AF9 atau Sarawak Election?

Malam tadi aku ganti-ganti tengok 501 dan 104: Akademi Fantasia dan Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak.

First, aku happy kerana ada angin perubahan di kalangan pengundi and second, peserta AF9 dari Sabah iaitu Nera dan Lena masih berada di dalam senarai pelajar.

Bila lihat persembahan Nera malam tadi, secara jujurnya aku agak terkejut dia masih tidak tersingkir. Suara memang out, tapi pengundi ramai. Lagipun, kalau tengok dari latar belakang Nera, tidak mustahil boleh menang AF terakhir ni sebab I’m sure senang dapat vote.

Satu lagi kelainan yang ditampilkan oleh AF kali ni bila mereka perkenalkan Operasi Gugur yang akan menyingkirkan seorang atau dua atau tiga atau berapa sahaja pelajar yang memberikan persembahan yang tidak mencapai piawaian. Manakala kejutan kedua pula adalah 4 calon baru yang diperkenalkan untuk mencabar 10 lagi pelajar yang tinggal setelah Eka diumumkan tersingkir malam tadi.

Tidak pasti pulak kalau Operasi Gugur ini bergantung kepada keputusan Pengetua Amy search, tenaga pengajar dan juri, tapi kalau bergantung kepada undian yang diterima, nampaknya existing pelajar terpaksa berusaha lebih keras.

Bagi aku, setelah melihat persembahan keempat-empat bakal peserta yang akan menggantikan Operasi Gugur semalam, hanya 2 orang yang membuat persembahan mantap iaitu Fina (adik kepada Aida yang sudah mencapai umur 18 tahun) dan Hazama (pernah menjadi vocalis Meet Uncle Hussien).

Kalau Fina dimasukkan untuk menggantikan Aida pun ok juga, tapi kalau berikan Hazama peluang untuk masuk AF mungkin agak janggal kerana Hazama ni boleh dikatakan dah jadi artis pun… so kalau masuk AF tak sesuai la… Baik masuk 1 in a million sebab Tomok pun masuk kat program tu dulu sampai menang.

Malam tadi, berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

1. Lena 16%
2. Erul 15%
3. Nera 14%
4. Raqib 11%
5. Aida 8%
6. Afif 7%
7. Azri 7%
8. Kay 6%
9. Amir 6%
10. Miza 6%
11. Eka 4%

Kalau melihat dati pattern undian pula, kedudukan anak Sabah Lena dan Nera, mereka sekarang berada dalam kedudukan selamat. So, mungkinkah Astro sanggup untuk lepaskan Nera (yang dikatakan TERUK itu) sedangkan undian daripada Sabah ternyata membawa hasil yang banyak untuk mereka? I DON’T THINK SO!!!

FYI, aku kenal bah si Nera ni. Dia ni sepupu kawan aku juga. Aku pun selalu jumpa dia time dia join Miss Earth tahun lepas. Dia memang pandai nyanyi, tau. Jangan terkejut kalau minggu depan Nera akan buat persembahan yang baik kerana mereka akan memilih lagu sendiri.

Bagi mereka yang mengikuti perjalanan Miss EarthMalaysia tahun lepas, Queennera Francine Francis Kitingan atau Nera bersama dua orang lagi Sabahan mewakili negeri ini ke pertandingan beauty queen tersebut. Nera memenangi Miss Best in Talent, Miss Summer Look dan Miss FB Favourite. Berikut adalah email dari Miss Earth 2001 Miss Mandy Nandu kepada saya:

Queenera Francine Francis Kitingan won subsidiary title, Miss Malaysia Earth Best In Talent 2010 on 14th July 2010 during the Talent Show competition at Ipoh Parade, Perak. With her amazing voice, she sang a song by Whitney Houston “Greatest Love of All” . Not even half of the song, the music suddenly stopped because of technical problems but she never stop singing till the end of the song eventhough the music has gone. Everyone was impressed with her performance and she grabbed the title to be the most talented among all.

So, selepas melihat persembahan Nera pada dua konsert lepas, mungkin ramai yang tidak meyakini kebolehannya. Namun minggu depan kita lihat sejauh mana kesungguhannya untuk berada di dalam AF. Aku cadangkan Nera menyanyi lagu balada. Sure best…

Hari ni aku sampai ofis, boss approve permintaan aku untuk buat review untuk AF tahun ni. Hope dapat buat liputan untuk final nanti. Tahniah kepada pengundi AF dan pengundi di Sarawak semalam.

Syukurlah minggu depan no more election. So, aman damailah tengok AF tanpa sebarang perebutan remote control. Hehehehe.

Malam tadi korang tenok channel mana? AF ke atau laporan pilihanraya?

One Response to AF9 atau Sarawak Election?

  1. Kay Masingan says:

    hi..mlm tadi sia x tingu tv sangat. tu AF x siuk. Sarawak election result pun sia tingu online ja..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: