Kantoi pasal 6%, si kawan umum mansuhkan ISA. Sorry, penipuan still tidak boleh dimaafkan!


Belum sampai beberapa hari Najib kantoi sebab putar-belit pasal kenaikan cukai reload 6 percent, dia ambil keputusan untuk alihkan perhatian kepada news yang lebih popular, MEMANSUHKAN ISA.

Hehehehe, pandai betul dia ni alihkan perhatian rakyat kan?

Bulan June 2011 Bernama laporkan kerajaan tengah bincang untuk naikkan cukai prepaid tapi minggu lepas Najib cakap kenaikan yang berlaku adalah kerja syarikat telekomunikasi. Dia buat muka tidak bersalah.

Bila ramai orang marah-marah dan tweet dia macam-macam dan tag dia dalam FB pasal tidak puas hati dengan kenyataan dia bercanggah tu, cepat-cepat bah dia announce pasal ‘akan’ mansuhkan ISA dan kononnya ‘akan mengkaji’ akta-akta lain yang tidak releven.

Kalau anda adalah salah seorang yang cuma tahu ISA tu adalah alat yang telah diseleweng oleh kerajaan untuk membunuh demokrasi tetapi tidak pernah berbuat apa-apa untuk mendesak kerajaan menghapuskannya, maka kenyataan akhbar Najib secara langsung di TV tersebut pasti akan dianggap akan menguatkan kempen BN pada pilihanraya yang akan datang.

Begini hinakah maruah kita sebagai ‘pemilih pemimpin’ sampaikan ‘sudah kantoi’ baru mau announce benda yang sudah memang hak rakyat?

Pengumuman untuk memansuhkan ISA oleh perdana menteri ini bukanlah tindakan yang boleh dibanggakan kerana itu adalah hak kita sebagi penduduk negara demokrasi. Tuntutan untuk memansuhkan ISA sudahpun dibawa ke Istana sejak bertahun-tahun dahulu.

Paling menyedihkan, bila sudah terkantoi pasal benda lain, barulah cari cara lain untuk alihkan perhatian rakyat. Ingat kita boleh maaf dan lupakan penipuan dia? Nda la kali… Hehehe.

Kalau anda baca janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga, setiap akta yang tidak munasabah dalam Malaysia akan dimansuhkan serta merta.

So, kalau Pakatan Rakyat memerintah bukan sahaja ISA tapi banyak lagi akta-akta yang lain akan dimansuhkan. Maka sebagai Sabahan kita harus consider janji Pakatan Rakyat dari segi pembaharuan kontrak dalam pembayaran royalti minyak dan penghapusan sistem cabotaj yang akan menguntungkan negeri ini. Itu baru starring, bah!

Sebagai perdana menteri yang benar-benar menunjukkan keikhlasan, Najib seharusnya memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Terlalu banyak hutang kerajaan kepada rakyat. Memansuhkan ISA tidak akan ‘balance’kan kunci kira-kira.

12 Responses to Kantoi pasal 6%, si kawan umum mansuhkan ISA. Sorry, penipuan still tidak boleh dimaafkan!

  1. poru says:

    kejutan konon … apa kejutan klu stkt itu .. huhuhu — mmg bodoh juga najib nie .. fikir pun nda ngam !!!

  2. Fadzmie says:

    Nampak sangat bah dia mau kasi alih pandangan rakyat dari isu 6% sama isu pembongkaran sejarah sebenar Malaysia (efek dari isu Mat Sabu). Dia ingat rakyat sekarang masih lagi macam rakyat zaman 50-an 60-an gitu ka? Ceit.

  3. ladymariah says:

    jgn pandang rendah teknik diorang ni.. ramai betul tu peminat diorang especially time election. ada tong biru, jamban biru dtg rumah tambah duit kertas utk bagi bantuan… terus mata buta…

  4. Nani says:

    nda sabar pula PRU mau tgk apa nasib baru negara kita….

  5. ladymariah says:

    kerajaan makin goyah bah… kalau tidak manakan sampai bagi kerakyatan diberikan kepada warga bangladesh… di sabah ni ramai sudah pendatang ambil hak kita sebagai pengundi tapi di semenanjung sekarang diorang pakai bangla pula untuk mencabul demokrasi kita.

  6. SAA3416U says:

    Bagus ni artikel. ngam betul sama hati sia. tingkiu kerana meluah isi hati sia berkenaan isu 6% service tax airtime dan pemansuhan ISA. Puas hati sia punya hati o…….

  7. zeno says:

    kamu pernah kena tahan ISA ke????

  8. zeno says:

    nani..kalau pembangkang menang pun sama juga ceritanya..undi la mana2 parti pun..

    • ladymariah says:

      cerita tidak akan sama sebab perjuangan demokrasi tidak pernah selesai. org berfikiran pendek sahaja yg akan lihat perkara dalam satu sudut yg terhad.

      • adam says:

        saya setuju dengan ladymariah.. Dont judge a book by it cover… Ramai yang cakap andai kata parti lain yang memerintah, keadaan akan tetap sama. Tapi bagi saya tidak.. Kalau sebelum ini dah pernah memerintah mungkin kita boleh cakap yer.. Sebagai contoh Terengganu… Masa BN ada royalti… Masa Pas kerajaan pusat tarik balik.. Bila BN dapat balik, dia bagi balik.. Pelik kan… Kalau betul2 demokrasi, biarkan kebebasan media… Kalau A tuduh B mcm2 kat TV, si B pun boleh jawab terus tuduhan si A kat TV… kalau najib berani buat macam tu baru betul dia bukan takut bini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: