Pindaan Akta Kerja 1955 WAJIB ditarik balik!

Pekerja dari pelbagai industri turun mendesak kerajaan untuk menarik balik pindaan Akta Kerja 1955. Lokasi: Hadapan bangunan Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu.

Mungkin ramai antara kita yang tahu tindakan piket kebangsaan petang tadi, di mana pekerja dari pelbagai sektor telah turun di beberapa lokasi di negara berhimpun bersama, mendesak kerajaan menarik balik Akta Kerja 1955.

Di Kota Kinabalu, ahli-ahli union pekerja diketuai oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Bahagian Sabah telah turun di jalanraya, lokasi di hadapan Hotel Tang Dynasty.

Pada mulanya, kira-kira 200 orang ahli union telah berkumpul di pejabat mereka di Sadong Jaya, tetapi cuma sekitar 30 orang yang dapat berkumpul di lokasi yang ditetapkan kerana agak kecut dengan kehadiran 71 anggota polis yang lebih awal dari mereka.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana ahli-ahli union bersurai selepas diberi amaran oleh ketua polis bandaraya, Tuan Sofi.

Sebagai pekerja di sektor swasta, aku dengan sepenuhnya menyokong desakan MTUC mendesak untuk menarik balik pindaan yang diluluskan pada bulan lepas.

Kenapa kita perlu menentang pindaan Akta Kerja 1955? Mari kita menambah ilmu berkenaan akta ini…

Terdapat banyak isu dalam pindaan tersebut. Akan tetapi kita hanya tumpu kepada satu isu besar dalam risalah ini iaitu mengenai “KONTRAKTOR TENAGA KERJA” (contractor for labour).

Dengan wujudnya Kontraktor Tanaga Kerja melalui pindaan akta ini, kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dahulu. Sistem pekerja kontrak seperti ini sudah wujud 15 tahun di luar undang-undang.

Demi menghalalkan sistem ini maka pindaan ke atas akta ini dibuat sekarang oleh kerajaan Malaysia.

Jadi, apakah kesan buruk kepada pekerja dengan wujudnya “KONTRAKTOR TENAGA KERJA”?

Kita harus faham Kontraktor Tenaga Kerja akan menjadi pihak ketiga (orang tengah macam agen pekerjaan tu bah…) yang akan menjadi majikan pekerja. Jadi majikan prinsipal atau utama (tempat kita bekerja tu) adalah tempat bekerja dan bukanlah majikan.

Maknanya perhubungan langsung antara pekerja dengan majikan prinsipal seperti sekarang ini tidak wujud lagi.

Pekerja akan mendapat kadar gaji yang sama sepanjang hayat bekerja tanpa kenaikan gaji atau bonus dan faedah-faedah lain.

Tidak mustahil, semua caruman termasuk KWSP, PERKESO dan sebagainya adalah menjadi tangggungjawab Kontraktor Tenaga Kerja dan bukan majikan prinsipal.

Maka, Kontraktor Tenaga Kerja dengan mudah boleh cabut lari bila perniagaannya merosot atau rugi.

Selain daripada itu, antara pindaan lain yang telah dibuat adalah kebenaran membeyar upah kerja lebih masa (overtime) lewat sebulan untuk memberi masa kepada majikan prinsipal untuk membayar kepada Kontraktor Tenaga Kerja. Hanya selepas itu barulah Kontraktor Tenaga Kerja membayarnya kepada pekerja kontrak.

Paling sandi kalau kita kerja time public holiday dan offday, kadar overtime akan tetap pada bayaran yang sama. Ini bermakna mudah untuk pekerja-pekerja di bawah Kontraktor Tanaga Kerja ditindas dan dianiaya.

Sekiranya pekerja ingin menubuhkan kesatuan perundingan dan urusan juga perlu dilakukan dengan Kontraktor Tenaga Kerja tetapi malangnya kontraktor ini bukanlah pengusaha perniagaan. Mereka hanyalah membekalkan pekerja di beberapa jenis syarikat. Jadi, kalau mengikut cerita penrundangannya, sudah tentu para pekerja sangat sukar untuk menubuhkan kesatuan.

Sekiranya pekerja mempunyai tuntutan di mahkamah pula, itu tidak bermakna pekerja boleh mendapat pampasan mereka kerana kontraktor tersebut bukanlah pelabur dan tidak mempunyai modal. Mereka boleh lepas tangan dengan menukar nama kontraktor dengan nama lain.

Paling malang, apabila banyak syarikat akan menubuhkan perkhidmatan pekerja ini dan tidak mustahil terdapat banyak kontraktor dalam satu syarikat atau organisasi dan mereka boleh dipindahkan dari satu kilang atau lokasi ke tempat lain pada bila-bila masa (Flexi-labour).

Bagi kita yang sedang bekerja di syarikat sekarang ini, sekiranya majikan kita membuat keputusan untuk menggunakan akta ini, mereka akan menawarkan Skim

Perpisahan Sukarela (VSS). Selepas menerima VSS, pekerja ‘MUNGKIN’ akan ditawarkan kerja yang sama tetapi ketika itu sudah bertukar ‘hak milik’ kepada

Kontraktor Tenaga Kerja dengan gaji, terma dan syarat yang akan bergantung kepada ‘ikut suka hati’ kontraktor. Kita, sebagai pekerja tadi boleh ditawarkan kerja separuh masa (part-time) sehingga 14.4 jam seminggu (Flexi-labour).

Jadi, adakah anda masih merasakan pindaan ini selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)? TIDAK!

Kerajaan mendakwa pindaan Akta Kerja 1955 ini selaras dengan prinsip-prinsip ILO, tetapi dari segi kenyataanya dengan oindaan ini, ia jelas bercanggah!

Sebagai pekerja di sektor swasta, kekayaan dan keuntungan yang dicapai oleh negara adalah hasil daripada sumbangan para pekerja. Kaum pekerjalah yang bersusah-payah membangunkan negara ini.

Akan tetapi apakah balasan yang kita dapat?

Takkan peruntukan RM50 setiap kali mengundi itu boleh memejamkan mata anda dengan kekejaman ini? Tidak tahulah di mana sudah fikiran kamu kalau tidak bersetuju dengan desakan tarik balik akta ini…

One Response to Pindaan Akta Kerja 1955 WAJIB ditarik balik!

  1. titisaninsan says:

    heeeeeeem Baik tu di tolak lah, soalnya Macam indonesia punya Kontraktor kerja juga begitu lah. banyak yang Lari dan Gaji Pekerja tidak dibayar, selain itu Gaji pekerja banyak juga yang di potong oleh kontraktor contohnya seharusnya satu hari RM 50 yang diberikan kepada pekerja hanya RM 45.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: