Macamana tabur janji kosong kalau benda belum jadi?

Sebelum mengulas lanjut, sila baca petikan akhbar ini.

Anwar Hanya Tabur Janji Kosong Untuk Raih Sokongan Rakyat Sabah, Kata Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) — Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

“Ini kerja pembangkang… mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

“Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam. Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

“Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji,” katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya “tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong”.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

“Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Apakah ertinya ‘janji kosong’ pada anda? Kalau hari ini saya berjanji untuk membayar hutang kad kredit pada hujung bulan, adakah anda berhak kata itu adalah janji palsu walaupun sekarang masih di pertengahan bulan?

Inilah kekeliruan dengan statement Musa. Kalau betul Anwar janji kosong, apa kata serahkan Sabah kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk 1 penggal. Biar rakyat tengok adakah PR boleh tunaikan janjinya? Actually benda ni (janji 20 peratus royalti minyak untuk Sabah) bukanlah perkara baru.

Benda ni bukan sahaja Anwar tetapi ia telah terkandung dalam Buku Jingga edisi Sabah. Janji PR adalah untuk menunaikan 10 janji dalam masa 100 hari selepas memerintah. Sebagai rakyat yang benar-benar mengikuti penderitaan Sabahan dan kemahuan mereka sejak dulu, aku melihat Buku Jingga adalah deal yang terbaik untuk kita.

Bukan apa, kalau penubuhan RCI pun tidak mendapat sokongan jitu, inikan pula untuk menunaikan permintaan-permintaan orang Sabah yang sekian lama tertunggak? Alah, paling senang jalanraya ke Sonsogon Magandai dan perkampungan Sonsogon lain di kawasan Kota Marudu…

Kalau PR boleh buat lebih baik apa salahnya tukar government? Bukannya lama sangat pun, 5 tahun sahaja berikan peluang. Lepas itu tengok sejauh mana mereka boleh deliver.

Jangan telampau taksub sama BN tu. Dalam masa yang sama, jangan juga taksub dengan PR. Kita ni kena hidup dengan logik dan berbatas. Fikiran biar ada akal sikit. Biar sekolah tidak tinggi, tapi jangan kena pijak, jangan ikut telunjuk orang, jangan jadi tukang kipas punggung!

Betul juga cakap ketua PKR Sabah, Ahmad Thmarin Jaini ketika aku hubungi petang tadi untuk meminta komen berkenaan statement Musa. Thamrin kata adalah tidak adil Musa membuat pre-judgement sebelum PR memerintah.

Thamrin kata Musa tidak layak untuk berkata bahawa Anwar mahupun ahli pembangkang cuma berjanji kosong dengan kenaikan 20 peratus royalti minyak kerana Musa sendiri tidak berusaha ke arah itu.

Betul juga la kan? Kenapa Musa perlu marah kalau dia sendiri tidak pernah berusaha untuk fight demi Sabah? Kenapa Musa sendiri tidak pernah respon secara serius berkenaan isu pendatang asing? Hmmm itu pendapat peribadi aku la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: