Bersih 3.0 Sabah

Image

Kita amat bertuah kerana Bersih telah sampai ke Sabah dengan semangat baru setelah ketibaan pengerusi Dato’ Ambiga Sreenevasan hari ini ke Kota Kinabalu.

Bagi anda yang tidak dapat menghadirkan diri pada pelancaran ‘Jom 100’ petang tadi di Oriental Hotel Karamunsing, pesan Ambiga adalah membawa mesej kesedaran akan perlunya menghargai hak kita sebagai pemilih.

Kempen ‘Jom 100’ ini bertujuan untuk mengenalpasti pengundi yang layak serta memberitahu mereka pentingnya hak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Manakala, oleh kerana Bersih 3.0 pada 28 April 2012 ini akan diadakan secara besar-besaran di Kuala Lumpur, itu tidak bermakna kita di Sabah akan ketinggalan. Bagi mereka yang mahu menyertai himpunan Bersih 3.0 Sabah, anda boleh ‘like’ page Bersih 3.0 Sabah dan twitter @BERSIHSabah untuk maklumat lanjut.

Bagi anda yang tidak menyertai perhimpunan ini, anda boleh berpakaian kuning dan berkumpullah dalam 3-4 orang untuk bercerita dan bertukar-tukar idea berkenaan hak mengundi yang terkandung dalam perlembagaan negara bagi membantu menyebarkan mesej yang sama, menuntut pilihanraya yang bersih.

Bagi anda yang masih ‘blur’ apakah 8 tuntutan Bersih 3.0, sila baca di sini:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Bersih 3.0 yang memilih tema DUDUK BANTAH dan juga perhimpunan ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan dunia sebagai desakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihanraya bersih dan adil seperti yang sepatutnya. Pemimpin Bersih dan pengamal undang-undang pembangkang berjanji bahawa perhimpunan yang akan diadakan secara aman malah tidak akan mendatangkan kekecohan dan rusuhan seperti yang berlaku sebelum ini (Source – KL Pos).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: