AF Konsert 3

Bila tengok AF hari Sabtu tu, kita lihat kedua-dua wanita yang masih bertahan sebagai pelajar adalah dari Sabah, iaitu Nera dan Lena.

Si Lena berada di tangga teratas ketika permulaan konsert kemudia naik ke tangga teratas. Manakala, Nera berada di tangga ke 7 dan naik ke tangga ke 3.

Berdasarkan kepada undian tiap minggu, aku rasa kedua-dua sumandak ini akan bertahan lagi pada minggu hadapan dan kemungkinan pelajar lelaki akan tersingkir.

So sorry la aku ni bukan penonton AF yang fanatik jadi aku membuat prediction melalui pemerhatian aku sejak minggu pertama kerana boss aku suruh aku buat review setiap hari Ahad. So, kalau kamurang mau tengok report yang aku buat, belilah The Borneo Post setiap hari Isnin. Hehehehe nda malu bah mau promote-promote kan? Hehehehe.

Aku cakap pelajar lelaki akan tersingkir minggu ini kerana tekanan akan bermula di kalangan tanak wagu AF dengan kemasukan Hazama melalui Operasi Gugur.

Walaupun Hazama ni tidak la hensem, tapi style dan suara dia boleh buat pengundi cair mendengarnya tau… Ditambah lagi Hazama pernah menyanyi bersama kumpulam Meet Uncle Hussain, pasti pelajar lain akan merasa tergugat dan tidak mustahil akan ada pelajar yang akan hilang konsentrasi lalu disingkirkan.

Apa yang pasti, kalangan pelajar wanita AF akan bertambah mantap dengan kemasukan Fina sebagai calon baru setelah kakanya Aida digugurkan bersama Amir.

Ramai juga yang mengatakan Nera akan tersingkir daripada AF selepas ini kerana sudah 2 minggu dia perform lagu rancak yang “HANCUR”. Tapi, minggu ketiga dia nanyi Fly Me TO The Moon (Frank Sinatra) denganpersembahan yang boleh membanggakan.

Selain daripada itu, Nera juga mempunyai pengundi yang ramai. I’m sure saudara-mara dia pun akan undi ‘bulk’. Thats why la kedudukan dia akan sentiada berada di atas after konsert. I don’t think ASTRO akan singkirkan Nera kerana dia adalah aset yang besar untuk mendapat lebih banyak undian.

Untuk melihat siapa juara AF tahun ini, masih awal untuk menentukannya. Kedudukan Lena agak selesa tetapi perjalanan masih panjang. Kita masih mempunyai masa yang cukup untuk menilai pelajar mana yang akan memberikan prestasi terbaik setiap minggu.

Pelajar baru perempuan, Fina tidak kurang hebatnya ketika membuat persembahan pertama. So, minggu ini kita lihat bagaimana keputusan undian dia berbanding Lena. Kalau Lena berada di atas, maka Fina harus berusaha lebih gigih. Tapi kalau Fina dapat mendaki sampai ke puncak, maka AF tahun ini akan buat duit lebih.

For Sabahan, undian akan split seperti biasa. Selagi Lena dan Nera berada di dalam AF, undian mungkin akan terpisah dua tapi melihat kepada dua peribadi ini, pasti mereka mempunyai peminat dan pengundi masing-masing.

Kepada pengundi semua, teruskan sokongan kepada calon AF anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: