Apa buktinya Malaysia merdeka 54 tahun?

Artikel kali ini aku tujukan kepada kedua adik yang aku sayangi, Mike dan Marinah.

Aku bukanlah seorang guru, jadi aku tidak layak untuk mengajar anak orang, tapi aku adalah seorang kakak yang ingin memberitahu hal yang benar kepada adik-beradikku.

Oleh kerana kita digalakkan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama, maka setiap pembaca yang singgah di blog ini bolehlah berkongsi sama. In case, anda belum tahu, ataupun mahu tahu lebih lanjut…

Adikku, Kakak ingin menulis berkenaan Hari Kemerdekaan Malaya, Sabah dan Hari Pembentukan Malaysia untuk memastikan kalian berdua faham akan fakta yang kita berhak ketahui. Jangan sesekali tersalah fakta di antara ‘TARIKH’ dan ‘TAHUN’ supaya kalian berdua faham dan arif sekurang-kurangnya fakta asas berkenaan sejarah negara kita.

Tanah Melayu (SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA) telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Itu adalah fakta. Jangan salah faham, Cuma Tanah Melayu sahaja yang merdeka pada 1957.

Manakala, Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. INGAT TAHUN ITU. 1963. Ketika itu Sabah adalah sebuah negara yang dikenali sebagai North Borneo.

Jadi, kalau malas untuk mengira, Kakak tolong kirakan. Tanah Melayu telah merdeka selama 54 tahun dan SABAH PULA BARU MERDEKA SELAMA 48 TAHUN.

Jadi, kenapa kalau kita tengok TV, baca surat khabar dan dengar orang bercakap di radio semua ucapan mereka Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 sedangkan cuma Tahan Melayu yang merdeka 54 tahun. Bukan Malaysia.

Bilakah Hari Kemerdekaan Malaysia?

Nah, inilah kekeliruan yang telah terjadi bukan sahaja di zaman kini tapi benda ni sudah jadi time daddy dan mama masih belajar dulu.

Buku teks yang kita belajar selama ini telah dikarang dengan penuh baik sehingga kita orang Sabah pun seolah-olah perasan diri kita adalah orang dari Tanah Melayu sedangkan negeri Sabah mempunyai sejarah sendiri yang patut kita ketahui.

Jangan salahkan sesiapa kerana tiada manusia yang sempurna. Jangan marah pada tukang buat buku teks sebab mereka mungkin tidak peduli akan kewujudan Sabah.

Jadi, adalah hak kita untuk mengetahui fakta sebenar.

Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan Sabah merdeka pada 1963, ketika itu berlakunya perbincangan untuk menyatukan rantau ini kepada satu negara yang lebih besar. Perbincangan tersebut melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

Selepas beberapa rundingan yang serius dan mengemukakan syarat-syarat tertentu maka Sabah, Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk membentuk sebuah negara. Brunei tidak menyertai pembentukan ini.

Negara Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Itulah sebabnya kita menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September (Itupun baru sahaja mula disambut dalam tahun lepas, 2010 di Padang Merdeka Kota Kinabalu kerana di situlah pengisytiharan pembentukan MALAYSIA).

Manakala, Singapura pula menarik diri selepas itu. Bahagian ini ada di buku sejarah. Kakak masih ingat.

Jadi, soalan Kakak kepada anda berdua di sini adalah: KENAPA RAMAI ORANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54 SEDANGKAN MALAYSIA BARU DITUBUHKAN PADA 48 TAHUN LALU?

Secara jujurnya, Kakak sangat malu dengan pemimpin, guru, golongan ilmuan mahupun mahasiswa yang terpelajar tidak dapat memperbetulkan fakta semudah ini.

Kakak merayu kepada anda berdua agar jangan sesekali mengucapkan Hari Kemerdekaan Malaysia (dengan angka yang salah) kerana negara-negara yang bergabung membentuk MALAYSIA telahpun merdeka sebelum bergabung.

Jadi, adalah lebih afdal dan tepat jika kita mengucapkan hari kemerdekaan setiap negara asal dengan berasingan.

Contohnya, pada tahun ini kita boleh ucapkan begini: Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 Tanah Melayu dan ke-48 Sabah!

Walaupun agak panjang ayatnya tapi jangan belakangkan fakta utama sejarah. Kalau kita mengucapkan selamat hari kemerdekaan Malaysia, maka ia akan meneruskan kesilapan fakta selama ini. Jangan memutarbelitkan sejarah, adik-adikku… Mulakan penceritaan benda kecil ini kepada kawan-kawan agar ia menjadi pemahaman kepada orang yang sepatutnya mengetahui hal yang benar.

Tidak perlu mengajar orang lain yang tidak mahu mengetahui pasal sejarah, tapi kongsilah ilmu bersama mereka yang mendambakannya.

Gambar menunjukkan bukti Sabah mencapai kemerdekaan pada tarikh tersebut: 31 Ogos 1963.

Ok, bagaimana dengan Sarawak? (saya menyambung sedikit kerana terdapat permintaan untuk includekan Sarawak ke dalam coretan ini).

Penjajahan British terhadap Sarawak bermula pada 1941 (oleh James Brooke) dan dia serahkan kepada British pada 1946. Ketika Jepun datang ke Tanah Melayu, Sarawak juga menjadi mangsa jajahan. Walau bagaimanapun, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963, awal sedikit dari Sabah.

Sekian dan Terima Kasih.

Bah, Kakak mau tidur dulu. Bisuk kerja. Jangan lupa aaaa…

13 Responses to Apa buktinya Malaysia merdeka 54 tahun?

  1. ladymariah says:

    terima kasih karna sudi membaca… khabarkan kepada rakanmu…

  2. Sabah tidak perlukan Malaysia!!
    Sabah kaya dengan hasil bumi!!
    Sabah mampu berdikari!!
    Sabah tidak perlukan pemimpin dari Tanah Malaya!!
    Sabah akan lebih aman, maju, & mantap tanpa Malaysia!!
    Jadikan Sabah sebuah NEGARA!!

    • azek john says:

      sy suka ini.walau pn cita2 sy mau jdi guru sejarah dn peguam tpi sy gagal..gagal sbb terpaksa berhenti sekolah.sbb2 yg mustahak penting sgt.jdi sy trpaksa berhenti.dgn itu sy msi tda mau ketinggalan.sy tetap belajar mengenai sejara melalui internet dn buku2.terutama nya sejarah sabah dn sarawak..komen sy tentang
      penerangan kaka kpda dua adk ni.sgt baik dn jelas.mudah di fahami sy suka..tpi klu ble lengkap kn tentang sejarah sabah termasuk bendera2 knpa sering kali bertukar?ada org ckp dahulu nya sabah ada la sebuah negeri dan beribu kota kn di london sbb itu la bendera pertama ada persamaan dgn bendera briten..ble tlg jelas kn ka sbb sebab sejarah yg sy belajar ni blm sampai di tahap itu.biasa la tiada cikgu..

    • anymous says:

      Contoh terbaek….negara brunei dan singapore….kaya dan maju…

  3. Freddy says:

    Nak komen sedikit ttg kemerdekaan sarawak. Sarawak mendapat kemerdekaannya pada 22 Julai 1963. Bole refer mana2 buku yg ttg kemerdekaan sarawak sebelum join Malaya ( tanah melayu) 16 sept 1963..dimana hari penjajahan Tanah Melayu bermula kepada kedua2 Sabah dan Sarawak ..sekian,..

  4. me in my mug says:

    Nah saya tertipu dgn buku teks..patutlah dulu time sekolah..kalu saya byk tanya kena marah…ini pula kebenarannya.

  5. tome says:

    semua telah di rancang awal oleh pemimpin awal dr seberang….

  6. […] ENTRI TAHUN LEPAS (2011): Apa buktinya Malaysia merdeka 54 tahun? Like this:LikeBe the first to like this. […]

  7. nakadnas says:

    Jgn emosi Sgt…..Dan jgn jadi barua pembangkang…. selamat menyambut hari merdeka

    • sukud wagu says:

      memang betul anak sabahan d tipu melalui buku tex sejarah d sekolah..seolah olah rkyt sabah ini buta sejarah supaya pemimpin malaya senang2 memperbodohkan rkyt i

  8. Anugrah says:

    Jujur saya tidak terlalu mengetahui sejarah kemerdekaan Malaysia karena saya orang Indonesia tulen, dan saya bangga karena kalian mau mengkritisi. Tapi jangan pula menyalahkan negara kalian. Jika awalnya Malaysia merdeka hanya meliputi semenanjung Malaya. Dan kemudian baru menyertakan borneo utara, tetap saja secara umum hari kemerdekaan mengikuti keputusan pusat pemerintahannya.

    Sebagai contoh Indonesia merdeka 17 agustus 1945. Padahal waktu itu mungkin hanya sebatas Sumatra dan Jawa. Kemudian baru meliputi Sulawesi, Borneo, kepulauan Maluku dan terakhir Papua. Tapi toh semua sepakat mengikuti pemerintah pusat.

    Tengok juga Amerika, yang hari kemerdekaannya ditetapkan 4 juli 1776. Padahal waktu itu mungkin hanya meliputi 13 koloni. Tapi semua negara bagian sepakat mengikut pusat.

    Maaf untuk sebelumnya. Saya cuma sedikit mengkritisi saja. Terima kasih..

  9. rey says:

    Mari bergabung dengan Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: