Sonsogon di Magandai

Berpijak di Kampung Sungai Magandai untuk jangkamasa setengah hari sudah cukup untuk menitiskan airmata…

Pada hari sabtu lepas aku berpeluang mengikuti rombongan Astro ke kampung pedalaman ini untuk menyerahkan asrama kepada kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah selam 3-4 jam setiap hari. Laporan lanjut ada di sini.

Bila melihat kanak-kanak berkaki ayam ke sekolah, tersentuh hati melihat kesungguhan mereke ini menimba ilmu.

Anak kecil ini sangat gembira mendapat kasut baru hasil dari derma dan hadiah dari kakitangan Astro. Walaupun tidak berjenama mereka menyambutnya dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Kalau kita di bandar ni, kalau setakat kasut Bata harga RM20,  gerenti sudah tarik muka masam. Mahu juga dibelikan kasut trend terkini seperti Converse la.. apa la…

Tapi kanak-kanak Sonsogon yang comel di kawasan ini tidak faham apa itu jenama. Yang penting, ada kasut baru, baju baru and alat tulis baru.

Tahniah kepada CSR team Astro yang memeruntukan RM1juta asrama untuk kanak-kanak ini dan membelikan mereka kelengkapan sekolah.

Kalau ada pembaca yang teringin ke kampung ini, bersedia untuk tidur semalaman di dalam hutan sebelum sampai ke destinasi. Pilihlah cuaca yang cerah untuk ke sini kalau mahukan perjalanan yang lebih pantas. Kalau bernasib baik, bolehlah cari perkhidmatan 4-wheel drive untuk perjalanan sekitar 6 jam lamanya.

Terima kasih kepada astro kerana memberikan peluang untuk aku ke kampung ini menaiki helikopter. Dalam 20 minit dari pekan Kota Marudu dan 45 minit dari Kota Kinabalu.

Sesungguhnya trip aku ke kawasan pedalaman kali ini mengajar diriku erti bersyukur…

One Response to Sonsogon di Magandai

  1. Joe Leong says:

    Blessed are the poor!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: