Sultan Wannabe!

Si Sultan Akjan- Gambar dari Sabahkini.net

Baru-baru ini, seorang businessman yang bernama Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad telah mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Sultan Sulu’ di Kampung Likas, berdekatan dengan bandaraya Kota KInabalu.

Akjan yang pernah ditahan di bawah ISA merupakan ahli UMNO yang sangat aktif dan pernah mendapat banyak projek pembangunan daripada kerajaan. Tidak pasti pula kalau sekarang ni berapa banyak projek dia pegang.

Menurut founder UBF Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Akjan pernah disenaraikan sebagai pemegang IC palsu tetapi tidak pernah disiasat dan diambil tindakan. So, kalau benar dia ni memegang IC palsu, kenapa masih bergiat aktif dalam politik negara? Ish. Ish… Malaysia Boleh betul la.

Bila ditanya ‘boss-boss’ UMNO yang lain berkenaan hal ini, mereka buat-buat pekak dab buat-buat bodoh macam tidak kisah dan tidak ambil peduli pasal hal ini. Jangan pula sampai terlambat bertindak… Terlajak perahu boleh berundur..

Walhal, hak Akjan ini sebenarnya bukanlah baru dalam industri ‘sultan-sultan’ ni. Dari dulu lagi dia sudah banyak kali claim bahawa dia ni Sultan Sulu (salah sebuah negeri di Filipina), dan dalam masa yang sama juga memegang IC Malaysia. Sedangkan menurut perlembagaan negara ini, kita tidak boleh memegang 2 warganegara. Adakah kerana Akjan ni ahli aktif UMNO lalu dia berhak dapat pengecualian?

Banyak persoalah yang timbul di kalangan warga tempatan di Sabah. Kenapa dia tidak pulang sahaja ke Kepulauan Sulu di Filipina dan memerintah rakyatnya di sana? Kenapa masih berkeras untuk tinggal di Sabah? Bagaimana dia memperolehi IC sebagai orang Malaysia sedangkan dia terang-terangan tidak setia kepada negara ini? Aduh… Gawat nih!

Paling lucu pula, kenapa dia buat pengisytiharan tu di rumahnya di Kampung Likas, KK dan bukannya di Jolo Selatan Filipina? Tidak masuk akal betul la alasan dia kerana faktor keselamatan. Apa motif dia ni? Cuba kamurang bagi pendapat sikit… Adakah dia ni ancaman negara?

Terlalu banyak kekeliruan yang amat membimbangkan kita, memandangkan kedegilan sultan wannabe ni yang berkeras mendakwa dirinya sebagai insan yang mempunyai kedudukan tinggi di Filipina, dan dalam masa yang sama ahli UMNO yang aktif di Malaysia.

Sudahlah selama ini Sabah berhadapan dengan isu serius pendatang haram, kini pendedahan terbuka ahli UMNO memiliki 2 warganegara pun tidak mendapat tindakan yang sepatutnya.

Cerita-cerita di kedai kopi ada kalanya masuk akal, tapi tidak pula diketahui kebenarannya. Ada yang cakap government tidak boleh buat apa-apa untuk halang Akjan kerana dia merupakan supplier pengundi hantu untuk Barisan Nasional. That’s why la dia ni tersenarai dalam list pemegang IC palsu. Betul ka tidak oooo?

Apa yang pasti, dari dulu sampai sekarang belum ada sisatan terbuka yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan dakwaan projek IC palsu ini. Ramai juga pemimpin Sabah yang bangkitkan isu ini tapi sampai sekarang dibisukan sahaja.

Kesian bah kami di Sabah… Kenapa bah kamu buat kami begini? Mana aci main pengundi hantu. Lawan undi cara gentleman bah… jangan pakai pengundi hantu om jangan main rasuah-rasuah!

One Response to Sultan Wannabe!

  1. […] ingat kes seorang ahli UMNO yang mengaku Sultan Sulu. Datu Mohd Akjan Datu Ali […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: