PM datang Sabah tanpa umum penubuhan RCI

Balik sahaja dari trip pelancaran MASwings di Tarakan, Indonesia semua wakil media mula sibuk dengan kedatangan PM ke Sabah, apa tidaknya ramai yang menanti-nanti pengumuman penubuhan RCI untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PATI) yang berleluasa di Sabah.

Syukurlah aku tidak ditugaskan untuk ke Sipitang mahupun Lahad Datu kerana ada reporter lain yang ditugaskan ke sana.

Setelah berlalu dua hari PM Najib ke Sabah, langsung tiada sebarang announcement berkenaan RCI. Pada hari pertama, mungkin boleh terima la dia tidak announce sebab perasmian SAMUR tu nanti ter’overshadow’ pulak. So… tunggu punya tunggu sampai habis dia melawat Lahad Datu, tiada sebarang pengumuman.

Kalau ikutkan respon dari kebanyakan Sabahan yang mahukan RCI ditubuhkan, kedatangan PM ke Sabah adalah ibarat kepulangan seorang ayah yang membawa kereta mainan seperti yang dijanjikan. Tapi akhirnya dia pulang dengan tangan kosong, lugai-lugai…

Walupun respon dari pihak lain tidak seberapa panas, tapi sudah ramai yang ‘mengamuk cara sopan’ di dalam laman-laman web menyatakan kekecewaan mereka. Aku tidak menyangka, salah satu komponen BN Sabah telah menghantar SMS kepada anak-anak muda Sabah bertanyakan respon mereka dengan kedatangan PM tanpa membuat sebarang pengumuman.

Bagi aku, keperluan RCI adalah sangat mustahak, patut ditubuhkan dan dilaksanakan SEGERA sebelum pilihanraya ke 13. RCI bukan setakat pada nama tetapi perlu ada pelaksanaan di peringkat akar umbi, punca dan dalang di sebaliknya harus DIHAPUSKAN.

Bumi Sabah adalah bumi kita. Kita yang menentukan siapa pemimpin yang kita mahu, mengikut apa yang kita perlukan. Malangnya, tiba-tiba ada pelesit luar yang mengambil hak kita, menjadi pemilih dan lebih teruk lagi mendapat keistimewaan LEBIH daripada orang tempatan.

Jauh sekali aku anti atau membenci negara jiran kita, tapi kemasukan mereka ke Sabah haruslah melalui PINTU yang sah dan dangan dokumen yang valid. Kalau setakat bekerja dan melawat tu apa salahnya, bukan menjadi sebahagian daripada kita, penentu masa depan negara. ITU JANGAN KACAU, SEBAB MILIK DAN HAK KITA!

Jadi, setelah selama ini kerajaan didesak dengan penubuhan RCI dan PM juga ‘kononnya’ mahukan RCI untuk menjamin hak istimewa Sabah, malannya itu cuma kata-kata manis untuk meredakan tangisan orang sabah. Sebenarnya, pengumuman sebelum ini kononnya mahukan RCI cuma ‘terek manyung’!

Selepas balik dari Sabah, ramai rakyat memberontak dan beramai-ramai comment di FB dan juga twitter Najib, dan dia sekali lagi cakap penubuhan RCI akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

Bilakah masa sesuai? 1 bulan sebelum pilihanraya? 1 hari sebelum pilihanraya? atau 1 minggu sebelum pilihanraya?

Begitu RENDAH ka martabat kita sampaikan benda begini hanya dibuat ketika pilihanraya? Di mana bah kuasa kita sebagai rakyat? Kita harus lebih kuat untuk mempertahankan hak kita! Tapi bertepuk sebelah tangan tiada bunyi…

One Response to PM datang Sabah tanpa umum penubuhan RCI

  1. amanda says:

    masa yang sesuai — > bila suda terlambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: