Pemimpin PR Sabah Jangan Mimpi Atur Projek Selepas Memerintah! – Anwar

Ketibaan DS Anwar ke Kota Kinabalu tengahari tadi untuk menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR KK adalah antara event yang dinanti-nanti kerana hari ini adalah hari pertama Anwar menjejak kaki ke Sabah setelah ‘dilepaskan’ dari tuduhan Fitnah 2 oleh hakim mahkamah tinggi, pada 9 Januari baru-baru ini.

Aku datang bersama media lain ke dewan Kian Kok, Likas sekitar 30 minit sebelum ketibaan Anwar, menantikan apakah ‘highlights’ dalam ucapannya kali ini.

Ramai yang menjangkakan dia akan mengimbas kembali Kes Fitnah 1 dan Kes Fitnah 2, tapi Anwar tidak bercakap berkenaan hal tersebut, malah katanya dia maafkan ‘mereka-mereka’ yang menganiaya dirinya.

Anwar kata, perjalanan di hadapan masih jauh lagi. Orang yang ingin maju perlu berfikiran jauh ke hadapan, cerita lama biar tinggal di belakang dan maafkan orang yang sengaja menjatuhkan (Aku percaya, setiap sebanyak mana kita memaafkan orang yang bersalah kepada kita, Allah akan melimpahkan lebih banyak kurnia).

Oleh kerana sambutan CNY di Sabah dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa, Anwar dengan sejelas-jelasnya mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang mendoakan kebaikannya.

Walaupun berbeza kepercayaan, Anwar merakamkan terima kasih bukan sahaja kumpulan-kumpulan masjid yang menghantar mesej untuk mendoakan kebaikan untuk Anwar tetapi juga kepada semua gereja-gereja dari pelbagai dominasi serta kuil-kuil yang mengadakan sembahyang khas untuk memberikan kekuatan dan melindungi orang yang dianiaya kerana kuasa.

Menurut Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak, segala sistem dan dasar yang menganiaya warganagara Malaysia dan cuma memberikan keuntungan kepada sesetengah pihak berkuasa sahaja akan dihapuskan serta merta dan digantikan dengan dasar dan sistem baru yang lebih baik, mengikut kehendak rakyat sendiri.

Aku personally suka bila Anwar kata sistem kewangan dalam PR perlu telus, kukuh dan tegas.

“Kalau PR memerintah Sabah, kerajaan akan kembalikan sekurang-kurangnya 20 peratus royalti minyak kepada negeri ini. Tapi harus diingat, wang tersebut untuk rakyat, untuk pembangunan dan pembelaan sewajarnya. Bukan untuk wakil rakyat. Jadi, kalau mahu jadi pemimpin PR jangan bermimpi untuk mengatur projek. Sistem kewangan perlu telus, kukuh dan tegas. Trust no one with money” – Anwar Ibrahin, KK PKR Chinese New Year 2012.

Ini adalah quote kegemaran aku sepanjang ucapan beliau. Jangan harap la pemimpin BN berani memberikan statement atau ucapan begini kerana bukti nyata telah diberikan setelah hampir sepenggal memerintah, laporan Audit Negara meletakkan negeri yang terbaik menjaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor. Ini kerajaan PR.

Anwar kata, pada tahun 2008 banyak kata-kata dari pemimpin Sabah dan Sarawak mahu memberikan peluang kepada BN untuk memperbaiki keadaan, namun perkara pokok seperti dasar dan sistem yang ‘corrupted’ tidak menampakkan perubahan.

Dia berharap rakyat Sabah dan Sarawak akan memilih PR kerana BN telah GAGAL memperbetulkan apa yang SONGSANG di kalangan pemimpin.

Anwar mengimbas kembali ketika dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri, ketika itu di Ketua Menteri Sabah ialah Sakaran Dandai. Dia telah menerima mesej dari kerajaan negeri bahawa rakyat dan negeri Sabah telah menyumbangkan 50ribu ekar kepada ayah Anwar sebagai tanda penghargaan.

Anwar sangat hairan bagaimana Ketua Menteri Sabah ketika itu mempunyai kuasa untuk memberikan tanah sebesar itu sesuka hati tanpa persetujuan dirinya sendiri. Anwar kata dia terkejut kenapa tanah di Sabah diberikan kepada orang luar tanpa sebab, sedangkan ketika itu ramai lagi penduduk negeri Sabah yang berhadapan dengan masalah tanah.

Akhirnya, Anwar sendiri menulis surat rasmi kepada Sakaran “MENGARAHKAN” naman ayahnya dibuang dari pemilik tahan 50ribu tersebut. Anwar mencabar kerajaan negeri untuk memeriksa fail sekiranya tidak percaya dengan kata-katanya.

Apa yang Anwar cuba jelaskan adalah bertapa senangnya Ketua Menteri memberikan tanah kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan, tanpa mengikut sistem yang sepatutnya. Inilah yang menyebabkan ramai orang Sabah terkapar-kapar meminta tanah mereka diserahkan kembali, namun Ketua Menteri tidak pula selesaikan masalah tersebut dengan “KUASA” yang ada padanya.

Secara kesimpulannya Anwar kata kalau mahu negara ini “Mien Mien Hao” (Tahun-Tahun Bagus), maka rakyat perlu consider untuk memberi peluang kepada PR untuk memerintah negara ini. Rakyat di Semenanjung sudah bangun, inilah masanya Sabahan bangun mencari harapan baru!

Teringat pula dengan janji PR untuk melaksanakan 10 perkara dalam masa 100 hari memerintah Sabah melalui Buku Jingga. Maknanya janji tersebut adalah janji bertulis. Orang bilang Hitam Putih la bah kan… Apakah 10 janji Buku Jingga versi Sabah?

BUKU JINGGA SABAH:

1. Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan  bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.
2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.
3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Di-Raja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.
4. Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.
5. Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.
6. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.
7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
8. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.
9. Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.
10. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.
Kalau tengok secara logiknya, ini baru 100 hari memerintah bah kan? Apa lagi kalau beri peluang 5 tahun untuk memerintah. Kalau rasa janji tidak tertunai, tukar saja la pigi STAR ka… SAPP ka… yang penting bukan BN. Cukup-cukuplah tu.

P/S: Bagus juga kalau ada persefahaman untuk gabungkan STAR dan SAPP dalam PR kan? Tapi buli ka itu?

2 Responses to Pemimpin PR Sabah Jangan Mimpi Atur Projek Selepas Memerintah! – Anwar

  1. gamanpansiangan says:

    biar lah terpulang kepada rakyat sabah sebagai pengundi memilih pemimpin mereka

    • gamanpansiangan says:

      BUKU JINGGA SABAH( 10 janji yang akan di laksanakan oleh kerjaan PR apa bila menang nanti) sebelum ini belum pernah ada pemimpin buat janji seperti ini. kenapa kita tidak cuba , belum cuba belum tahu, belum memerinta belum kita tahu kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: