Bersih 3.0 Sabah: Kenapa aku duduk bantah?

28 April 2012, buat pertama kali aku bersama ribuan Sabahan yang turun ke Padang Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu, menunjukkan sokongan penuh untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih: Bersih 3.0 Duduk Bantah.

Sebelum ini, cuma semangat di Kuala Lumpur sahaja yang aku pernah rasai. Manakala, sejak dua minggu lepas aku dapat merasakan gelombang kuning di bandaraya ini agak kuat. Tentunya ramai penghinaan daripada golongan tertentu yang tidak memahami apakah kesemua tuntutan Bersih, dan memaki hamun penyokong Bersih yang awal-awal lagi digelar perusuh, pembangkang dan macam-macam lagi.

Aku tidak mengharapkan nombor yang besar untuk himpunan Bersih 3.0 Sabah kerana pengalaman lepas iaitu Bersih 2.0 pada bulan Julai 2010, hanya sekitar 200 sahaja yang berkumpul, itupun di kawasan berasingan. Ada yang di Luyang, Penampang… dan juga beberapa lokasi lain. Sambutan agak hambar kerana kekangan daripada pihak pemerintah.

Kali ini, oleh kerana bahang-bahang pilihanraya sudah mulai terasa, pemimpin dari persekutuan berulang-alik ke negeri ini… maka timbul pertanyaan dalam hati, kenapa Suruhan Di-Raja (RCI) untuk masalah pendatang asing tanpa izin dan Projek IC tidak ditangani dengan segera setelah beberapa bukti telah diserahkan kepada pihak pemerintah dan SPR oleh pemimpin di Sabah tidak kira pembangkang ataupun beberapa pemimpin parti dari komponen BN?

Nampaknya bukan aku sahaja yang mahukan tuntutan RCI disegerakan. Ramai lagi yang mahu, dan maka itulah kehadiran Bersih 3.0 Sabah melebihi 2 ribu orang.

Pembaca sekalian, sebelum anda memberikan komen positif atau negatif, sila rujuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Sebagai warganegara Malaysia, aku berpegang kepada hak tersebut. Kalau anda tidak menyokong himpunan Bersih, itu hak anda. Mungkin ramai di antara kita yang tidak suka berpanas di bawah bahang mentari. Tapi, pintaku cuma mamahami kesemua tuntutan.

Mungkin kita perlu menarik nafas dengan dalam dan terpaksa menerima hakikat bahawa sistem pilihanraya di negara kita sememangnya sudah di tahap kritikal, dan paling menyedihkah apabila terdapat pengakuan pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa mereka merupakan ahli kepada parti politik yang memerintah negara ini sekarang.

Bagaimana kita berdepan dengan gelanggang pilihanraya sekiranya pengadil sendiri diragui kredibilitinya? Kalau tidak faham apa yang aku maksudkan, cuba anda fikirkan satu contoh yang paling simple. Kalau and bermain bola dengan pangadilnya yang kerap memberi sepakan percuma kepada sebelah pihak tanpa alasan, adakah itu boleh diterima? Orang Sabah bilang, itu ‘buyuk’ namanya! Maka itulah tuntutan Bersih ini harus dipenuhi sebelum pilihanraya umum. PENTING!

Berbalik kepada Bersih 3.0, adakah kehadiran aku di tengah-tengah ribuan protesters ini akan membawa perubahan? Ya! Kenapa pula? Kalau tidak, kenapa DBKK sengaja membuat program ‘last minit’ di Padang Merdeka apabila mengetahui Bersih 3.0 memilih lokasi tersebut? Kenapa protesters di ibu negara ditembak dengan gas pemedih mata dan dispray air asid? Kenapa ada protesters berjalan kaki yang seperti sengaja dilanggar dengan kereta polis?

Kita sepatutnya mengharap pihak keselamatan ini membantu menjaga keamanan, tapi malangnya mereka berbuat perkara yang sebaliknya. Kenapa begitu tercabar dengan orang awam yang berjalan dengan busana kuning? Bukannya mereka memegang apa-apa senjata. Cuma senjata doa sahaja yang dibawa.

Ya, hari ini tentunya ada cerita menyedihkan berlaku apabila polis dan protesters mengalami kecederaan ketika himpunan di Kuala Lumpur. Perkara ini tidak harus berlaku, dan tiada siapa antara mereka yang patut cedera. Protesters dan polis tidak perlu cedera dalam himpunan aman. Sama juga kalau ada perarakan citrawarna, perarakan hari kemerdekaan ataupun perarakan kejohanan sukan. Orang awam perlu dilindungi. Dataran Merdeka sudah diumum awal-awal bahawa akan menjadi medan Duduk-Bantah bersama jaminan protest akan berlaku dengan aman. Malangnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur enggan memberi peluang. Rakyat diibarat seperti musuh. Tidakkah kejam itu namanya?

Berbalik kepada, kenapa aku menyertai sit-in ini di Kota Kinabalu, bukan di Kuala Lumpur. Kerana aku tahu Sabah adalah negeri yang tidak ketinggalan dengan masalah ketidak-adilan dalam pilihanraya.

Sudah berkali-kali aku ulang, gelanggang pilihanraya kita tidak adil. Pengundi hantu, pendatang asing, media tidak mempunyai akses adil, politik kotor, RASUAH… eeee… bikin gerigitan mau explain. Telanlah perkara itu. Ia berlaku di sekeliling anda tapi ramai juga yang tidak menyokong Bersih kerana mereka rasa ianya sia-sia, tanpa mengetahuipun lapan tuntutan tersebut.

Akses media adil, foto oleh Ecila Mathew

Sebagai wartawan, aku menekankan kepada tuntutan ‘Akses Media Adil’ di mana terdapat banyak kepincangan dalam kebebasan melapor di dalam media. Terlalu banyak berita yang tidak disiarkan di media, terutamanya media elektronik. Banyak perkara penting daripada pihak pembangkang yang tidak disiarkan. Bukan mahu menyebelahi mana-mana parti politik tetapi aku yakin rakyat layak untuk diberi pilihan. Kalau BN bagus, apa mau takut. Kalau PR tidak bagus, jangan sekat mereka dari mendapat liputan!

Sedangkan negara Vietnam yang dilabel oleh pemimpin pemerintah Malaysia sebagai negara yang paling tidak adil dalam kewartawanan, tapi apa yang berlaku di negara itu adalah ahli politik dari pihak pemerintah dan pembangkang diberi akses yang seimbang supaya rakyat dapat memilih tanpa paksaan. Sebagai pengamal media, itu adalah salah satu sebab aku menyertai himpunan Bersih Sabah bersama ramai lagi rakyat Malaysia di seluruh dunia, di 70 lokasi bandar berbeza.

Aku turun ke kawasan bandar agak awal, dalam jam 7pagi kerana menghantar anak buah ke klinik kerana deman. Lepas itu membuat liputan program keselamatan DBKK sekitar jam 9pagi.

Jam 10pagi aku menuju ke Asia City, di mana ada dalam 100 orang berkumpul ketika itu. Makin lama makin ramai, dan segalanya berjalan lancar. Abang-abang polis sangat membantu dan tidak bercakap kasar, dan mereka juga mengucapkan selamat dan mahukan kami berhati-hati ketika melintas jalan sekitar 1.30petang ketika bergerak ke Padang Merdeka. Alhamdulillah, berkat kalimah “Bismillahirrahmanirrahim” yang aku tidak putus-putus ucapkan.

Protesters Bersih 3.0 Sabah bergerak dari Asia City ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kemudian ke Padang Merdeka.

Pada mulanya aku ingatkan cuma ratusan orang yang datang, tapi tiba-tiba ada lagi satu kumpulan masuk dengan laungan “Bersih”, “Reformasi”, “Takbir”, “Ubah” dan “Hidup Rakyat”. Dan selang satu minit ada kumpulan baru yang datang mampir, dan lagi, dan lagi. Dari beratus, sampai beribu.

Protesters dari Asia City dan Suria Sabah bertemu di kawasan mahkamah tinggi bandaraya, kemudian berarak ke Padang Merdeka.

Ketika berkumpul di dekat mahkamah, ada satu insiden memalukan berlaku apabila ada individu-individu yang berselisih faham dan meninggikan suara antara satu sama lain. Aku ada datang menghampir, rupanya cuma salah faham tentang route di mana mahu ikut… ya lah, cuaca agak panas, mungkin suhu di dalam badan pun ikut memanas. Syukur, itu cuma drama kecil, macam iklan dalam movie di TV la. Selesai kurang dari 5 minit.

Kemudian, kami bergerak ke Padang Merdeka. Aku mempunyai beberapa peminat ketika itu (matai la bah, perasan!). Ada beberapa anak muda yang mahu bergambar dengan aku bukan kerana aku comel sebab aku tutup mulut dan hidung pakai kain kuning, tapi kerana placard yang aku bawa; Akses Media Adil.

Sampai sahaja di Padang Bandaran, kami mula duduk dan kemudian diikuti dengan ucapan dari wakil-wakil kumpulan. Banyak benda yang kurang jelas kedengaran kerana program DBKK di tengah padang membunyikan lagu dengan kuat, sepertinya pembesar suara dipasang ke tahap paling kuat.

Ramai yang duduk di tepi aku kata, mereka (DBKK) sengaja berbuat sedemikian untuk mengganggu dan ‘mengejek’ Bersih 3.0 yang duduk di ‘siring’ padang. Kalau benarlah diorang sengaja, memang aku terkilan jugalah dengan diorang ni. Tapi apakan daya, kalau kita sudah buat dengan ikhlas tapi orang balas dengan kejahatan, itu berserah kepada yang maha kuasa untuk membuat pertimbangannya. Itu kerja Allah.

Walau bagaimanapun, aku terfikir juga, kalau protesters perform solat di atas padang, adakah mereka akan ganggu juga? I just wondering la… Malangnya, aku rasa ramai protesters yang terlepas Asar. Kan bagus ramai-ramai solat sebelum bersurai…

Satu perkara yang aku paling respect dengan polis-polis yang bertugas di padang, mereka tetap berdiri tegak ketika protesters menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku walaupun penganjur mengambil keputusan untuk terus memasang lagu ‘Macam D KK’. Aku salut yang itu!

Aku akui polis sangat mesra sepanjang 2 jam di padang. Aku lebih kecewa dengan kesempatan yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin politik berucap yang seperti mencari populariti di sebalik tuntutan Bersih.

Memanglah ramai protesters yang menyertai Bersih 3.0 adalah ahli-ahli dari political parties tapi aku rasa pemimpin-pemimpin politik perlu hormat organizer, dan limitkan masa untuk cakap tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih sahaja.

Aku suka dengar ucapan beberapa mahasiswa, anak muda dan srikandi muda yang berdiri di hadapan crowd dan memberi ucapan ringkas. Aku lebih suka dengan ucapan yang bersemangat tapi tidak tersasar dari topik kerana perkara tersebut akan menyinggung protesters lain yang datang purely untuk Bersih 3.0, seperti aku. Aku tidak berminat untuk menyokong mana-mana parti kerana masanya akan sampai ketika pilihanraya.  Apa yang paling penting, gelanggang kena adil. Pilihanraya perlu bersih!

Aku turun kerana aku mahu undi aku nanti akan membawa perubahan. Aku mungkin akan undi BN kalau aku mahu, dan aku mungkin akan undi PR kalau itulah pilihanku, kerana itu adalah hak aku sebagai Malaysian.

Kalau anda masih tidak faham kenapa tuntutan Bersih ini begitu penting, cuba anda fikir sejenak. Neutralkan minda, fikirkan kenapa golongan yang ‘berkenaan’ begitu tergugat dengan pasukan berjersi kuning ni? Kenapa perlu menjadikan mereka musuh sedangkan bukankah lebih elok kalau tunaikan permintaan dan menunaikan tuntutan tersebut? Bukankah kelapan-lapan tuntutan tersebut adalah asas dalam memilih pemerintah?

Apabila mereka menggunakan media sebagai platform untuk memburuk-burukkan Bersih, mereka langsung tidak menyebut akan tuntutan yang diperjuangkan. Jika mereka sudah begitu lama memerintah dan yakin dengan sokongan rakyat, kenapa perlu takut tunaikan pilihanraya bersih?

Pemimpin-pemimpin pemerintah sekarang ini, instead of mendengar masalah pokok, diorang butakan pula orang miskin dengan wang ringgit. Malah, memilih untuk sengaja ‘memasang api’ dan ‘jerat’ untuk menyakiti rakyat.

Ingat, tugas sebagai pemimpin itu ada garis panduannya. Allah sudah tentukan!

P/S: Aku ucapkan terima kasih kepada team Bersih Sabah yang bertungkus-lumus memastikan segalanya berjalan lancar. You guys deserve a salute from me. Walaupun ada masalah sikit, tapi overall everything goes well and lets pray for a better Malaysia. Hugs!

Bersih 3.0 Sabah: Duduk-Bantah.

33 Responses to Bersih 3.0 Sabah: Kenapa aku duduk bantah?

  1. sumbiling says:

    kerajaan BN sabah macam rileks saja… x risau pun pasal bersih 3.0 di kk. …..sebab diorang tahu di sabah BN besar peluang mau menang… diorang tahu penyokong pembangkang pasti berpecah-pecah mengikut parti…… masing2 mau tunjuk siapa hebat… yang pkr dengan pkr dia.. yang star dengan star dia… : )
    apalagi dengan sokongan PTI yang sudah dapat IC…. sedih saya tingu keadaan di sabah… tapi saya masih berharap supaya diorang boleh 1 lawan satu….

  2. ladymariah says:

    kalau pembangkang tidak boleh satu lawan satu itu masalah diorang la. siapa suruh tidak satu hati.

    • Kris Jr says:

      Masalah pembangkang di Sabah ialah tidak satu hati. Masing2 saja. Ngam la tu. Kasi menang lagi BN

      • Green Sabah says:

        Sadly that is true, the opposition said they wanted to unite and fight one against one with BN, but from what I see, the few opposition parties does not seem to be able to cooperate.

      • cindy says:

        Tak guna jika buat kecoh saja, kena buat undi yang bijak

      • ilaa says:

        Pembangkang di Sabah ada kepentingan masing2..Itulah sebab tidak boleh bersatu hati.

    • ritz says:

      At this point, its easy to predict that BN/UMNO will once again win the election due to the refusal of opposition party to cooperate especially STAR.

    • Joke says:

      BN akan m emang juga pada akhirnya jika ini berterusan berlaku.

    • Boss_ku says:

      Dan jangan salahkan pihak lain jika pembangkang sendiri kalah, mahu tuduh pilihanraya kapsit etc. They should make themselves convincing enough to get the people’s vote. Talk only is easy. In realistic, it is not easy to bring down BN.

  3. bayumurni says:

    Ladymariah aku mau tanya sedikit ttg diri mu ko ni Islam kah?
    aku banyak-banyak minta maaf sekiranya menyinggung perasaanmu dari kata-kataku,

    Reformasiii !!

  4. Kris Jr says:

    JK minta PR focus di SM. Star patut fokus di Sarawak la kan..hehehe. Star mahu bertanding 60 kerusi, SAPP pun mahu juga bertanding banyak kerusi. Tamaha la ba..

    • Rodney says:

      Ngamla tu..banyak sudah parti ba di Sabah. parti2 macam PR,STAR patut fokus di negeri asal dorang.tidaklah banyak sangat pecah undi di Sabah.

    • ilaa says:

      Itu pun kalau boleh menang di Sabah ..belum tahu lagi Star mendapat skongan di sabah.

  5. ans says:

    Bagus perhimpunan bersih di Sabah, kerana tidak ada kekecohan yang berlaku.

  6. ritz says:

    Didn’t expect many to turn up for the Bersih Rally.

  7. Green Sabah says:

    Thanks to the cooperation between Sabah Bersih Organizers, DBKK and the Sabah police force, the rally has gone smoothly and peacefully. Luckily there are no problems occurring like those in KL.

  8. mantra says:

    keadaan di Sabah aman saja, tak mcm di SM yang huru hara.

  9. Brianna says:

    kerajaan tak payah risau pun, mereka buat kecoh saja. kenapa nak campur tangan?

  10. ladymariah says:

    Biarpun terdapat pelbagai tuduhan mengenai insiden di Bersih 3.0, Hakikatnya, kehadiran yang amat ramai di Bersih 3.0 telah menunjukkan semangat, inspirasi rakyat yang hadir tiada sempadan politik, umur, darjat, bangsa. Tuntutan-tuntutan tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja. – Tengku Razaleigh Hamzah

  11. Rozie says:

    perhimpunan Bersih yang pertama dilancarkan pada tahun 2007.. hasilnya, Pakatan berjaya merampas empat buah negeri pada tahun 2008.. masa tu pemimpin2 pembangkang ada memuji2 kononnya SPR berlaku adil..

  12. Boss_ku says:

    Setuju dengan pendapat penulis bahawa kurangkan penglibatan ahli2 politik untuk berucap kerana Bersih adalah NGO. Fokus kepada isu2 utama yang ingin diperjuangkan.

  13. rllan says:

    Yang pasti perhimpunan di Sabah amat baik berbanding dengan apa yang berlaku di KL.

    • DUSUNTOMODQLU says:

      INI KALI LAH- SLOGAN yang amat sesuai bagi hukuman kepada ketidakadilan dalam sistem pilihanraya di malaysia,SAYA amat bersetuju dengan penubuhan RCI dengan segera agar semua muslihat tersembunyi dapat di bongkar sebelum pilihanraya PRU13 tiba. Heran BIN ajaib jumlah penduduk Sabah meningkat begitu mendadak sedangkan jumlah penduduk tetap tidak lah sebanyak mana. AYUH SABAHAN cari penyelesaian masalah ini pada PRU13, TUKARLAH BAJU LAMA DENGAN BAJU BARU, STAR PASTI BERKUASA DI SABAH PRU13, AMIN!!!!!

  14. Martin says:

    yang penting perhimpunan yang dijalankan tidak mengganggu aktiviti orang awam yang lain dan tidak mengganggu golongan peniaga sebagaimana yang berlaku di semenanjung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: