Pilihanraya ke-13 dan Raja Petra

Sekarang ni kita tengah merasa bahang pilihanraya Negeri Sarawak. Sakit, pahit, gundah-gulana, seronok, penat, kek lapis, bendera parti, peti undi, hospital, Raja Petra, video seks, Altantuya, rasuah dan bermacam-macam lagi isu keluar dengan kata-kata besar dan yakin kita dapat dengar dari TV ataupun youtube, or even online news.

Secara jujurnya, terasa jijik bah aku tengok politicians kita yang tidak habis-habis menyerang antara satu sama lain, sehinggakan banyak ‘drama’ yang terjadi.

Baru sahaja beberapa hari ini, Raja Petra Raja Kamarudina (Ketua Editor Malaysia Today)  yang sebelum ini menjadi buruan kerajaan Malaysia telah tampil ke hadapan dan membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) tidak lagi releven untuk menjadi ahli politik negara. Kamurang tidak rasa dia ni terpaksa ka kena suruh cakap begitu?

Bagi PM Malaysia pula, ‘pendedahan’ Raja Petra ini adalah satu kelebihan baginya kerana dia telah dibersihkan daripada kes pembunuhan Altantuya dari Mongolia pada beberapa tahun lalu.

Masih ingat ka kes beberapa bulan lalu anak Raja Petra, Raja Azman Raja Petra dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur? Sebagai ibu-bapa yang langsung tidak dapat datang melawat anak kerana menjadi buruan polis, sanggupkah anda melihat anak anda membuat tindakan sedemikian?

Foto dari The Borneo Post

Raja Petra sendiri dalam blognya menulis Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara. Kini, aku percaya Raja Petra perlu selamatkan anaknya daripada siksaan yang dasyat ini. Mohon doakan keadilan akan menang di hadapan. Semoga kita sudah cukup matang untuk melihat landskap politik negara ke arah yang lebih luas dan terbuka.

Aduh, ngilu bah daging aku bila ingat sampai ke sini perjalanan politik negara kita. Tiap kali pilihanraya datang, terlalu banyak keburukan dan kemungkaran yang kita lihat. Sampai mau tulis dalam blog pun geli sudah bah.

Apa yang pasti, politik Malaysia akan lebih menarik terutama makin ramai anak muda yang berfikiran logik!

Selepas pilihanraya Sarawak, ramai orang membuat spekulasi kalau BN menang maka pilihanraya umum ke-13 akan berlaku dalam tahun ni juga. Ada juga sumber yang aku terbaca mengatakan bahawa surat sudah diedarkan ke sekolah-sekolah untuk mempercepatkan peperiksaan kerana untuk persediaan pilihanraya.

So sama ada statement Raja Petra akan laku ataupun basi seperti kes Ezam, kita tunggu dan lihat. Jangan pandang rendah pada kuasa rakyat😉

Nampaknya, kalau pilihanraya umum jatuh pada bulan Julai, maka cuti aku ke luar negara terpaksa dibatalkan. Hmmm… mudah-mudahan election after July.

My dear Sarawakians, good luck with ur votes!

Jikalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan

– Anwar Ibrahim

3 Responses to Pilihanraya ke-13 dan Raja Petra

  1. mzrn88 says:

    kalau raja petra buat kenyataan yang memihak pakatan rakyat,bukan main lagi diangkat menjadi alat untuk menghentam bn.tp bila kenyataan beliau tidak memihak pakatan rakyat maka timbullah suara22 katak yang akan mengatakan bahawa beliau(raja petra) diupah atau dipaksa oleh bn.lebih tepat lagi kononnya konspirasi bn!..inilah gaya atau cara politik haprak pakatan yang menggelarkn diri mereka sebagai pakatan rakyat!..

  2. ladymariah says:

    nampak sangat la dik… time pilihanraya banyak benda yang pelik dan panas terjadi.

  3. ladymariah says:

    JUST SHARING:

    KENYATAAN MEDIA

    Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang
    disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di
    dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah
    tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri
    Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

    Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan
    Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
    Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan
    kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun
    menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan
    wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes
    ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah
    mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
    telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan
    perkara ini.

    Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari
    Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan
    dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang
    kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan
    tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada
    kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan
    dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah
    sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

    Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat
    Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan
    pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
    siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah
    mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas
    perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan ‘disapu ke bawah
    permaidani’. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius
    dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan
    siasatan.

    N. SURENDRAN
    Naib Presiden
    Parti Keadilan Rakyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: