Dilema Seorang Wartawan

Tahun 2011 hampir berlabuh, maknanya sudah hampir 3 tahun aku berkhidmat sebagai wartawan untuk akhbar tempatan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Aku mula bertugas pada Januari 2009 sebagai kadet reporter, kemudian ‘dinaik taraf’ sebagai pemberita dan wartawan penuh selepas setahun berkhidmat. Selama tiga tahun ini, aku mendapat banyak input, pengalaman dan maklumat baru bukan sahaja yang datang setiap hari malah setiap jam dan saat.

Syukur, aku telah mendapat beberapa anugerah selama tiga tahun berkhidmat. Walaupun tidaklah seberapa tapi sekurang-kuragnya untuk menambah pengalaman:

1. Merit Award: Kinabalu Shell Press Award 2009, Feature and News Feature Category (Solo Entry)

2. Merit Award: Kinabalu Shell Press Award 2010, Business and Economic Reporting Category (Solo Entry)

3. Merit Award: Kinabalu Shell Press Award 2010, News Reporting Category (Group Entry)

4. Merit Award: Ministry of Industrial Development (MID) Journalism Award 2011 (Solo Entry)

5. Merit Award: Kinabalu Shell Press Award 2011, Entertainment Reporting Category (Solo Entry)

6. Silver Award: Petronas Mayor Press Award 2011, News Feature Category (Solo Entry)

7. Silver Award: Petronas Mayor Press Award 2011, News Reporting Category (Group Entry)

Walaupun terdapat tujuh sijil terkumpul selama tiga tahun, itu tidaklah mencukupi untuk menjadi penulis yang betul-betul memberikan kesan kepada pembaca. Aku masih ‘hijau’ dalam bidang ini tapi aku sanggup untuk belajar dan tidak sekali-kali ‘hidung tinggi’. Aku perlukan tunjuk ajar dari semua…

Suasana kerja di pejabat yang sangat santai menyebabkan aku sangat selesa dengan kerja ini. Malahan, hubungan baik dengan rakan-rakan wartawan di sekitar ibukota juga menambah semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik.

Cuma… seperti juga kerjaya yang lain di dunia ini, kita tidak pernah terlepas daripada masalah dan dilema.

Aku sudah menulis lanjut cerita berkenaan beberapa ‘budaya negatif’ di kalangan wartawan tetapi akhrinya mengambil keputusan untuk memadamnya kerana untuk menjaga nama baik beberapa pihak, walaupun bukan berada di dalam pejabat yang sama.

Dengan keistimewaan menjadi orang pertama yang selalu mendapat berita yang akan disiarkan keesokan harinya, wartawan mempunyai dilema sendiri. Kami berhadapan dengan ‘individu-individu yang berkuasa’, syarikat-syarikat besar dan juga pelabur yang mungkin menjadi tulang belakang kepada akhbar tempat bekerja.

Apa sahaja berita yang anda baca di dada akhbar tersebut tidak semuanya dijelaskan dengan lengkap kerana akhbar mempunyai ruang yang terhad. Maka, pembaca adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada sumber pelbagai, jangan mengharapkan satu bahan sahaja kerana berita yang dibuat juga tidak semestinya ditekan dengan cara yang sama kerana setiap wartawan mempunyai cara untuk menulis dan ‘approach’ berita sendiri.

Apa yang pastinya, asas kewartawanan itu adalah menjadi ‘penyampai’. Apa sahaja orang itu cakap, kami sampaikan kepada pembaca. Tidak seharusnya ada tokok tambah dalam menulis berita. InsyAllah, saya akan terus berpegang kepada prinsip tersebut. Tidak sanggup memegang dosa fitnah…

Namun, paling menyedihkan apabila ada juga beberapa wartawan yang mengundang ‘trouble’ dengan pelbagai karenah yang bertentangan dengan etika kewartawanan. Sedih dan kecewa, tapi jauh sekali untuk menegur kerana saya tahu saya masih baru dalam bidang ini. Tidak mahu dikata memandai-mandai nanti dipulau pula. Tidak mahu juga mengeruhkan keadaan…

Syukurlah, blog ini, twitter dan Facebook menjadi medium alternatif untuk ‘meluahkan’ apa yang patut. Orang cakap ‘sendiri mau ingatlah’… Kan?

Walau apapun perjalanan manis dan pahit yang dilalui selama 3 tahun ini, saya mengharapkan perjalanan yang lebih luas untuk kerjaya saya di masa hadapan.

Saya mendoakan agar pencapaian kita di tahun hadapan adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih di atas kesudian menjadi pembaca blog tidak seberapa ini.

Selamat Tahun Baru 2012.

Love,

Lady Mariah.

P/S: Tahun ini saya sudah naik pangkat menjadi tunangan orang… Moga urusan berjalan dengan lancar di tahun hadapan.

4 Responses to Dilema Seorang Wartawan

  1. joe says:

    walaupun masih baru dalam bidang kewartawanan, saya nampak Lady ni ada minat yg mendalam dalam hal ehwal awam, cinta untuk profession dan etika. Saya ada punuh keyakinan Lady akan mencapai kemajuan yg lebih tinggi tahun 2012 dan tahun2 yg akan datang. BTW, love the Red Rose!

  2. ladymariah says:

    thanks, joe.
    really appreciate ur support.

  3. sumbiling says:

    teruskan perjuangan… perjalanan masih panjang.. all the best

  4. ladymariah says:

    thanks, love. bah bila kita buli backpack sama-sama ni? hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: