Keretapi langgar lori tangki minyak- Bangau Oh Bangau!

Kejadian keretapi bertembung dengan lori tangki minyak di Putatan pada hari Isnin lepas, 31 Oktober 2011 menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak.

Syukurlah tiada yang terkorban mahupun cedera parah. Hanya 12 orang daripada hampir 200 penumpang mengalami cedera ringan.

Dalam kejadian tersebut, sebuah keretapi dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Papar merempuh lori tangki minyak yang dipercayai menggunakan lintasan haram.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Kalau kita imbas kembali, perkhidmatan keretapi ini telah mula beroperasi semula pada 21 Februari 2011 setelah ditutup pada 2007 untuk pembaikan dan penyelengaraan.

Aku masin ingat, hari pertama menaiki keretapi baru bersama ahli media, kebanyakan penumpang memuji akan peningkatan fizikal dan kemampuan keretapi baru tersebut, berbanding dari perkhidmatan sebelumnya di mana ia operasi bermula sejak zaman penjajahan British dahulu.

Ketika hari pertama ulang alik dari Kota Kinabalu ke Beaufort, operasi tergendala sekitar 2 jam kerana sebuah jentera membaiki jalan di tepi landasan telah rosak dan menyebabkan keretapi tidak dapat meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan keretapi tergendala sekitar 2 jam pada hari pertama beroperasi

Selain daripada insiden pada hari pertama, sudah beberapa kejadian yang berlaku di sepanjang laluan keretapi tetapi Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Jabatan Keretapi masih gagal untuk membuat tindakan drastik. Kemalangan demi kemalangan seperti tidak dihiraukan dan menyalahkan mereka yang menggunakan ‘laluan haram’ yang terbuka luas.

Terlalu banyak kenyataan akhbar telah dibuat oleh pihak-pihak ini menyatakan keseriusan mereka MENGUTAMAKAN KESELAMATAN PENDUDUK KAMPUNG yang tinggal berdekatan dengan laluan.

Malah, 70 ‘laluan haram’ telah dikenalpasti tetapi tidak menutupnya.

Setelah kejadian yang mendapat perhatian ramai ini menjadi isu nasional dan antarabangsa, maka pihak-pihak tersebut kini menyalahkan orang kampung. Malah, pemandu lori tersebut dikatakan akan dibawa ke muka pengadilan.

Memang la pemandu tu ‘ampai-ampai’ salah sebab pihak JKR, kementerian, jabatan keretapi dan pihak-pihak lain yang tidak mahu dipersalahkan telah melabel laluan tersebut sebagai “LALUAN HARAM”. Jijik betul perangai diorang ni. Baling batu, sembunyi tangan.

Logik ka sejak 2007 laluan ini diselenggarakan mereka tidak dapat keluarkan peruntukan untuk mencari alternatif lain supaya tiada kemalangan berlaku? Sebagai contoh, memasang lampu amaran di setiap laluan haram (kerana keselamatan MANUSIA lebih penting) ataupun membina laluan lain khas untuk kegunaan orang kampung kerana mereka perlu bergerak untuk menjalankan aktiviti harian (SEPATUTNYA SUDAH DILAKUKAN SEBELUM BEROPERASI PADA BULAN FEBRUARI).

Kalau betul orang kampung salah, kenapa tidak mendakwa mereka dari dulu lagi? Kenapa SEKARANG baru dakwa pemandu lori tersebut? Adakah kerana takut tidak mendapat undi rakyat? Adakah memenangi undi lebih penting daripada nyawa mereka?

Kenapa perlu menunding jari kepada seorang insan yang tidak mahukan perkara ini berlaku? Kenapa KORBANKAN pemandu lori tersebut sedangkan kerajaan patut bertanggungjawab dengan kecuaian mereka?

Dan kini… menteri (Tan Sri Pairin) pulah arahkan semua ‘laluan haram’ ditutup serta merta. Apa akan jadi kepada orang kampung yang selalu menggunakan laluan tersebut? Di mana mereka jalan selepas ini?

Ingat lagi tak kos pembuatan projek tersebut berjumlah RM360 juta? Kenapa perkara penting yang melibatkan keselamatan nyawa rakyat dibelakangkan, dan bangunan megah yang hanya menunjuk-nunjuk kemewahan ini pula diberi keutamaan? Projek keretapi ini sudah beroperasi hampir setahun, tapi keselamatan langsung tidak terjamin kerana ‘berjimat-cermat’, tidak membina infrastruktur yang sepatutnya…

Begitu jauhnya laluan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort, cuma ada beberapa sahaja ‘LALUAN HALAL’ yang ada. Logik ka untuk diterima, orang kampung dan pelajar sekolah terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer hanya kerana perlu menyeberangi ‘LALUAN HALAL’ tersebut? Di mana timbang rasa mereka?

Apabila menteri yang sepatutnya incharge ketika itu, Raymond Tan ditanya kenapa lampu isyarat yang sepatutnya dipasang di setiap laluan yang dikenalpasti tidak pasang, Raymond Tan ternyata tidak mahu dipersalahkan dalam hal ini.

Dia menundung jadi kepada menteri incharge ketika ini (Pairin) kerana dia kata dia sudah tiada sebarang akses kepada fail-fail berkenaan apa yang sudah dilaksanakan dan apa yang belum dilaksanakan menurut pelan asal projek tersebut.

Nah, tuding punya tuding… rakyat pula yang dipersalahkan. INIKAH PEMIMPIN YANG KAMU MAU?

Kejadian ngeri, tangki minyak meletup ketika dilanggar keretapi

Lorong haram ditutup serta-merta. Alangkah baiknya kalau penutupan lorong ini telah dilakukan sebelum keretapi mula beroperasi... Kan? Tapi malangnya bangunan pejabat negeri berjuta-juta itu lebih penting daripada nyawa rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: