Kuatkan semangatmu, Rohead…

Nama dia Rohead Nik Dominic kini berumur 15 tahun. First time aku jumpa dia pada tahun 2009 ketika dia berumur 13 tahun apabila membuat coverage untuk Children’s Wish Society of Malaysia (CWS) yang menunaikan permintaannya untuk memiliki sebuah alat permainan Sony PSP.

Rohead menghidap Thallasaemia. Sudah bertahun-tahun ibunya Justina berulang alik dari Kota Marudu ke Hospital Likas (3 jam perjalanan dengan bas atau ambulan), manakala dari tahun lepas Rohead berada di rumah cuma beberapa hari sahaja kerana keadaanya yang perlukan rawatan sepanjang masa di hospital.

Rohed berada di Hospital Likas most of the time ditemani ibunya. Hari ini, aku menghubungi ibu Rohead bertanyakan keadaan anak yang utuh semangatnya ini.

Rupanya mereka sedang menunggu ambulan kerana doktor sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Rohead sudah tiga hari tidak menjamah makanan. Kemarin dia koma.

Aku patah hati mendengar khabar sedih ini. Aku mendoakan yang terbaik untuk Rohead. Moga kesakitannya tidak lagi berpanjangan… Kasihanilah dia ya Allah…

2 Responses to Kuatkan semangatmu, Rohead…

  1. Nani says:

    alah, jadi rawatannya dihentikan suda ka?

  2. ladymariah says:

    dia baru meninggal satu jam lepas… aduh… RIP my dear.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: