Kes tembak jadi X-File?

Kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian

(Foto oleh The Borneo Post)

Kehilangan ahli keluarga memang menyakitkan. Apatah lagi kalau dia dibunuh dengan kejam.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang warga asing (Pilak) membunuh warga tempatan Joni Somudin di hadapan sebuah kedai emas di Inanam.

NAMA MANGSA: JONI SOMUDIN

NAMA SUSPEK: JAKAL KADAL (Berumur sekitar 30-40)

Gambar adalah lakaran wajah suspek. Sebarang maklumat sila hubungi Polis KK 088-24211 atau 019-6000511

(Foto oleh The Borneo Post)

FAKTA KES (MENGIKUT THE BORNEO POST: MAY 2, 2011): Pada pagi Sabtu (April 30) Joni yang seorang pemandu van pekerja sedang menunggu penumpang di Inanam. Dia telah ditembak di sebelah perut (abdomen) kerana tidak menghiraukan arahan perompak kedai emas yang tiba-tiba masukl ke dalam van dan menyuruhnya memecut kenderaan. Menurut polis, Joni meninggal sekitar 1.30 petang ketika sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, 5 jam selepas ditembak.

Suspek menghilangkan diri entah ke mana.

Belum sampai sebulan kes itu berlalu, pihak polis seperti mengalihkan tumpuan rakyat kepada kes lama “Sultan Akjan” sedangkan kes ini perlu diambil tindakan segera memandangkan kejadian bunuh bersenjata begini sangat menakutkan. Kes ini takkan didiamkan begitu sahaja?

Kalau ingat sebelum ini, kes jururawat dibunuh tahun lepas juga tidak mendapat apa-apa perkembangan mengenai pembunuhnya sampai ke hari ini. Adakah kematian Joni kali ini akan sama juga seperti kes jururawat, Annie John Dismas tahun lalu?

Bah… hati-hati la kita semua aaaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: