Adun Sekong beri Mykad kepada perempuan simpanan dari ‘seberang’?

Dua hari lepas kita dipaparkan dengan berita tergempar, ketua penerangan SAPP mendedahkan seorang ahli dewan undangan negeri, dipercayai ‘Datuk S’ telah membantu wanita simpanannya warga Filipina untuk mendapatkan Mykad walaupun dia masih mempunyai passport negara asal.

Pada mulanya persoalan ini menyebabkan kami di bilik media membuat teka-teki siapakah ahli dewan undangan negeri yang dimaksudkan kerana ada ada beberapa orang juga yang namanya bermula dengan S dan berpangkat Datuk. Sehingga hari ini aku ternampak di Facebook seseorang yang bernama Danny Banang membuat comment di laman sosial tersebut bahawa individu yang dimaksudkan ialah Datuk Samsudin Yahya iaitu ahli undangan negeri Sekong. Betul atau tidak hanya tuan punya badan yang tahu, kan?

Aku bukannya kenal Sekong ni secara peribadi, tapi selalu nampak dan mendengar dia buat kecoh di dewan undangan negeri setiap kali ahli dewan undangan negeri Sri Tanjung Jimmy Wong membuat ucapan perbahasan.

Menurut dakwaan SAPP, perempuan simpanan tersebut merupakan warga asing tanpa izin tetapi telah dibantu oleh kekasihnya mendapatkan MyKad dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli yang berhormat. Tidak tahu la kebenarannya kan… Tentu berita-berita di surat khabar akan bertambah menarik dalam beberapa hari ini.

Oleh kerana boss suruh aku buat followup berkenaan statement tersebut, aku menghubungi pengarah imigresen Sabah Mohammad Mentek dan pengarah JPN Ismail Ahmad untuk maklumat lanjut. Macam biasa la, jika soalan begini diorang akan berusaha untuk pendekkan perbualan. Tidak boleh salahkan diorang juga sebab mungkin diorangpun bukan tahu siapa. Lagipun tiada sebarang laporan lengkap dibuat. Ismail cakap JPN susah untuk membuat siasatan memandangkan tiada bukti fizikal dari segi kad pengenalan dan nama untuk rujukan. Manakala, Mohammad kata pihaknya akan membuat siasatan sekiranya cukup maklumat tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Aku mahu tahu juga apa tindakan SAPP selepas ini. Adakah mereka memberikan bukti? Apa pula yang akan dibuat oleh JPN dan Imigresen sekiranya mendapat bukti? VERY INTERESTING KAN!

Oh ya, bagi anda yang tidak mengenali Adun Sekong, sini saya sertakan gambar. Tapi jangan menilai seseorang sebelum mengetahui kebenaran ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: