Landskap Politik Sabah Sepanjang 2011

Salam.

Maaf kerana sudah jarang membuat entri ke dalam blog ini. Bukan kerana sibuk, tapi terlalu letih dengan kerja sampaikan tidak berdaya untuk post banyak perkara di dalam blog.

Hari ini adalah hari pertama tahun baru 2012. Moleklah kalau aku berkongsi sedikit perkembangan politik Sabah untuk refresh memori kita.

Politik di negeri ini melakar banyak drama sepanjang 2011. Kita menyaksikan pelantikan speaker dewan undangan yang baru dan pemilihan timbalan ketua menteri yang baru. Seorang menteri yang selama setahun setengah tidak menyertai apa-apa parti kini telah membuat keputusannya. Secara keseluruhannya, semua parti dari kerajaan dan pembangkang bermainan dengan teka-teki Pilihanraya ke-13. Bukan sahaja pemimpin, tapi pengundi dan bloggers membuat prediction sendiri.

Selepas kejayaan penganjuran himpunan aman BERSIH 2.0, Datuk Dr. Max, menteri federal berasal dari Sabah telah menjadi ketua jawatankuasa pilihan khas parlimen, yang mana bertujuan untuk memastikan pilihanraya yang bersih. Kelapan-lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak sampai melalui tangan ketua Bersih 2.0, Datuk Ambiga kerana Bersih 2.0 dianggap sebagai pertubuhan haram, dan sebarang laporan atas nama Bersih 2.0 tidak diambil kira.

Manakala, president UPKO, Bernard Dompok yang juga menteri federal telah menyatakan persetujuannya pada bulan Ogos, akan penggunaan dakwat hitam ketika mengundi berbanding sistem biometrik untuk mencegah daripada pengundi hantu mengundi lebih dari sekali, at least kurangkan penipuan ketika pilihanraya.

Presiden SAPP, DSP Yong Teck Lee pula menegaskan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan masalah pendatang asing tanpa izin si Sabah.

Sementara, timbalan ketua menteri yang juga persiden PBS, Tan Sri Pairin mengatakan TIDAK kepada cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan sistem undi proksi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu temubual dengan media memberitahu suruhanjaya itu sedang mempertimbang untuk melaksanakan sistem undi proksi pada pilihan raya umum akan datang.

Undi proksi adalah sistem yang membolehkan individu tertentu membuang undi bagi pihak pengundi berdaftar yang lain seperti biasa diamalkan dalam mesyuarat agung tahunan badan korporat. Cadangan tersebut adalah sebahagian daripada 30 cadangan pindaan yang telah dibentang SPR di Parlimen pada bulan Mac. Kata Pairin, sistem undi proksi tidak selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

Tidak lama selepas itu juga, Pairin menyelar tuduhan SAPP bahawa pemimpin KDM dalam BN adalah ‘tools’ semata-mata. Pairin menegaskan pemimpin KDM dalam BM bekerjasama dengan perti komponen lain dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam bulan Jun 2011 pula, Pairin menamatkan gossip di kalangan penyokongnya bahawa dia akan bersara dari mengetuai PBS. Dia mengumumkan istilah ‘pencen’ dalam dunia politik adalah masih jauh dalam fikirannya.

Dalam perkembangan lain, ketua PKR yang bernama Pajudin Nordin telah ‘melompat dari kapal’ dan menyertai UMNO pada bulan Febuari. Pada mulanya, Pajudin telah dilantik oleh president PKR Wan Azizah, namun dia menyatakan kehendaknya untuk keluar dari PKR kerana kecewa dengan bekas ketuanya itu dan Anwar.

Tahun lepas juga kita menyaksikan bekas ketua menteri, DSP Salleh Tun Said mengangkat sumpah sebagai speaker dewan undangan yang baru selepas pelantikan TYT yang baru, Yun Juhar Mahiruddin menggantikan Tun Ahmadshah.

Manakala, menteri belia dan sukan Datuk Peter Pang menyertai parti Gerakan selepas 6 bulan tidak berparti. Dia meninggalkan LDP setelah pemimpin LDP menyatakan mereka tidak dapat lagi bekerjasama dengan ketua menteri DS Musa Aman. Peter Pang meletak jawatannnya sebagai timbalan ketua menteri, manakala kuota kaum Cina tersebut telah diserahkan kepada timbalan presiden PBS, Datuk Yee Moh Chai.

Pelantikan tersebut tidak diterima baik oleh LDP apabila pada bulan Mac presiden LDP Datuk VK Liew mengkritik tindakan Musa sebagai tindakan tidak bijak kerana melantik kedua-dua timbalan ketua menteri dari parti yang sama: PBS (Yee Moh Chai dan Pairin).

Seperti yang dijangka, ketua menteri Musa Aman membalas kritikan LDP dan menyatakan komitmennya untuk terus mendengar pandangan LDP, asalkan mereka masih bersama dalam perjuangan BN.

Cerita Peter Pang menyertai Gerakan tidak berhenti di situ. Tindakannya telah menyebabkan MP Kalabakan, Datuk Ghapur telah menanyakan soalah di parlimen samada akan membenarkan Gerakan untuk memasuki Sabah dan bertanding di negeri ini. Ghapur dengan terang-terangan mengatakan Gerakan adalah parti yang tidak boleh menang di Sabah. Dia juga mengaitkan semua pemimpin dari Sabah yang menyertai Gerakan sebagai ‘KATAK” kerana sanggup meninggalkan parti lama semata-mata untuk terus memegang jawatan dalam kabinet.

Musa yang memberi respon kepada statement Ghapur berkata itu adalah pandangan peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan pandangan BN secara keseluruhan.

Setelah tahun 2011 hampir ke penghujungnya, BN dan PR semakin sengit mengukuhkan kedudukan masing-masing. Musa mahukan pemimpin BN bekerjasama untuk memenangi pilihanraya, manakala PR melalui Buku Jingga dengan jelas akan memberikan kepastian bahawa Sabah akan memberikan kebebasan dalam sistem pendidikan yang selama ini dicengkam oleh federal. PR juga berjanji akan membuat review cabotage policy yang menyebabkan kesengsaraan di Sabah, menanggung harga barang yang sangat mahal. SAPP masih belum mendapat kata putus samada menyertai PR atau tidak, tetapi berjanji akan terus memperjuangkan autonomi Sabah.

Penutupan cerita politik 2011 dikipas dengan cerita Mohd Akjan Ali Muhammad, seorang bekas pemimpin Umno yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dengan lancang menolak cadangan RCI. Ramai pemimpin dari parti komponen BN yang tidak berpuas hati mengapa Akjan masih boleh sesuka hati membuat kenyataan media sedangkan taraf kewarganagaraannya yang masih diragui.

Pertama kali Akjan membuat sidang media, dia cakap dia sedang menyiapkan sebuah buku menerangkan kedudukannya sebagai warga Malaysia yang setia dengan kepimpinan kerajaan. Dia juga menyatakan penolakan RCI kerana katanya pengundi hantu tidak terdapat di Sabah. Akjan juga menegaskan dia akan membawa beberapa individu ke mahkamah kerana menuduhnya bukan-bukan.

Paling hebat, Akjan pengadakan sidang akhbar pada tahun baru 1 Januari 2012 (hari ini) bahawa dia mahukan rakyat Sulu yang tidak diterima oleh negara Filipin agar debebaskan dari tahanan Rumah Merah demi kemanusiaan.Kita ikuti perkembangan politik Sabah tahun ini. Kalau boleh, ingatkan aku untuk membuat entri lebih banyak pada tahun ini.

P/S: Aku kagum dengan kekerasan hati Akjan menyelamat orang-orang sebangsa dengannya, sedangkan pemimpin kita sendiri tidak mempunyai hati perut sanggup membiarkan ramai orang kampung masih berada di tahap miskin tegar, tidak mempunyai bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik, tiada pendidikan sempurna (sedangkan pengumuman dibuat kononnya NEGARA KAYA-RAYA!)

3 Responses to Landskap Politik Sabah Sepanjang 2011

  1. ne says:

    Sultan Akjan?…;napa govt diam ja?

  2. ladymariah says:

    tiada bah yang berani lawan dia ni… mau cakap pun susah…

  3. amanda says:

    sepa la mau lawan orang sendiri …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: