Datin Linda untuk Batu Sapi

Nampaknya, teka-teki siapakah yang akan menjadi calon pilihanraya kecil Batu sapi bagi parti PBS kini terjawab sudah.

Datin Linda Tsen Thau, balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong telah diumumkan sebagai calon BN untuk mencari ahli perlimen yang baru menggantikan Edmund, mangsa kemalangan jalanraya pada 9 Oktober lepas.

Strategi ini agak bijak. Siapa tidak terharu dan kesian melihat wajah yang penuh kesedihan ini.

Selama dua penggal bersama Edmund, dia mempunyai alasan yang kukuh untuk mempertahankan jawatan mendiang suaminya itu.Selama suaminya menjadi MP di Batu Sapi, Linda memang rajin menemani suaminya ketika berkempen dan masuk kampung.

Namun, sejauh mana komitmen yang dia boleh pikul sebagai seorang balu yang baru kehilangan suami? Dalam masa yang sama dia juga perlu memikirkan pendidikan 4 orang anaknya.

Mampukah dia melawan kredibiliti calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang pernah memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah, dan calon PKR Ansari Abdullah yang merupakan seorang peguam?

Adilkah jika undi yang berikan semata-mata atas dasar simpati?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: