyumbang kpd inflasi (hukum inflasi).

    2) Jgn buat fitnah cik adik. Warisan Merdeka dibiayai sepenuhnya oleh PNB, bknnya kerajaan. Kadang2 org2 yg kuat komplen ni belum tentu lg mmbyr cukai :p tepuk dada tnya selera ya ladyπŸ™‚

    3) Soalan lady psl ‘jana ekonomi pakai bangunan’ sgt2 menjengkelkan hati la. Bab ini saya tinggalkan untuk lady fikir btl2 dr sudut pandangan ekonomi k.. Jgn buat malu sabah bah.. Sbagai blogger, lady perlulah mmbuat kajian tlebih dahulu & bukannya terus2 mluahkan perasaan xpuas hati tu scara bias. Haiyaaa amoi, lu ah.. Manyak kelentong woo!

    4) Kata2 lady ini mesti hanya main kopipes ni.. Jgn mcm tu lady, buat research k.. Mmuahh!

    5) Itu pitas kg ko ka lady? Jgn hanya salahkan kerajaan semata2 klu berhubung kemudahan asas ini. Sebagai pembangkang, lady & co perlulah menjadi golongan pendesak yg efektif utk kesenangan semua. Jgn hanya tau komplen2 tp tiada action..πŸ™‚

    6) Hmmm, cerita psl next pru lg.. Mau undi pembangkang??! Jgn jadikan sabah ini mcm negeri2 yg baru dkuasai pmbangkang spt selangor, penang & kedah dmana pentadbiran kerajaan negerinya bgitu kucar kacir. Hak2 rakyat negeri dbakulsampahkan.. Cukup2 la tu ladymariahku..

    P/s: saya tau jauh disudut hati ladymariah sndri pun yakin yg pembangkang ini tiada hala tuju & kucar kacir selain beranggapan bhw anwar tu mmg kaki auta!πŸ˜‰

  5. gabanx. typical malay mentality !! shows off unnecessarily even when you cant afford it !! utterly similar to the one instance which a malay space walker was sent to space just to record the number of times he went to toilet !! bloody moron !!

  6. ladymariah says:

    hi, gamanx, thanks for the reply. i really appreciate it. tapi sayangnya ko teda point utk buktikan menara 100 tu tidak membazir.

    akupun tidak tau la ko sendiri ada buat research atau saja2 mau tunjuk pandai dlm blog aku ni.

    walaupun aku ni bukanlah bijak sangat, tp at least aku tengok la perkembangan semasa.

    ko pernah terfikir ka projek yang membazir? atau buta2 sokong sebab ko rasa aku ni berpihak pembangkang?

    apa maksud ko ladymariah&co? ko rasa blog ni telampau hebat ka sampai ko terfikir aku ada team dlm blog ini? huhuhu.

    ko faham ka kenapa aku cakap menara ni membazir?

    kerana kos pembinaannya pasti akan melonjak!

    KAU TIDAK PERCAYA KAN? KAU SURUH AKU BUAT RESEARCH KAN?

    aduh bah… ko nda pernah dengar ka projek kerajaan sebelum ini? contoh: pembinaan hospital di shah alam, institut kanser di putrajaya dan istana negara baru yang menunjukkan peningkatan kos hampir dua kali ganda daripada kos asal?

    tak mustahil peningkatan kos pembinaan juga bakal berlaku terhadap warisan merdeka.

    Paling penting ko tengok adalah rundingan tender secara terus yang sering dilaksanakan kerajaan lagilah memburukkan keadaan.

    buatlah tender terbuka. baru ada persaingan sikit. kurang rasuah dan kurang penyelewengan.

    pasal negeri2 pembangkang yg ko ckp kucar kacir tu, nda payah mau jawap la sebab ko sendiri tengok laporan dari laporan tv dan surat khabar yg menyokong kerajaan kan? ko pernah tengok secara terperinci ka keadaan di sana?

    please la, nda payah cakap pakai nama samaran2 tu. i still can detect ur IP hahahaha.

  7. gabanmalang says:

    bukan presiden dan group chief executive PNB si tan sri hamad kama piah che othman tu besan najib ke?

    hahaha.

  8. maz says:

    bangunan warisan merdeka mempunyai banyak ruang pejabat dan kedai untuk disewa kepada pelabur dan peniaga tempatan mahupun luar negara dengan kadar sewa yang berpatutan tetapi hasil kutipan sewa berlipat kali ganda daripada kos pembinaannya..macam menara berkembar Petronas dibiayai sepenuhnya oleh Petronas.ruang pejabatnya disewa kepada pelabur dan peniaga tempatan dan luar..hasil sewanya selama bertahun-tahun lebih banyak daripada kos pembinaanya.saya tidak ada point untuk menyangkal hujah sesiapa,tetapi saya amat yakin bangunan itu nanti akan menjana lebih banyak ekonomi.yang patut ditanya ialah adakah ruang pejabat dan kedai pada bangunan tersebut diberi keutamaan untuk disewa kepada pelabur dan peniaga tempatan.lagipun bangunan tu untuk kemudahan para pelabur tempatan maupun luar negara.mereka nilah yang bakal membayar lebih banyak hasil cukai kepada kerajaan.lebih banyak pelabur membayar cukai kepada kerajaan,maka banyaklah cukai yang dikenakan kepada rakyat sebelum ini dimansuhkan.lagipun projek pembangunan kawasan luar bandar di sabah dan sarawak sedang giat dilaksanakan cuma ada projek pembangunan yang berjalan cepat atau lambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: