Pilihanraya Sarawak vs Sabah

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak menunjukkan Barisan Nasional perlu memikirkan semula sama ada untuk mempercepatkan Pilihanraya Umum 13 ataupun berdepan dengan lebih banyak kekalahan, terutama di negeri Sabah, iaitu ‘fixed deposit’ mereka.

Aku bukanlah penganalisis pakar tapi melalui pemerhatian kemenangan BN yang hanya dapat menawan 55 kerusi (daripada 71 kerusi), peratus pengundian juga telah drop habis dari 63 peratus kepada 55 peratus berbanding pilihanraya lepas.

Agak selamat mengatakan rakyar sudah mula beralih untuk mengundi pembangkang walaupun banyak isu yang telah dikeluarkan untuk menyerang peribadi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutama berkenaan video seks yang tidak diketahui kebenarannya dan juga Raja Petra yang keluar dari tapak persembunyian dan tiba-tiba meracau tak tentu pasal.

Melihat kepada pattern pengundi kaum Cina pula, majoriti undi mereka diberikan kepada DAP. Nampaknya DAP akan bertahan lama di Sarawak setelah mereka mengambil langkah bijak mengetengahkan calon-calon baru yang masih muda. Ya la, kebanyakan calon BN di Sarawak dah tua bangka, kalau diorang dah ‘pergi’ nanti belum tentu ada pengganti yang boleh ‘memberikan’ yang terbaik kepada mereka. Sedangkan calon DAP masih muda dan akan bertahan untuk jangkamasa yang panjang.

Kalau melihat dari sudut geografi pula, DAP telah meletakkan calon mereka di kawasan bandar dan mereka memenangi 13 kerusi dari 19 kerusi yang dipertandingkan. So, makin banyak rakyat kepada teknologi dan alternatif media, maka mereka akan lebih faham dengan situasi negara ini. SYABAS UNTUK DAP!

Walau bagaimanapun, PKR juga harus diberikan kredit kerana memenangi 3 kerusi di kawasan Dayak. Kemenangan PKR ini walaupun jumlahnya agak sedikit tapi ia bakal membuka lembaran baru kepada negeri jiran yang kita duduki ini.

Bagi kita di Sabah, terdapat banyak isu yang rakyat tidak pernah berpuas hati. Isu besar tidak pernah diambil serius terutamanya isu PENDATANG HARAM yang menjadi pengundi hantu di negeri ini. Bukti sudah banyak dikeluarkan, tapi ia dinafikan oleh menteri-menteri di federal.

Kalau melihat kepada YB kita di Sabah ni, aduh… tidak la mahu cakap banyak. Bikan tambah dosa sahaja. Kalau kamu mahu tahu perangai dan bertapa biadapnya beberapa wakil-wakil rakyat BN, toloooooonglah datang ke Dewan Undangan Negeri setiap kali bersidang. Silap-silap kamu boleh TERKEJUT BESAR dan tertanya-tanya di mana hilangnya KEBIJAKSANAAN MEREKA!

Selain daripada itu, UMNO yang terlebih kerusi di Sabah juga menyebabkan beberapa parti komponen tidak berpuas hati.

Aku rasa, isu di Sabah lebih berat daripada di Sarawak dan rakyat makn faham di mana kedudukan mereka.

Untuk menukar kerajaan negeri Sabah bagi Pilihanraya Umum 13 nanti mungkin agak sukar tapi kita tidak tahu rencana Allah bagaimana. Apa yang pasti, undi di Sarawak akan berjangkit lebih dasyat di Sabah.

Pandapat kamurang macamana? Buli la kita kongsi🙂

3 Responses to Pilihanraya Sarawak vs Sabah

  1. amanda says:

    salam Lady Mariah .. Dr. M sendiri bg nasihat utk tangguh G.E ke 13 ni … ada plan/strategi lain kali ..? saya sendiri sedih tngo ni wakil2 rakyat yang diperkuda dan telah ‘hilang’ rasionaliti dan kebijaksanaan mereka .. dah lari utk hidup duniawi kali .. duit, kuasa ja yg dorang fikir ni .. lupa dorang yg pemimpin patut serve rakyat .. rakyat sabah sendiri lagi, mungkin education level yang tidak cukup untuk buat dorang buka mata dan sedar yang sudah lebih 50 tahun dorang kena rompak, pijak dan anak tiri .. mmg a relief laa kalau keadaan politik sabah berubah .. lagi baik kalau perubaan itu diinspirasikan oleh orang2 sabah sendiri .. bukan bergantung kepada orang luar semata2 .. sekian ..

  2. ladymariah says:

    kita sendiri tidak tahu apa lagi muslihat diorag before PRU13 sebab keputusan sarawak sangat membimbangkan BN. so, im sure they need more money to win the people’s heart. baru2 ni kan suda naik RON97 20cents? berapa million boleh dapat dari sana? i dont know..

  3. amanda says:

    ya memang betul .. harga minyak dunia bagi negara lain menurun tapi di negara kita pula dinaikkan ..
    Lots of dirty politics are being practised nowadays ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: