Didi Moo: Dari Tamparuli ke Korea

Didi Moo, atau nama sebenarnya Didi Gloria Moo Rojess anak kelahiran Tamparuli telah membuat kejutan baru-baru ini setelah menjadi ‘the only Malaysian’ yang disenarai pendek dalam MBC Star Audition Season 2, rancangan realiti show di Korea.

Pada mulanya dia menghantar videonya melalui email sebagai tiket ‘mencuba nasib’ kemudian dia telah dipanggil untuk ujibakat di Seol, dengan tajaan penuh tambang kapal terbang dan hotel untuk penginapan sepanjang ujibakat seterusnya.

Ternyata, percubaan Didi Moo tidak sia-sia setelah dia berjaya di pusingan kelayakan pertama. Didi bukan sahaja membawa nama Malaysia ke industri nyanyian antarabangsa, tetapi juga membawa nama Sabah ke negara yang terkenal dengan muzik K-Pop itu.

Video Didi Moo ketika ujibakat di Korea kini boleh didapati di dalam Youtube, dan kini telah mendapat perhatian beberapa individu di Facebook kerana mereka bangga dengan penampilan Didi Moo memakai baju tradisi Dusun ketika audition tersebut.

Part paling best dalam video tersebut apabila dia disuruh menari Sumazau di hadapan 3 orang pengadil. Dan ya, tentunya dengan suara Didi Moo yang sememangnya unik dan serak-serak basah tu, dia berjaya ke pusingan seterusnya.

Didi Moo yang ditemani oleh kakak sulungnya ketika itu pulang ke Sabah dengan senyuman dan harapan yang lebih besar menanti ujibakat seterusnya.

Namun, ada tugas yang lebih besar, di mana Didi Moo telah mendaftar di UMS dalam bidang muzik. Dalam masa yang sama, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Datuk Masidi Manjun telah tertarik dengan usaha Didi Moo yang mengikuti pertandingan nyanyian bertaraf antarabangsa dan membawa nama Sabah ke Korea, salah satu negara yang menyumbang kepada industri pelancongan negeri ini.

Didi Moo menerima sumbangan berupa wang daripada kementerian. Walaupun jumlahnya tidaklah seberapa, namun cukuplah untuk anak gadis berumur 20 tahun tersebut membuat persiapan sebelum ke audition seterusnya.

Pada 25 September, Didi Moo terbang ke Korea buat kali ke-dua tanpa ditemani oleh sesiapa.

Pada mulanya, Didi Moo kata emaknya akan menemani tetapi oleh kerana kekangan kerja, maka Didi Moo membawa bakat dan hasratnya ke Korea seorang diri. Dia mengucapkan terima kasih kepada Datuk Masidi kerana telah memaklumkan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah di Korea untuk membantu apa yang perlu, termasuk menjemput Didi Moo di airport. At least, adalah tempat mengadu kan.. Hehehehe.

Setelah menghadap pengadil untuk kali ke dua, ternyata nasib Didi Moo tidak berterusan setelah dia tidak dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Ketika pertemuan aku dengan Didi Moo selepas dia pulang dari ujibakat ke dua, Didi Moo menceritakan kenapa dia tidak terpilih “Diorang cakap sebutan Korea saya nda betul. Itu merupakan penyebab mengapa saya tidak terpilih” katanya.

Namun aku dapat melihat dengan jelas riak muka Didi Moo yang puas dan gembira dengan pencapaiannya. Syabas Didi Moo kerana sampai ke tahap tersebut.

Didi Moo merupakan salah seorang ahli kumpulan vokal Jade Sister di mana dia selalu menyanyi bersama tiga lagi adik beradiknya. MBC Star Audition Season 2 di Korea tersebut merupakan pengalamannya yang pertama menyanyi tanpa dua orang kakak dan seorang adiknya.

Kini, Didi Moo sedang meneruskan pelajarannya di UMS dalam bidang muzik. Dia akan terus menyanyi dan mungkin akan mengikuti uji bakat lagi, tapi kali ini dia mahu bersama Jade Sister.

4 Responses to Didi Moo: Dari Tamparuli ke Korea

  1. anak brunei says:

    Tahniah datas kabolehan kemampuannya menghasilkan berniali, brbakti kpd negara dan bangsanya khusus negeri Sabah, Tentang sebutan tidak betul, jangan kecil hati bukan bahasa sabah malaysia, selaku saya orang Brunei satanah dengan sabah bangga dengan penampilannya.

  2. tanakwagu says:

    cuba lagi di hari yg lain, peluang sentiasa ada yg penting kena rakin mencari dan mencuba🙂 aramaitii…

  3. CareCfour says:

    terbaik!

  4. Where can I watch your recorded audition?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: