AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

السلام عليكم

Aku berbesar hati untuk menyerati contest AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA anjuran DEZAMAN COTTAGE bukannya semata-mata untuk hadiah yang ditawarkan tetapi sekadar berkongsi dan memperbanyakkan entri berkenaan kisah di sebalik kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia. Sila click banner di bawah untuk menyertai.

Aku pasti, ramai di antara kita yang mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia pada 31 Ogos lepas kan? Sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan Malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Aku juga membesar dengan mendengar dan menonton iklan TV, radio, ucapan-ucapan pemimpin mahupun guru-guru dan ahli akademik yang melaungkan Selamat Hari Merdeka Malaysia pada setiap 31 Ogos.

Sebenarnya, fakta ini SALAH sama sekali. Mana mungkin kita boleh menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 sedangkan penubuhan negara Malaysia adalah pada 16 September 1963?

Rakan-rakan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA yang dikasihi,

Negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957 tu adalah Tanah Melayu ataupun Malaya. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah kemerdekaan Malaya dari jajahan British.

Manakala, Sabah ataupun North Borneo mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, beberapa tahun selepas Malaya merdeka.

Jadi, pada dasarnya 31 Ogos 1957 tu Sabah dan Sarawak masih di bawah pemerintahan British. Ketika 31 Ogos 1957 juga, Sabah dan Sarawak masih di bawah bendera Union Jack. Rakyatnya masih menyanyi God Save The Queen, bukan Negaraku yang didakwa berasal dari lagu “Terang bulan” dari Indonesia.

Para blogger AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA yang bijaksana,

Apa kata mulai tahun ini kita ubah ucapan kita dengan ayat yang lebih tepat? Marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-54 dan ke-48 untuk Sabah.

Manakala, kita harus mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-48 kepada Malaysia pada 16 September tahun ini.

Oleh kerana aku menceritakan kemerdekaan Tanah Melayu dan Sabah, adalah lebih baik jika aku masukkan juga kisah di sebalik negeri Sarawak kerana Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah tiga entiti yang telah menjadikan sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia, setelah Singapura keluar dari ikatan tersebut selepas beberapa tahun bergabung.

Penjajahan British terhadap Sarawak bermula pada 1941 (oleh James Brooke) dan dia serahkan kepada British pada 1946. Ketika Jepun datang ke Tanah Melayu, Sarawak juga menjadi mangsa jajahan. Walau bagaimanapun, Sarawak terus berada dalam jajahan British setelah menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Maknanya, Sarawak mendapat kemerdekaannya pada Hari Malaysia, iaitu pada saat negara ini tercipta: 16 September 1963.

Jadi, kita boleh mengucapkan Selamat Hari Merdeka Sarawak ke-48 pada 16 September ini.

Cukupah setakat ini entri untuk contest AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Semoga kita dapat memahami dan terus menyatakan fakta paling tepat untuk kebaikan generasi akan datang.

Ini adalah fakta asas yang aku patut ketahui dan sebarkan kerana AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA, begitu juga dengan anda!

P/S: Dengan segala hormatnya, aku recommendkan contest ini kepada Abd.Naddin Hj Shaiddin, Sandra Sokial, Suraidah Roslan, Kelimen Sawatan dan De Kerinchi.

7 Responses to AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

  1. Azuan says:

    Good luck utk contest ni…🙂

  2. Bro ahmad says:

    rank 3 mantap..semoga berjaya

  3. ladymariah says:

    thanks all… terima kasih kerana membaca ya…

  4. Acik says:

    wow … hebat! gud luck!

  5. ladymariah says:

    terima kasi kerana membaca…

  6. already rated this entry…

    […]AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA « Kopivosian…[…]…

  7. jj says:

    god bless u..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: