Di mana relevennya Sabah memerlukan pejabat berharga RM388 juta?

Maaf kerana sekian lama tidak menulis di sini. Terima kasih kepada pembaca yang masih sudi singgah dan menghantar email kepada saya, bertanyakan bilakah entri seterusnya…

Setelah beberapa minggu kerajaan negeri Sabah mengumumkan pembinaan pusat pentadbirannya yang bernilai ratusan ribu, maka ramailah rakyat yang berdukacita kerana komitmen kerajaan yang lebih suka ‘membazir’ daripada memperbaiki status jalanraya di negeri ini yang hampir 70 peratus masih belum berturap.

Itu kata mereka. Apa pula kata anda?
Kalau kita lihat keperluan negeri ini untuk mempunyai pejabat sendiri, mungkin boleh diterima juga kerana pejabat kerajaan negeri sekarang ini menyewa di bangunan Wisma Innoprise, berdekatan denga bangunan Yayasan Sabah dan Stesen Minyak Shell di Likas tu kan?

Logik la juga untuk mempunyai ofis sendiri, tapi bukankan Wisma Innoprise juga milik salah satu syarikat GLC (Government Link Company) Sabah sendiri?

Kenapa perlu takut untuk menyewa bilik di rumah adik-beradik sendiri sedangkan kita masih perlukan wang untuk membiayai keperluan anak-anak?

Personally, kalau kerajaan kita mempunyai wang yang betul-betul banyak, apa salahnya untuk membina pejabat sendiri untuk kelancaran pentadbiran negeri kan? Tapi…. RM388 juta??!! Please la…

Lahir di daerah pedalaman, Pitas membuka mata aku seluas-luasnya di mana keikhlasan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan.
Keperluan asas terutamanya air, elektrik dan jalanraya merupakan tanggungjawab besar yang kerajaan negeri perlu utamakan daripada membina bangunan mega yang akan menambah perbelanjaan negeri.

Berapa banyak kampung di daerah Pitas yang belum punya bekalan air bersih? OMG Kalau kamu drive masuk di kawasan perkampungan seperti Kampung Liu atau Pandan Mendamai, kamu akan jumpa banyak kampung di sepanjang jalan yang masih mengangkat air dari sungai yang sejauh 1 hingga 3 kilometer dari rumah.

Bukan setakat bekalan air, tapi ramai lagi yang belum mendapat bekalan elektrik. Mereka terpaksa memakai lampu pelita yang mungkin akan membahayakan keselamatan anak-anak kecil.

Sedih untuk membayangkan satu kejadian di sebuah kampung di daerah bersebelahan hometown aku Kota Marudu, seorang anak kecil bernama Rumika yang berumur 7 tahun terbakar dirinya ketika berusaha untuk mencapai lampu pelita di atas tiang di tengah-tengah dalam rumah. Tujuannya supaya dia boleh mengulangkaji pelajaran dan berharap supaya lebih lancar membaca ABC dan mengira 123.

Tangannya yang kecil cuma mencapai sedikit tapak lampu dan lampu pelita tersebut terlepas dari imbangan jarinya. Minyak menjatuhi badannya kemudian api marak dengan cepatnya.

Aduhhhhh…. mujur dia sempat di hantar ke hospital… Nasiblah dia selamat, tapi berapa banyak lagi kejadian begini yang kita mahu lihat sebelum kita sedar akan keperluan untuk anak-anak kita mendapat keperluan api yang sepatutnya?

Ya… saya setuju kalau anda katakan itu adalah nasib Rumika yang telah diberikan Tuhan untuk menjadi anak yang lebih tabah di masa hadapan.

Tapi pernahkah kita terfikir sekiranya kampung Rumika di kawasan Sonsogon Magandai Kota Marudu mempunyai bekalan api, Rumika tidak akan terbakar tubuhnya? Ohhh.. berapa ramai lagi mangsa lain yang kita mahu dengar kisah sedihnya?

Bercakap pasal bekalan elektrik, mungkin masih ramai orang kampung yang sanggup menggunakan lampu pelita… tapi di manakah perikemanusiaan kita menyokong pembinaan bangunan mahal itu dan membiarkan manusia lain yang memijak di tahan yang sama ini bergelap di waktu malam ketika kita enak tidur di bilik berpenghawa dingin?

Di manakah sikap kemanusiaan kita menghilang sehingga sanggup membiarkan wang rakyat menjadi kemewahan sesetangah pihak manakala orang lain tertindas?

Kisah penduduk di kawasan pedalaman Kota Marudu ini sangat menyedihkan. Penceritaan di dalam blog ini tidak dapat menggamberkan keadaan sebenar mereka.

Pernahkah kamu berjalan kaki dari rumah ke sekolah selama 3 hingga 4 jam setiap hari demi untuk segunung ilmu?

Kalau anda berani untuk melihat sendiri sengsaranya anak-anak dan penduduk di pedalaman kerana tiadanya jalanraya yang baik, pergilah ke Kampung Sungai Mandamai Kota Marudu, kira-kira 60 kilometer dari bandar kecil Kota Marudu.

Aku pernah ke sana mengikut rombongan Astro, mendermakan bangunan asrama kepada kanak-kanak yang berjalan kaki 3 ke 4 jam dari kampung berdekatan semata-mata untuk lulus Darjah 6 supaya dapat tinggal di asrama di bandar untuk belajar di Tingkatn 1 sehingga Tingkatan 5.

Syukurlah kerana ada syarikat swasta yang sanggup menderma…

Berjalan kaki ke Kampung Sungai Mandamai Kota Marudu dari pusat bandar memakan masa 2 hari 2 malam kerana jalannya yang tidak sempurna. Aku belum punya kekuatan untuk meredahi hutan, syukurlah Astro sekali lagi memberikan aku peluang membuat berita berkenaan kedaifan penduduk kampung. Aku naik helikopter ke kampung tersebut, cuma memakan masa 20 minit.

Bercerita dengan penduduk kampung Sungai Magandai, aku kagun dengan keazaman mereka yang benar-benar mahu meningkatkan taraf hidup.

Seperti juga orang lain, mereka dengan menjual hasil tanaman ke bandar untuk mendapat sedikit wang membeli garam, gula, kopi dan ubat-ubatan… malangnya tiada jalanraya yang menghubungkan kampung mereka ke bandar.

Adapun jalan yang dibina, cuma tanah liat yang ditimbus menambahkan berat pada kasut. FYI, kawasan bukit ke kampung tersebut memang selalu hujan, so jangan haraplah jalan tanah liat akan kering.

Paling menakutkan apabila ibu bapa atau guru-guru membawa anak-anak ke bandar untuk tujuan tertentu separti lawatan atau rawatan hospital, mereka terpaksa bermalam di dalam hutan…

Memang tiada pilihan lain selain berjalan kaki… ditambah dengan bahaya hutan yang dihuni binatang buas… Kasihanilah anak-anak kita…

Ohhh.. hampir luluh hati aku melihat rancangan kerajaan untuk membina bangunan berjuta-juta ringgit sedangkan keperluan asas yang sangat penting tidak diberi perhatian.

Lucu bah kalau tengok laporan dan dengar ucapan pemimpin politik yang bersemangat memasukkan setiap pembangunan ke dalam Rancangan Malaysia.

Dulu kononnya masuk dalam RMK9… kemudian bila tidak menjadi sekarang kononnya akan masuk RMK10… tapi sampai sekarang belum ada perubahan… Berapa banyak RMK lagi mau kasi limpas baru diorang dapat pembelaan sewajarnya?

Adakah kita rasa kerajaan sekarang yang memegang amanah untuk menggunakan wang rakyat adalah kerajaan yang kita mahu?

Keputusan ada di tangan kita. Sebagai pengundi adalah hak kita untuk memilih siapa yang patut diamanahkan untuk meguruskan wang rakyat (yang sememangnya wang kita).

Sekiranya anda berpuas hati dengan apa yang kita punyai sekarang, maka bertahanlah… Senyumlah dengan kesenangan yang anda miliki. Namun jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak dan orang-orang miskin yang menderita…

Seandainya anda mahu menyelamatkan lebih ramai Rumika di luar sana, maka mulalah berfikir akan masa depan negeri kita. Kalau bangunan ofis negeri memakan belanja RM388 juta untuk pembinaannya, berapa agaknya bil elektrik, bil air dan segala perbelanjaan lain selepas itu? Duit siapa yang akan digunakan untuk membayarnya?

Adakah anda rasa anda boleh sesuka hati keluar masuk ke dalam bangunan itu dan menikmati aircond yang dipasang full blast sepanjang hari atau terpaksa buat appointment untuk memijak lantainya apabila sudah siap kelak? Ohhhh… fikir-fikirlah…

14 Responses to Di mana relevennya Sabah memerlukan pejabat berharga RM388 juta?

  1. rungitom says:

    Belum (habis) terbuat pun projek pembangunan untuk rakyat sudah ber-trip mau buat office mahal2

  2. ladymariah says:

    mau start suda ni projek… contractor pun tidak tau pilih mcam mana. Bina Puri dari KL.

  3. Ak Kdm says:

    hye…..apa gunanya pejabat berdiri megah,harga jutaan ringgit jika tidak mampu untuk memberikan satu senyuman gmbira buat rakyat sabah yang sedang menderita dibawah sana,

  4. :( says:

    Kerajaan negeri patut mengutamakan rakyat..esp mereka yg masih dibelenggu kemiskinan..begitulasifat kerajaan..kalau mereka yg tiada kepentingan mmg sentiasa diabaikan..sedihnyaaaa

  5. Nani says:

    aik, bikin mendidih otak kalau ini…. wisma wanita sana yg berjuta2 tu pun macam tiada orang… ini mau bikin lagi bangunan mahal2…

    Mariah, aku memang penyokong BN (terus-terang) dan tetap akan mengundi BN utk p’raya akan dtg (kalau nda berubah hati) tapi aku berharap juga tgk pemerintah lain masuk sini di Sabah. Susahlah kita mau ckp kalau Putrajaya tu betukar kerajaan tp Sabah ni lagi bah… Mau tgk apa perubahan lain yg boleh dibuat…

    Kenapa Datuk Pairin suda masuk UMNO tapi cara dia memerintah yg dulu mcm nda nmpk lagi… Ialah, mgkn dia bukan kuasa besar sbb semua rencana pembangunan berpusat di KL tapi tiada cara lain ka?

    Ada desas desus USNO mau masuk balik di Sabah tp ini dr sumber yg kurg dipercayai… tapi kalau btl aku rasa macam bagus juga tu.. Parti tempatan yg bertanding… Sama2lah kita berdoa agar PRU kali ini ada perubahan besar di negeri kita…

  6. Nani says:

    rajin2 bah kau Mariah update pasal isu2 semasa di Sabah…

  7. Nani says:

    sama2 Mariah…. masalahnya kalau kita tukar undi, parti apa yg boleh dipercayai? Keadilan dgn agenda peribadi, PAS pun macam samar2…. tu yg masalah tu… Siapa ada cadangan?

  8. ladymariah says:

    i prefer PAS tapi diorang tidak kuat d Sabah. aku rasa kalau pembangkan bagi muka baru orang muda2 dengan fresh idea mungkin ada harapan. kalau letak muka lama memang ado harapan…

  9. Nani says:

    hurm, sebagai seorang Muslim aku pun rasa PAS releven tapi dengan masyarakat yang campur aduk di Malaysia ni, aku masih ragu sejauh mana kesediaan dorg menangani keseimbangan sistem pentadbiran nanti… Karang gaduh pula dengan yang tidak seagama… Cubalah PAS gabung sama UMNO pastu PAS masukkan undang2 Islam yang sedia pakai skg dalam pemerintahan di Malaysia..

  10. Payne says:

    Saya bole terima pembangkang menguasai kerajaan Sabah tapi saya tidak setuju jika pembangkang itu asalnya dari seberang. jika masih dari seberang, apakah bezanya dgn umno seperti yg ada sekarang ini. bukankah lagi releven utk menyokong parti tempatan dari memberikan ruang kepada PAS. Sabah masih punya SAPP. Parti tempatan. Sokongn saja urusan antara PR (DAP, PKR & PAS) dgn SAPP. Inilah satu2 harapan terakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: